13 Kali Diperkosa Abang Ipar


13 Kali Diperkosa Abang Ipar

Dua remaja mengakui telah diperkosa oleh abang ipar sendiri masing-masing sebanyak 13 kali dan 9 kali. Menurut sumber, dua beradik berusia 23 dan 24 tahun mendakwa telah dirogol abang ipar mereka di rumah abang iparnya dan di kediaman mereka di sebuah kampung di sini.


 Salah seorang dari dua beradik tersebut telah diperkosa sebanyak 13 kali sejak 2007-2010, manakala seorang lagi dirogol sebanyak sembilan kali sejak 2005 sehingga 2010. Bukan itu sahaja, salah seorang dari dua beradik itu turut dirogol sebanyak dua kali oleh seorang bomoh yang kononnya bertujuan merawat masalah gadis malang itu. 

Remaja Diperkosa Abang Ipar 13 Kali
 Kejadian terkutuk itu dikongsikan sendiri oleh kedua-dua mangsa kepada ibu saudara mereka seterusnya bertindak membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil. Tindakan dua beradik tersebut telah mengakibatkan lelaki berusia 40-an dan mempunyai tiga cahaya mata itu menyerah diri kepada polis pada jam 10 pagi, kelmarin. 

 Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Baling telah mengesahkan kejadian berkenaan. Menurutnya, kejadian tersebut disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol, sabit kesalahan dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat. 
Ranking: 5

Comments:2

06 September, 2012 00:06

Err, bunyi mcm kesian tp bila difikirkan balik kenapa mesti lebih dari 5 dan 10 kali kena baru report?

Masliha
06 September, 2012 00:11

betul tu, patut dh kena skali terus wat report

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net