Masuk tasik larangan boleh Bayar RM5



SERI KEMBANGAN –Bayar RM5 boleh masuk tasik larangan “Tempat ini kawasan larangan tetapi kalau hendak masuk juga bayar RM5.”

Itu permintaan seorang pengawal keselamatan yang menjaga kawasan tasik The Mines Resort City di sini kepada orang ramai yang mahu memancing di tempat tersebut.

Meskipun pengawal terbabit menyedari tugasnya menjaga kawasan sekitar tasik daripada diceroboh tetapi disebabkan mahu mendapatkan sedikit keuntungan, mereka sanggup berbuat apa sahaja.

Situasi itu dapat dilihat sekiranya anda melalui Lebuh raya Besraya berdekatan Plaza Tol Mines apabila terdapat beberapa buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan manakala pemiliknya pergi memancing di tasik bersebelahan.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati pengguna lebuh raya berkenaan yang terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan terutamanya, pada waktu puncak.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila kenderaan pemancing yang diletakkan di tepi jalan mengganggu kelancaran lalu lintas.

Ranking: 5
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net