Hidup Berdiri Atas Cinta



Tetiba aku terasa nak kongsikan kat korang semua sajak nukilan Dr.MAZA a.k.a Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang aku ambil dari salah sebuah bukunya yang bertajuk "Penawar Duka Pengubat Sengsara"



Jika diukir dengan segala bahasa
cinta itu masih tiada sastera buatnya
Jika dilukis dengan segala warna
cinta itu masih tiada citra baginya

Tidakkah kerana cintakan TUHAN
insan berkorban dan terkorban?
tanpa cinta lenyaplah agama

Tidakkah kerana cintakan anak
ibu lupakan segala kehendak?
tanpa cinta pupuslah manusia

Tidakkah kerana cintakan kekasih
insan sanggup hidup tersisih?
tanpa cinta muramlah suasana

Tidakkah kerana cintakan negara
rakyat sanggup hidup sengsara?
tanpa cinta hapuslah warga

Dari akar mekar rasa cinta
lahirlah jiwa mesra dan manja
dari akar mekar rasa cinta
bahagia dan sengsara menjelma
dari akar mekar rasa cinta
munculnya tawa dan air mata

Cinta itu makhluk TUHAN
penuh keajaiban
penuh kehairanan
penuh kenikmatan
penuh kesakitan
penuh kesyahduan
penuh keharmonian
namun cinta tetap keperluan
tanpa cinta pincanglah alam...





Sepatah kata Iman Hayfa :

Hmm.. cuba dalami sajak berkaitan cinta ni. Mungkin korang akan rasa mesej yang tersirat dalamnya, InsyaAllah. Eh eh korang ! Jom lah singgah blog Iman dan baca the latest update tentang Iman yang dah masuk umur 20 tahun ni. Hehehe ---> Blog Iman




Ranking: 5

Comments:6

INDAH BAHASA DISUSUN.

10 April, 2013 15:01

peh.. lama terbaik...

12 April, 2013 13:44

aku suka nukilan ni bro...

14 April, 2013 14:44

jiwang.. tapi terbaik setiap ayat tu

19 April, 2013 11:43

cantik bahasa, indah pengertian, syahdu pengamatan, bahagia berkekalan

21 April, 2013 23:48

wah.... Terbaik dari ladang ...hehehe

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net