Program menarik Ramadhan 2012 Astro.



Program menarik Ramadhan 2012 Astro.


Bersempena bulan Ramadhan yang menjelma ini, Astro telah menyediakan pelbagai program dan drama menarik khas untuk para penontonnya.
Jadi di sini koz akan listkan beberapa program yang menarik sepanjang ramadan pada kali ini.


Astro Prima

Masihkah Ada Ramadan
23 Julai - 13 Ogos, 10.00 malam, setiap Isnin
Mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya. Drama ini juga memberi pengajaran kepada para anak-anak tentang amal ibadat terutama sekali berpuasa di bulan Ramadhan.

Keluarga Iskandar
3 Julai - 9 Oktober, 10.00 malam, setiap Selasa
Keluarga Iskandar berkisar mengenai sebuah keluarga Melayu yang mempunyai enam adik-beradik dan di ketuai oleh ibu mereka iaitu Mak Jah.


Ezani dan Wahidan Balik Kampung
Mulai 21 Julai, 12.00 tengahari, setiap Sabtu
Dengan kemenangan mereka di MasterChef Malaysia musim pertama, Ezani dan Wahidan akan mengembara ke seluruh Malaysia untuk mencari makanan tradisi Malaysia. Mereka akan menggunakan kemahiran masakkan mereka untuk memberi nafas baru kepada makanan tersebut.

Astro Oasis

Tanah Kubur Musim Ke-4
7.30 malam, setiap Jumaat
Kisah mengenai seorang penggali kubur yang melalui pelbagai pekara pelik yang berlaku pada mayat yang dikuburkan ke atas pembalasan tuhan pada manusia yang melakukan kesalahan.

Tadarus Al Quran
Mulai 20 Jun, 12.00 tengah malam, setiap hari
Tadarus Al Quran, setiap hari yang dibawakan secara eksklusif oleh ASTRO OASIS di bulan Ramadan ini untuk telaah pembacaan bersama.

Siaran Langsung Solat Terawih Mekah
Mulai 20 Julai, 1.30 pagi
Solat Terawih secara langsung setiap hari yang dibawakan secara ekslusif oleh ASTRO OASIS di bulan Ramadhan ini dari Masjidil Haram, Kota Mekah.

Renungan Ajal
Mulai 25 Julai
“Renungan Ajal” ialah sebuah kisah pegawai agama Kor Agama Angkatan Tentera yang terpilih oleh Allah SWT untuk mendapat tanda-tanda kematian dalam masa 100 hari. Tanda-tanda yang dikurniakan pada 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari. Kehidupan Mejar Yusof yang normal telah bertukar. Banyak konflik timbul di rumah dan tempat kerja. Cerita ini juga menggambarkan kehidupan dibelakang tabir anggota tentera dari sudut pandangan yang berbeza pada isu-isu keagamaan.

Rasa Halal Antarabangsa
Mulai 2 Ogos, 7.30 malam, setiap Khamis
Travelog berbentuk majalah ini akan menyelongkar keindahan dan keunikan budaya masyarakat Muslim dan gaya hidup seharian mereka sebagai satu komuniti yang tinggal di negara Islam / bukan Islam.

Perangi Sihir
7.30 malam, setiap Isnin
Program PERANGI SIHIR adalah program 30 minit di Astro Oasis dihoskan oleh Dato 'Engku Ansaruddin Agus. Bual bicara ini berkisarkan kepada simptom-simptom Sihir mengikut prinsip Islam dan cara-cara untuk menyembuh dan mengubati sihir yang di hadapi.

Khutbah Jumaat Mekah
Bacaan khutbah dari Masjidil Haram yang di bawa khas dengan pelbagai topik untuk tontonan bersama penonton ASTRO OASIS.

InsyaAllah Ada Jalan
Mulai 23 Julai, 5.30 petang, Isnin-Jumaat
Sebuah sinetron yang mengisahkan Maher Zain pendakwah muda yang bertolak ke Indonesia disamping melawat sahabat lamanya, Muhamad Basofi iaitu rakan sepengajian ketika berada di Amerika. Setelah tiba di Indonesia, Maher Zain telah diiringi oleh teman baiknya Fadli ke setiap kampung dalam menyampaikan dakwah mengenai agama Islam.

Indahnya Iman (Azan Global/Tazkirah)
7 malam, setiap hari
Indahnya Iman adalah slot kerohanian yang ke udara lima kali sehari pada setiap waktu solat, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Indahnya Iman mengandungi pengisian kerohanian dan ketuhanan seperti Rahsia tujuh yang berkaitan peristiwa penting pada tujuh hari.

Geng Surau Musim Ke-2
Mulai 16 Julai, 6.30 petang, Selasa-Khamis
Geng Surau 2 menceritakan apa yang berlaku setelah surau di bom oleh Duan, anak Pak Abu yang atas sebab ingin memasuki Mayat FC, sebuah kelab yang ditubuhkan tanpa kebenaran Mayat aka Razif. Di kala Geng Surau cuba mencari Surau baru , pelbagai perkara lucu yang berlaku.

Astro Ria

Hello Bro.. Tolong Masak
Mulai 21 Julai, 6 petang, setiap hari
Pertama seumpamanya di Malaysia, Chef Nik Michael akan menyediakan hidangan mengikut pesanan selebriti bagi mengutip dana untuk acara kebajikan.

Astro Citra

Sinema Sahur
Mulai 21 Julai, 6 pagi, setiap hari
Meriahkan waktu bersahur anda dengan barisan filem-filem terbaik dari dalam dan luar Negara sepanjang Ramadhan ini.
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net