Powered by Jasper Roberts - Blog

Budak Nakal - Blogger Terkenal Malaysia

27 comments

Blogger Terbaik Malaysia

Salam semua, agak-agak korang blog budak nakal ini salah satu blog terkenal dalam Malaysia tak? Hihi, soalan apalah yang koz wawarkan kepada korangkan. Agak sensitif soalan koz ini untuk korang jawapkan.

Lainlah kalau blog koz ini seperti blogger-blogger fames seperti blog Bro shakiddo, Boni Super Kacak, Tuan Denaihati, Puan Bee, Bro Titan dan Blogger-blogger top/fames yang lain, sentiasa menjadi perhatian blogger-blogger yang lain.

Amat berbeza sekali kalau nak di bandingkan dengan blog koz ini. Kalau nak katakan dari segi rupa memang Adalah sikit macam blog hebat. Hebat dari segi designnya sahajalah kot.

Kalau dari segi trafik jauh beza kebelakang blog koz jika nak dibandingkan jumlah trafik yang masuk setiap hari di blog mereka.

Trafik Blogger Fames
Trafik ciput jek....

Baru-baru ini semasa event #SBB2013 berlansung ramai juga koz dapat bersua dengan blogger-blogger yang koz kenal, dan ada juga yang koz tak kenal(malas berblogwalking punya pasallah kot hahaha). Jadi saat ini sudah tiba masanya untuk koz berblogwalking semula seperti masa awal permulaan koz berblog dahulu.

Apa-apa pun insyallah manalah tahu akan tiba masanya blog budak nakal akan menjadi salah satu blogger terkenal dan menjadi perhatian pada mana-mana event khas untuk Blogger..hihihi...Amin...



10 Blogger Terbaik Malaysia - Top Blogger

55 comments

10 Blogger Terbaik Malaysia


10 Blogger Terbaik Malaysia Salam semua, hari ini koz ingin kongsikan kepada anda 10 Blogger Terbaik Malaysia dari mata hati koz sendiri.

Blogger Terbaik Malaysia merupakan impian pada setiap blogger dan dalam mengejar status ini kita haruslah mengutamakan apakah misi dan tujuan untuk anda menjadi seorang blogger yang Terbaik Malaysia. Set matlamat anda dan anda pasti akan berjaya menjadi 10 Blogger Terbaik Malaysia.

Kalau diukur dengan blog budak nakal ini, masih jauh perjalanan untuk mendudukan carta 10 Blogger Terbaik. Tapi manalah tahukan dalam masa terdekat ini Budak Nakal Blogspot akan terpapar jua di dalam 10 Blogger Terbaik Malaysia..Amin...mudah-mudahan.

Jadi mari lihat senarai 10 Blogger Terbaik Malaysia




List diatas merupakan 10 Blogger Terbaik pilihan koz sendiri kerana setiap blog list di atas merupakan blogger yang koz gemar tuk singgah di blog mereka setiap masa. Setiap kelebihan dan keistimewaan pada blogger di atas tidak perlu di terangkan kerana koz yakin jika anda seorang blogger anda pasti mengenali mereka.

Jika tidak kenal sudi-sudilah melawat dan terjah blog mereka bagi tujuan untuk mengenali dan merapatkan siraturahim sesama kita insyallah.


Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia dianjurkan oleh Ohcikgu.com. Penaja bersama adalah Fivio.comNadot.myEffortlab Cik LailiHalim RDFLadfeAmirAmiRini,MyadynaMy AdamRangglifestyle.comMinda Emas NetworkHamdan’s BlogKain Cotton MurahCheese MazKakimedia.MYContengConteng.com dan Blog Hati Putera
10 Blog Malaysia , 10 Blog Terbaik Malaysia , 10 Blogger Terbaik , Blogger Terbaik Malaysia , Contest blogger , Top Blogger Malaysia > 10 Blogger Terbaik Malaysia - Top Blogger

Top Keyword Januari 2013 Budak Nakal

16 comments

Hot/Top Keyword Januari 2013 - Salam semua, hari ini koz nak kongsikan dengan korang paparan keyword yang masuk ke laman Budak Nakal ini.

Bagi Minggu lepas antara keyword yang sudi hadir tuk singgah di blog koz ini adalah seperti di bawah ini. Nampak gayanya ramai juga peminat bola sepak tanah air ya yang mencari Jadual Piala FA 2013

Nampak gayalah makin meriahlah Perlawanan bola sepak dalam malaysia ini dengan sokongan yang makin bertambah dari masa ke semasa selepas beberapa perlawanan yang membanggakan dari Harimau Malaya dan Harimau Muda kita.

Top Keyword Januari 2013

Dan ini pula keyword yang masuk  pada bulan Januari 2013 ini. Keyword yang paling banyak menjenguk blog ini sudah semestinya keyword pencarian Emma Maembong yang cantik dan jelita. Di tangga kedua dan ketiga pula keyword Biodata Shila Amzah dan Neelofa.

Top Keyword Januari 2013


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net