Powered by Jasper Roberts - Blog

Kesibukkan Melampau Melanda

60 comments


Salam semua, agak lama tidak mengudate blog kesayangan kozumi ini. Sekarang ini kozumi memang kurang masa untuk mengupdate blog kerana sedang fokus dalam memperkukuhkan lagi bisnes design ini.

Walaupun beberapa minggu lepas kozumi mendapat hentaman kuat dari dugaan kehilangan Facebook akibat manusia yang berhati busuk. Tapi kozumi kuatkan semangat untuk tempuh dugaan ini. Alhamdulillah masih dapat bertahan sehingga sekarang.

Agak lewat jugak kozumi update blog ini, sebab masa ini saja yang dapat kozumi luangkan untuk blog ini. Harap-harap ada jugak yang sudi membaca dan meninggalkan komen. Maaf jika kozumi tidak membalas kunjungan rakan-rakan blogger sekalian, insyallah jika ada masa terluang kozumi akan laksanakannya...


Dugaan apabila akaun Facebook di Hack.

26 comments


Salam semua, agak lama tidak membuat sebarang post di blog ini. Semua ini terjadi apabila akaun facebook kozumi telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawap dan yang sangat kejam akaun kozumi telah pun dihapuskan.

Memang agak kecewa jugak sebab kehilangan follower, fanpage dan juga group yang telah lama diwujudkan hilang begitu sahaja. Rakan-rakan dan customer bisnes juga turut ilang begitu sahaja. Memang dugaan sungguh keatas kozumi. Stress ini telah berambah dari hari kehari dan semangat telahpun jatuh seperti cempedak jatuh kedebukkk di atas batu(bukan tanah).

Tapi kozumi harus terima ini sebagai satu dugaan dan kozumi haruslah bangkit semuala walaupun terpaksa bermula dari bawah semula. Kozumi mohon maaf kepada rakan-rakan yang memerlukan khidmat kozumi untuk tempahan design. Insyallah kozumi akan laksanakan pada minggu ini juga. Kepada rakan-rakan, jom follow kozumi di SINI. Doakan untuk beri semangat kepada kozumi ya rakan-rakan...salam...

Kepada rakan-rakan kozumi mohon bantuan untuk memberi undian kepada kozumi di dalam contest anjuran denaihati network di SINI. Kalau tidak keberatan, undilah kozumi setiap hari okey...

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

93 comments

Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Salam semua, hari ini kozumi akan membentangkan hasil ilmu yang telah kozumi dapat semasa SBDdB13 Seminar Buat Duit dengan Blog dan Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati yang dimiliki di sana.

Di dalam seminar Anjuran Denaihati Network telah memperkenalkan beberapa panel-panel yang berjaya membina income dari aspek pelbagai sudut baik dalam penjualan ebook, model, niche blog dan pendapatan affiliate.

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati - Kozumi semasa seminar Buat Duit dengan Blog terbabit amat berminat untuk lebih memahami cara penjualan ebook yang telah dibentangkan oleh saudara Suhaimy iaitu founder WangCyber.com. Teknik dan cara penjualan ebooknya amatlah luar biasa dan cara membuat ebook dengan mudah menarik minat kozumi. Saudara Suhaimy semasa seminar terbabit lebih ketengahkan cara Penjualan produk sendiri dalam aspek Digital. Di dalam kategori digital mempunyai pelbagai cabang yang boleh di pilih seperti Ebook, Aplikasi, Video, Audio Files, Grafik dan Premium Content.

Kozumi lebih gemar untuk mengetahui lebih lanjut dalam digital kerana kena dengan hala tuju kerja yang kozumi sedang usahakan sekarang dalam bidang Grafik. Dalam teknik penjualan Ebook juga salah satu usaha yang sedang giat kozumi laksanakan bagi tujuan perkongsian kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui cara dan bagaimana untuk membina sesebuah grafik.

Tips "Satu hari 1 muka surat, 30 hari sudah 30 muka surat"

Dalam penjualan produk digital melalui blog setiap kos yang dikeluarkan sudah semestinya kosong dan keuntungan yang akan dimiliki adalah besar jika kena dengan cara dan teknik yang dilaksanakan. Dalam contoh yang kozumi laksanakan dalam Service Design adalah mengikut langkah-langkah yang sama seperti yang di sampaikan Saudara Suhaimy dan ia telah ditetapkan kozumi sendiri seperti mendapatkan tempahan, laksanakan kerja design, terima pembayaran, hantar hasil kerja kepada pelanggan. Mudah bukan? memang tidak memeningkan kepala bila menguruskannya dengan sendiri.

Memang tidak sabar untuk menyiapkan Ebook yang pertama yang kozumi sedangkan usahakan ini, doakan moga ia berjalan dengan lancar, Amin...

Gambar credit Melastik Bintang.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net