Juadah ala kampung gamit kenangan



Juadah ala kampung gamit kenangan



JIKA inginkan juadah enak berbuka puasa cita rasa utara, selatan dan pantai timur di bawah satu bumbung sepanjang Ramadan, Hotel Grand BlueWave, Shah Alam menyajikan suasana kembali ke desa dengan pelbagai hidangan menyelerakan yang menggamit kenangan seolah-olah berbuka puasa di kampung.
Berkonsepkan ala mini Malaysia, chef masakan Melayu, Chef Abdul Rashid Mohd Yusop bersama pasukannya menyediakan hidangan istimewa terpilih seperti nasi beriani gam Batu Pahat, mi rebus Melaka, laksa Johor, nasi minyak diraja, lemang buluh, ketupat palas, nasi dagang, nasi tomato dan rojak pasembur. 


Selain itu, turut disediakan hidangan lauk-pauk mengikut hari seperti kerang gulai lemak cili padi, kambing masak hitam, ikan tenggiri opah, udang goreng limau kasturi dan pari asam pedas Melaka.

Bagi penggemar pemanis mulut, pasti teruja dengan pelbagai variasi kuih-muih Melayu, krim karamel, sago gula Melaka, pastri dan kek, rojak buah serta buah-buahan tempatan bersama minuman seperti jus tembikai, longan ais, susu kacang soya, sirap bandung serta kordial limau dan laici.

Selain itu, disajikan makanan laut panggang, kambing panggang dan makanan Barat seperti lasagna bakar, piza makanan laut bersama sayuran serta hidangan Jepun tempura, tepanyaki ayam dan sushi. Dim sum dan nasi ayam Hainan turut mengisi ruang seleksi hidangan sajian Cina.

Pakej ditawarkan pada harga RM89++ untuk dewasa dan hanya RM50 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun dan warga emas berusia 55 tahun ke atas.

Terdapat juga pakej Ahlan Ya Ramadan pada kadar RM70++ seorang pada hari pertama sehingga 10 Ramadan atau tempahan 50 orang ke atas.

Pakej hujung minggu (Sabtu, Ahad dan cuti umum) pula menawarkan harga RM100++ untuk seorang dewasa berserta kanak-kanak (empat hingga 11 tahun).

Turut disediakan ruang bersila (terhad), sesi bacaan al-Quran, pameran tulisan khat dan kemudahan surau untuk bersolat.

menu buka puasa, puasa 2012, e card puasa 2012, e card comel 2012, makanan kampung, masakan melayu 2012
Ranking: 5

Comments:5

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net