Powered by Jasper Roberts - Blog

Ugutan membunuh pemimpin negara dalam facebook.



Ugut bunuh dalam FB boleh dihukum

Kota Belud: Individu yang melakukan ugutan membunuh pemimpin negara dalam internet termasuk laman sosial Facebook bakal berdepan tindakan mengikut Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata ugutan seumpama itu tidak boleh dianggap perkara remeh dan menyalahi undang-undang. “Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dicari sehingga tahap maksimum dan saya hendak mengingatkan kesalahan di luar internet sama juga seperti dalam internet.
Ambil tindakan

“Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 114A Akta Keterangan yang dipinda baru-baru ini.

“Mereka tidak boleh berselindung dan mendakwa kesalahan di internet tidak boleh diambil sebarang tindakan,” katanya selepas melancarkan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat negeri di Kampung Rampayan Laut, di sini, semalam.


Ranking: 5

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net