Bayi dalam mangkuk tandas hospital

Bayi dalam mangkuk tandas hospital

KUANTAN: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira jam 4.45 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi itu ditahan di hospital berkenaan. "Bayi lelaki berkenaan dijumpai mati di dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas. 
Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital
"Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya. 

Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh petugasnya. 

Mohd Jasmani berkata, pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. 
Pengarah HTAA, Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi itu. 

- BERNAMA

Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net