Ariel Peterpan Buat Majlis Berbuka Puasa.


Ariel Peterpan Buat Majlis Berbuka Puasa.

Ariel Peterpan yang akan dibebaskan hari ini dari penjara Kebon Waru, Indonesia akan mengadakan majlis berbuka puasa dengan pihak media dan ahli kelab peminatnya di Hotel Grand Serela, Bandung, bermula pada pukul 4 petang nanti .

Difahamkan, majlis berbuka dan sidang media tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran atas pembebasannya di bulan Ramadan.


“Sehubungan dengan pembebasan saya dari Rutan Waru, maka bersama ini, kami sekeluarga menjemput rakan-rakan media untuk menghadiri majlis kesyukuran, sidang media dan berbuka puasa bersama pada hari ini pukul 4 hingga 6 petang WIB di Ballroom Hotel Grand Serela, Indonesia.

“Besar harapan kami jika rakan-rakan media dapat hadir pada majlis ini. Terima kasih,” ujar Ariel dipetik sebagai berkata dalam satu pesanan daripada tahanannya.

“Benar, perancangannya adalah seperti itu. Ariel akan bertemu media dan peminat pada majlis itu nanti,” kata Lukman, salah anggota kumpulan Peterpan.

Dianggarkan, seramai 250 ahli Sahabat Peterpan akan menyertai majlis berbuka puasa itu. Bagaimanapun, tidak semua ahli dapat menghadirinya kerana masalah ruang yang terhad.

Untuk imbasan, Ariel dipenjara selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penyebaran video porno dengan Luna Maya dan Cut Tari hingga mengejutkan ramai pihak.

Read more: http://www.myartis.com/2012/07/ariel-peterpan-buat-majlis-berbuka-hari.html#ixzz21PyXpSgt
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net