Powered by Jasper Roberts - Blog

Kisah Ajis

9 comments



Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.

Jawatan Kosong - Setiausaha Syarikat dan Multimedia Designer

2 comments




Jawatan Kosong - 
 Setiausaha Syarikat

Sifumedia Sdn Bhd(884212 D) adalah sebuah syarikat animasi yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor. Memerlukan anda yang berpengalaman dan juga lepasan universiti, kolej dan SPM untuk mengisi kekosongan jawatan di sini. Kami sekumpulan profesional yang sangat berdedikasi dalam kerja. Kami ingin mencari seseorang yang berumur 30 tahun kebawah boleh menjadi Setiausaha / PA kepada Pengarah Urusan.

keperluan:
 -Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya. SPM / STPM / "A" Level / Pre-U, Diploma, Advanced / Tinggi / Siswazah Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah, Ijazah Profesional, Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan, setiausaha atau setaraf
-Bahasa yang diperlukan (s): Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu
-Sekurang-kurangnya berpengalaman bekerja dalam bidang pentadbiran diperlukan untuk jawatan ini.
-Untuk menyokong dan membantu Pengarah Urusan dalam operasi harian dan aktiviti pentadbiran setiausaha.
-Untuk mengatur, menyelaras dan merancang jadual pengurusan mesyuarat.
-Pengendalian sistem fail dan dokumen sulit untuk kumpulan pengurusan atasan.
-Saringan panggilan masuk dan Fax
-Susulan perkara-perkara semasa ketiadaan pengarah syarikat.
-Lakukan lain fungsi pentadbiran setiausaha sebagaimana dan apabila dikehendaki.
-Membantu ahli kumpulan lain yang memegang jawatan dalam tugas-tugas pentadbiran dari semasa ke semasa.


Jawatan Kosong-
Multimedia Designer


Sifumedia Sdn Bhd(884212 D)
memerlukan anda yang berpengalaman dan juga lepasan universiti atau pun kolej untuk mengisi kekosongan jawatan di sini.

Tahu menggunakan Adobe flash, Adobe illustrator & Adobe Photoshop.

Tugasan - Background design (2d), Graphic design & Illustration.

Pengetahuan lain - Animation.




Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk memohon dalam talian atau alternatif untuk temuduga sila hubungi

Sifumedia Sdn Bhd (884212 D)
No. 42-1 Jalan BPP 8/4 Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Pasar Borong Selangor & Giant)
sifumedia@yahoo.com
din.sifu@yahoo.com
03-89418166
www.sifumediastudio.com

Resepsi Sultan + Masliza

1 comments

Majlis : Resepsi Sultan + Masliza

Lokasi : Dewan kelab sukan kelana jaya

Gambar Oleh : Kamarul Addli


Sedikit gambar ketika majlis resepsi Masliza, Masliza adalah kawan semasa aku bekerja di Digilogic Sdn Bhd. Ramai juga kawan sepejabat dulu yang datang. Yang tak dapat hadir tu mungkin ada yang jauh dan ada hal yang lebih penting. Aku doakan Masliza dan suaminya bahagia berkekalan hingga ke akhir hayat, insyallah amin. Walaupun korang banyak dugaan yang di lalui untuk majlis ini, di harap korang lebih kuat dan tabah melaluinya. Semoga cepat2 dapat baby yang comel ala2 pan asia gitu ekeke..


Kamarul Addli Karim

Photographer / Graphic Designer

Nineteen Mei Studio / 19MEIDESIGN

Tel : +6012 – 2767478

Email : contact@19meidesign.com / kamaruladdli@gmail.com

Weblog : http://www.19meidesign.com​/

facebook : http://www.facebook.com/ka​maruladdli

_

Ladang Dunia Kucing Terbesar

9 comments


1ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
Kalau korang nak tahu , ladang ni bukan seperti ladang  yang biasa. Ladang ini menempatkan ratusan kucing terbiar dari merata tempat. Ia dibina pada tahun 2003 dari Craig Grant. Sebenarnya, Craig Grant bukanlah seorang yang sangat sukakan kucing sehinggalah beberapa tahun sebelum 2003 (mungkin dier dah suka lepas tu). Kemudian, dia menjadi sangat sukakan kucing dan membina ladang ini untuk menjaga kucingnya. Ladang ini menempatkan lebih 400 ekor kucing dangan kemudahan tempat tinggal dan makanan yang lengkap.
2ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
3ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
4ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
5ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
6ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
7ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
8ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
9ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
10ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
11ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
12ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
13ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
15ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
30ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
29ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
31ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
Wah...kalaulah koz memiliki duit yang banyak, memang koz sanggup beli tanah yang luas dan tempatkan kucing-kucing terbiar di situ...

10 Fakta Menarik Tentang Otak Manusia

2 comments

ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site
Hai all...hari ini koz nak kongsi artikel dengan korang tetang faktar mengenai otak manusia.

Fakta 1 
Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.

Fakta 2
Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.

Fakta 3
Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.

Fakta 4
Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.

Fakta 5
Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.

Fakta 6
Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.

Fakta 7
Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.

Fakta 8
Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.

Fakta 9
Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.

Fakta 10
Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.

info:

Otak, akal dan fikiran adalah suatu nikmat dan anugerah Allah s.w.t kepada manusia. Seringkali ketiga-tiga kurniaan ini diaggap sama namun hakikatnya ia otak, akal dan fikiran adalah suatu yang berlainan tetapi saling berkaitan. Otak ialah ciptaan Allah yang bersifat konkrit dan kelihatan. Bagi yang belajar subjek biologi tentu biasa mendengar teori Roger Sperry yang menyatakan otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Kedua bahagian ini mempunyai daya fikiran yang berbeza. Bahagian otak kanan membolehkan kita berfikir dengan kreatif dan imaginasi sebaliknya bahagian kiri otak membolehkan kita berfikir dengan logik dan analisis.

Akal pula adalah suatu ciptaan Allah yang unik. Tidak seperti otak, ia bersifat abstrak atau tidak kelihatan. Ia wujud namun tidak kelihatan. Jika anda melihat pembedahan otak, yang akan kelihatan hanyalah otak bukan akal. Akal ialah anugerah yang besar dari Allah kepada kita semua. Dengan akal darjat kita ditinggikan berbanding makhluk Allah yang lain seperti tumbuhan dan binatang. Dengan adanya otak dan akal barulah fikiran boleh dihasilkan.

Soal Jawap Nuffnang Soal Buffered Earnings

8 comments


Hai all...baru-baru ini koz telah memberi soalan kepada pihak nuffnang berkenaan cara nuffnang memberikan iklan kepada pemilik blog dan cara pembayaran setiap iklan yang diberikan kepada pemilik blog. Jadi jawapan yang di berikan seperti berikut:

Hi Wan,

Blogger-blogger dibayar apabila mereka memaparkan iklan dari Pihak Pengiklan (Advertiser) kami. Iklan-iklan ini terdiri daripada 3  jenis iklan yang umum, iaitu kempen CPC (Cost Per Click), CPA (Cost Per Action) dan kempen CPM (Cost Per Impression). 

1) Kempen CPC
Kempen CPC dilancarkan pada permintaan Pihak Pengiklan dan akan terpapar pada semua blog di bawah rangkaian Nuffnang setelah pemilik-pemilik blog tersebut memilih "Show Global CPC Ads" pada Blog Preferences di Blog Manager mereka, dan pada masa yang sama, tidak mempunyai kempen CPM pada masa kempen itu dilancarkan. Blogger dibayar berdasarkan jumlah klik unik pada ruang iklan oleh pengunjung unik blog mereka. Iklan-iklan tidak akan dipaparkan lagi setelah klik maksimum telah tercapai dan semua akaun-akaun blogger akan dikemaskini berdasarkan klik asli yang mereka dapati selama kempen tersebut berlangsung. Sila ambil perhatian bahawa tiada pendapatan yang dapat dihasilkan jika blog tersebut tidak mendapat sebarang klik walaupun blog tersebut memaparkan iklan CPC sepanjang kempen berlangsung. 

2) Kempen CPM
Bagi kempen CPM, Pihak Pengiklan kami akan memilih sendiri blog-blog yang mereka tertarik untuk memaparkan iklan mereka kerana mereka membayar jumlah yang lebih tinggi untuk iklan CPM berbanding dengan iklan jenis CPC/CPA. Pemilihan blog dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog anda, keberkesanan unit iklan, keahlian eksklusif dan ruang unit iklan. Sekiranya anda terpilih untuk memaparkan iklan CPM, anda akan menerima notis melalui e-mel tentang kempen tersebut atau menemuinya di ruangan "Buffered Earnings" di bawah halaman "Earnings".

3) Kempen CPA
Semua blogger/blog pada umumnya berkelayakan untuk mendapatkan iklan CPA, tanpa mengira jumlah trafik sesuatu blog tersebut. Dengan kata lain, setiap pemilik blog layak untuk mendapatkan iklan CPA secara automatik, sejurus selepas anda mendaftar dengan Nuffnang. Anda juga mempunyai pilihan untuk mematikan pilihan iklan CPA jika mahu, melalui tab Blog Manager pada dashboard anda. 

Melalu iklan CPA pula, anda akan mendapat ganjaran setiap kali terdapat tindakan tertentu (yang diperlukan oleh Pihak Pengiklan) diambil hasil daripada klik yang dijanakan daripada blog anda. Misalnya apabila ada produk yang dibeli atau, apabila borang pendaftaran diisi hasil daripada klik dari iklan di blog anda, dan lain lain. Jumlah yang diperolehi akan berkisar dari transaksi yang terlibat. Lebih susah sesuatu transaksi itu, maka lebih lumayan pendapatan yang bakal anda perolehi. Sebagai contoh, jika pelawat di blog anda mengklik banner yang dimaksudkan hanya untuk mengisi sesuatu borang, maka seseorang blogger tersebut boleh mendapatkan misalnya dari RM1 sehingga RM20 ke atas sesuatu signup (tertakluk kepala Pihak Pengiklan). Malah, bagi sesuatu yang lebih mencabar, misalnya bagi sesuatu pembelian yang sangat berharga, maka jumlah ganjaran yang boleh diberikan juga boleh mencapai lebih dari RM50 di atas sesuatu transaksi. 

Dalam kata lain, bagi iklan CPC/CPA, anda akan dibayar apabila banner anda diklik pada masa-masa yang tertentu atau apabila terdapat sebarang tindakan/belian yang dilakukan di atas banner yang di klik tersebut. Manakala, bagi iklan CPM, pendapatan anda hanya akan di kemaskini selepas sesuatu kempen tersebut berakhir. Oleh itu, jika pendapatan anda tidak dikemaskini sejak kebelakangan ini, maka ia bermaksud anda tidak diberikan iklan mCPM, atau anda belum lagi mendapat sebarang klik/tindakan atau belian daripada iklan CPC/CPA.


Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my



Teringgin nak mendapat Buffered Earnings lagi. Sudah lama koz menunggu, nuffnang baik hatikan??kiki(bodek2 cikit^ ^)..

Pabila Mata Di Paksa Terbuka....

3 comments


Hai all..korang mesti ngah nyenyak tido...koz lum tido lagi ni. Tengah siapkan kerja freelance. Hoho mata dah berat dah ni, tapi kerja tak siap lagi. Argh...kuatkan semangat koz...kuatkan semangat, malaysia boleh...hahaha...

Koz tengah buat kartun animasi tuk tv ni, cerita apa? tak boleh bagitahu hihi...tunggu saja kemunculan cerita ini yea...ops...nak sambung kerja balik... tumpang lalu yea...^ ^]

Video Kekejaman Terhadap Kucing ( Bakar )

4 comments



Video ini koz ambil di blog http://malaysiatopbloggers.blogspot.com . Masa koz berblogwalking tadi terjumpa video kekejaman terhadap haiwan paling comel ini di blog tersebut. Tak dapat terucap apabila koz melihat video ini. Kemana perginya nilai kasih kepada haiwan. Seperti sedia maklum haiwan kesukaan Nabi Muhammad saw adalah kucing. Moga apa yang mereka lakukkan kepada haiwan ini akan mendapat lebih lagi balasan di Akhirat kelak...sob...sob...memang tersentap bila koz lihat video ini. Nak nangis pun ada...Matahari, Muffin, Tiara, Mocha, Oren, Satria...Papa sayang kamu sangat-sangat.( Kucing kesayangan yang di bela koz )



Apa Kata Anda Selepas Melihat Video Ini???


Lebih 10,000 Ekor Kucing Di Bunuh Setiap Hari Di China

11 comments



Di Beijing, kucing-kucing terbiar dan tidak dijaga akan ditangkap dan dijual. Kemudian mereka akan dibunuh dan akan dijadikan makanan exotik masyarakat mereka. 


Kejadian ini benar-benar berlaku di sebuah pasar di china. Lebih kurang 10,000 ekor kucing akan dijual dan dibunuh pada setiap hari. Lebih  kesian lagi apabila kucing-kucing ini dikurung dengan padatnya di dalam sebuah sangkar kecil sebelum dibunuh. 









Kasih Ibu Kepada Anak

4 comments


 Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.
Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru ku sedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.


Kasih ibu tiada batasan...renung-renungkan wahai sahabat....

Penjualan Anak Sendiri

5 comments


Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu:
Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid:
Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu:
Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?

Pak Majid:
Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…

Pak Abu:
Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid:
Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu:
 Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid:
Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu:
Ye tak ye jugak...hihihihihi….


Ketika manusia beranjak dewasa, jalan hidup memilihkannya alur untuk memulai kehidupan mandiri. Pikirannya semakin berkembang, dan kemauannya semakin kompleks, dan semua menunggu untuk terpenuhi. Area hidup yang semula dalam asuhan orang tua, namun seiring dengan berlalunya waktu, kita diajukan pada berbagai pilihan hidup yang tak jarang membentangkan jarak yang menjauhkan dari orang tua.
Tuntutan hidup inilah yang akhirnya mau tidak mau mendesak para orang tua untuk rela melepaskan anak- anaknya jauh dan memilih jalan takdir mereka sendiri. Rela tidak rela, namun tanpa kuasa mereka harus merelakannya. Segenap doa mereka panjatkan kepada sang maha hidup agar anak- anak mereka selalu dalam pengawasan terbaikNya.
Ketika kesuksesan sudah digenggaman, sang anakpun berbangga dan berbahagia. Namun hal itu belum seberapa jika dibandingkan dengan kebahagiaan sejati para orang tua. Mungkin dari mereka banyak yang tidak ikut menikmati, namun begitulah orang tua, melihat kebahagiaan anak- anak mereka, itu sudah lebih dari cukup.
Para orang tua tidak menuntut harta atau cipratan kemuliaan dari anak- anak mereka. Bahkan kalau mereka berpunya, justru mereka yang akan dengan sukarela membagi- bagikan semua yang mereka miliki kepada anak- anak mereka.
Setelah semuanya telah terengkuh, namun kebanyakan dari kita melupakan satu hal. Waktu seakan sudah melenakan kita dari satu detikpun untuk berkirim kabar atau sekedar mengetahui keadaan orang tua terkasih, apalagi sampai mengunjunginya. Masih ingatkah kita, ketika kecil dulu, bahkan semua waktu hanya tercurah untuk kita, seakan dunia orang tua telah kita beli dengan kepengurusan atas diri kita. Tapi sekarang… keadaan itu berbalik dengan yang kebanyakan kita lakukan sebagai balas jasa kita untuk mereka.
Pahamilah hati orang tua dengan bayangan bahwa nanti ketika saat itu tiba untuk kita. Saat dimana kitapun akan menua. Ketika belahan hati telah jauh, yang diharapkannya hanya ketulusan perhatian lewat kunjungan ataupun hanya sekedar pembicaraan singkat lewat telefon. Bayangkan ketika orang tua harus melewati hari- harinya dalam kesepian dan sendirian. Ibaratnya, susah payah dan sakit badan serta hatipun harus mereka tanggung sendiri. Sedangkan anak yang mereka telah besarkan dengan susah payah dan penuh pengorbanan, kini telah pergi untuk berbahagia dengan kehidupannya sendiri.
Sungguh, para orang tua tidak akan menuntut untuk berbagi kebahagiaan itu, bahkan mungkin sebagian dari mereka coba untuk berbicara dengan diri dan menyediakan sejuta pemakluman, bahwa siklus hidup memang begitulah adanya. Tapi bukankah mereka adalah orang tua kita? mereka yang berjasa sampai kita pada level sekarang ini. Mereka masih dan akan tetap berhak atas kita. Jika kita membaiki orang lain, lebih diutamakan dahulu kita harus berbuat baik kepada orang tua.
Begitulah ketika orang tua harus melewati babak akhir dari kehidupannya. Walaupun begitu banyak harta kekayaan yang dimiliki, toh semua hanya benda mati yang tidak memberi rasa dan membangkitkan gairah hidup mereka. Walaupun absennya hadiah atau buah tangan dari anak- anak dan cucu mereka saat mengunjungi dan memperhatikannya, itu tidak masalah, karena sungguh kedamaian hati itulah yang tak bisa terbeli
Kalau saja usia tidak menuakan mereka, selamanya mereka akan tetap mengasuh kita. Mereka tak akan peduli seberapa dewasa dan mandirinya anak- anak mereka, orang tua tetaplah orang tua. Mereka akan tetap memelihara dengan kasih sayang yang paling paten kualitasnya untuk kita. Tidak ada balasan, tidak masalah. Tidak ada penghargaan, bukan hal yang perlu dirisaukan. Itulah orang tua.
Apakah anda termasuk orang yang sukses sekarang? kalau jawabannya adalah ya, pertanyaan selanjutnya adalah, apa kabar orang tua anda yang jauh disana?.
Kesuksesan tidak berarti apa- apa jika kita mengesampingkan dan atau bahkan membuang arti kasih dari orang tua. Kemuliaan yang kita raih sebagai bukti kerja keras, tidak akan memuliakan kita jika hal itu justru menggiring kita untuk mendapat titel anak durhaka.
Suatu hari kitapun insyaallah akan menjadi seperti mereka. Dan bila saat itu datang, kitapun ingin mendapatkan perlakuan sebaik- baiknya. Allah maha mengetahui dan maha adil terhadap hamba- hambanya, bagaimana perlakuan kita terhadap orang tua, siapa yang bisa menebak jika perlakuan yang sama akan kita terima kelak dari anak- anak kita. Tentunya, manusia yang cerdas tidak akan salah membuat `investasi` yang akan dia panen sendiri dimasa depan.

Tutorial Cara Letak Background Di Belakang Shoutbox Versi 2

14 comments


Hai all...Hari ini koz nak tunaikan permintaan follower setia budak nakal blogspot iaitu far_east. Permintaanya adalah tutorial letak backgroud di belakang shoutbox versi budak nakalnya(maksudnya serupa seperti shoutbox budak nakal). Koz x nafikan ramai gak yang tertanya-tanya cara nak buat shoutbox seperti budak nakal , jadi hari ini koz akan tunaikan permintaan anda. Seperti sedia maklum, koz pernah juga buat tutorial serupa di SINI . Tutorialnya lebih kurang sama , cuma kelebaran dan saiz shoutbox sahaja berbeza. Jadi mari kita mulakan cara membuat tutorial ini:

Langkah 1

Dashboard>Design>Add a Gadget>HTML/Javascript

Langkah 2

Kemudian copy dan paste code di bawah


<center>
<div id="ShoutMix" style="background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiv1oRJi87xERYz0mbFrQyF2NuO4Ue0s7J1wJOHLD9YF32kVAqFGoZ-aHxu9710bFUvr6e6VcQ7oK6FWpaqSC1ezEgw6LwxQGqTSHO1kYbBRz2YA1MM7LR6V87QnDRntaDICRXBoyqG0E58/s1600/background+shoutbox+pink+2.png) no-repeat left top; width:584px;height:400px;padding: 200px 0px 0px;text-align: center;line-height: 0 ">  
<!-- Begin ShoutMix - http://www.shoutmix.com -->
Letak Code Shoutbox Anda Di Sini
<!-- End ShoutMix -->

<div id="ShoutMix" style="text-align:right;font-family:verdana;font-style:normal;font-size:3;padding: 5px 20px 0px 0px;line-height: 1"></div>
</div></center>

Langkah 3

Ada beberapa perubahan pada code yang harus korang lakukan.Pada code warna merah,letakkan link background yang korang suka dan ukurannya 584 X 543.Pada code warna biru korang gantikan dengan code shoutbox korang dan ukuran shoutbox korang 500 X 300.


Save dan lihat hasilnya...

Di sini ada beberapa design background yang korang boleh guna pakai yang di reka khas oleh koz

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnFpJjQhXPkzpgXBXOcLdcKBSxA3Ml4XQSmtcBzgCzhKgEYNOkxaQFJ7wsbmb9Tg0za-GdQsN17fyuDHQ1YgkDEZmAy_Re_FvPAe1vUJq7osV8t-N-HhI8gW6K59iFOPKp-19XR4mNNup_/s1600/background+shoutbox+biru+2.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4Fw2Tu7vaElMTbEqMnSUInhjoUZemAqsrSPjbmPilVoLMz6CfBflAjmqqA5AhehlFVXF9YPBiUH5OW-onTM-VmhdwLHpwQmCg89AAT82u4kbcvs2OQK4doffZzbni4khG4xE84Ychvy9x/s1600/background+shoutbox+biru.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPIQbGvXd_xmpeWTOTRHIakH5G4kg-vLSelx0UodVDrC37qinMlPCIhI3mSQ2P2MJXvQbD1Qw4rJtF1Af3vhPSoTJ92HRCh3SeJrP2-aSDK-EiY5ILPwjdXP0_V3G86NMJeTKxlGg98P2c/s1600/background+shoutbox+hijau+2.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu1wSDUXGXEk3WvWZ94IYdN0U0eaBbb4yrF874mbaO_pdZM5SZll75_68VdJUx91EorECAm-8suEDO2rgwUmeAsDtMT35ea0ACn1AEMZhZxVoo5E7EQHkFBzv3Rxxdvc3nNJqB27dDEFHl/s1600/background+shoutbox+hijau.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLANPho8dZ7OEnQOkJpqayNQRFA2xSk9p9hGor4GyIHNl7NkoGWoZJoT306pQErh_9FrRsE9q-JWQx31PoxHkJQEiJNEnBgx0ePTao0vrZ1RJCgWYVxRetakgovBh7WlyVFKR-Yr0NeRSq/s1600/background+shoutbox+merah+2.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi129osh92ehNxwAZLVCSwwYPIaL2diwvr_ecgwfaWc5DhRfDaWvb9-IyLMbaaPtCpoZMB9OTNWTRBqJWzxNTXYC5FTaGe1E27AeFMVaiwLZobJysQW5zChM86S9Q2fH3qETN-gjTjtp4SW/s1600/background+shoutbox+merah.png
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiv1oRJi87xERYz0mbFrQyF2NuO4Ue0s7J1wJOHLD9YF32kVAqFGoZ-aHxu9710bFUvr6e6VcQ7oK6FWpaqSC1ezEgw6LwxQGqTSHO1kYbBRz2YA1MM7LR6V87QnDRntaDICRXBoyqG0E58/s1600/background+shoutbox+pink+2.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpnOUuczZUJjWTC-VGNdONxPPfHD01VJ7cr5dXP_TWHG-6jNT-FgT7Q1bJ1i7hLPOFr6dnNYgdCpJaGTey9kJDfL2a-_ATaDA9_a1jmSapx_iyRwnpawlb2Tp-GBPHfwxI-UYiLUWjfbpD/s1600/background+shoutbox+pink.png

Moga perkogsian koz ini menceriakan anda^ ^...
Kalau dah buat tinggalkan kredit tuk budak nakal blogspot okey^ ^...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net