Juadah berbuka wajib ada...





Juadah berbuka wajib ada...


IBADAH puasa di negara kita amat sinonim dengan kepelbagaian juadah terutamanya ketika berbuka puasa.

Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pasti ramai yang menantikan juadah kegemaran mereka untuk dijadikan menu wajib ketika berbuka.

Malah golongan artis juga tidak ketinggalan menyenaraikan menu wajib mereka di bulan puasa.

Jom kita tinjau, apakah pilihan menu mereka ketika berbuka?

Ozlynn: Setiap kali puasa, saya mesti rasa nak makan rojak buah. Kalau bukan bulan puasa, tak teringin sebab orang yang jual rojak buah yang sedap, tidak meniaga pada bulan lain. Setiap kali berbuka, mesti ada rojak buah. Tapi, saya tak makan ketika berbuka. Selepas Maghrib atau Tarawih, baru saya makan.

Johan: Makanan wajib ada ketika berbuka mestilah martabak atau roti John. Ia adalah kegemaran saya dan anak. Untuk lauk pula, mesti ayam. Tidak kisahlah ayam masak apa, yang penting lauk ayam. Kalau makanan pertama yang akan saya jamah ketika berbuka ialah kurma dan air. Lepas itu, barulah makanan lain. Kalau nasi, saya akan makan selepas solat Maghrib untuk mengelakkan dari tubuh rasa lemah dan tidak bermaya ketika sembahyang Tarawih.

Zed Zaidi: Setiap petang, saya akan pergi ke bazar Ramadan berdekatan rumah untuk beli martabak, popia basah dan air tebu. Ia adalah menu wajib setiap hari, setakat ini. Kalau martabak yang saya nak beli dah habis, saya akan menjerit. Kalau sempat untuk ke bazar lain, mungkin saya akan pergi cari. Rasa macam tak best kalau tak ada makanan itu.

Zizan: Juadah wajib saya mestilah kurma dan ayam percik. Setakat ini, makanan itu tidak ketinggalan lagi dalam setiap kali berbuka puasa. Sejak dari dulu lagi, saya memang gemar makan ayam percik. Saya akan cuba dapatkan ayam percik setiap hari.

Shila Amzah: Ketika berbuka, saya tidak kisah makan apa. Yang penting, ketika bersahur. Saya mesti nak makan sambal tumis ikan bilis. Kalau berbuka, saya lebih berminat untuk dapatkan kuih -muih seperti putu bambu, kurma dan sebagainya. Untuk lauk, saya makan macam-macam dan menu sentiasa berubah setiap hari untuk elak rasa muak.

Nabil: Kuih sagu, tepung pelita dan martabak adalah makanan kegemaran saya ketika berbuka puasa. Setakat ini, setiap kali berbuka, mesti ada makanan tersebut. Untuk lauk pula, saya lebih suka ayam percik. Kalau air pula mestilah bandung cincau. Tidak ketinggalan juga, buah kurma. Isteri saya pula suka apam balik. Hari ketiga berpuasa, baru dia rasa nak makan apam balik.


Menu berbuka artis, juadah berbuka johan,  juadah berbuka zed zaidi,  juadah berbuka zizan,  juadah berbukashila amzah,  juadah berbuka nabil,  juadah berbuka ozlynn
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net