Bina Pendapatan Bersama Blogger

buat duit blog, income dari blog

Salam semua, hari ini koz telah mendapat mood berblog semula setelah beberapa bulan menyepi untuk aktif berblog, semua ini gara-gara kerana terlalu sebuk melayan kerja tempahan dari pelanggan kozumi setelah setahun mengambil keputusan untuk membina kewangan dari sudut itu.

Seperti sedia maklum, permulaan kozumi untuk aktif berniaga dalam mereka grafik lahirnya dari blog, kerana dari bloglah kozumi mula membina perniagaan sendiri dengan cara kecil-kecilan. Pada permulaan perniagaan mereka grafik kozumi amat bersyukur walaupun pendapatan mencecah sehari RM50-RM70, dan semakin lama keuntungannya meningkat dari masa kesemasa, dan kekadang dalam 1 hari pendapatan kozumi boleh mencecah RM300-RM400 jika kena pada masanya, mungkin bukan setiap hari boleh mendapat pendapatan sebegitu tetapi syukur sangat sekurang-kurangnya dapat juga digunakan untuk bayar duit sewa rumah atau pun kereta.
Siapa kata yang blog tidak dapat bina kewangan?Insyallah boleh jika kena pada gaya dan langkah anda menguruskan blog masing-masing. Untuk membina kewangan di dalam blog ada pelbagai cara salah satunya dengan menggunakan kaedah memaparkan periklanan samada dari Nuffnang ataupun Komli dan lain-lain lagi...cuba dahulu baru dapat anda merasai.

Ada juga sesetengah blogger yang rajin untuk mengikuti mana-mana event atau review dari pelbagai syarikat dan restoran untuk meluaskan perikalan mereka. Insyallah jika kena pada masanya mungkin atas jemputan mereka anda akan mendapat bayaran untuk anda memperkenalkan bisnes mereka di dalam blog anda sama ada dalam bentuk promosi artikel ataupun banner. Di situ juga anda dapat membina income sampingan bukan?

Jadi rezeki itu sebenarnya mudah untuk di dapati jika kena pada caranya, banyakkanlah belajar dari rakan-rakan blogger yang lain untuk mendapatkan pelbagai ilmu untk membina income melalui blog.


Ranking: 5

Comments:7

14 November, 2013 22:22

Rezeki berada di mana mana :)

14 November, 2013 22:35

@Aiman Aziz:Benar tu bro...

15 November, 2013 01:12

Rezeki ada sini http://mohdazahar.com/?p=64

21 November, 2013 10:42

Sy pun dalam bidang grafik jugak. Tapi buat masa skrg blom ambik tempahan buat header ke ape ke..sebab busy dgn kerja. header blog sendiri pun dah lama tak ubah. Haha

27 November, 2016 10:10

شركة الامتياز لنقل الاثاث والعفش بالدمام والخبر
عزيزي العميل نقدم لك شركة نقل اثاث بالدمام شركة الامتياز علي اعلي مستوي من من الاداء الفني الراقي جدا ونحافظ لك علي كل قطعه من قطع الاثاث في امان تام منقطع النظير حيث اننا نرتقي بمستوي خدماتنا الي ابعد حد ممكن ونقدم ارقي وابهر ما لدينا ونقدم كل ما لدينا من خبرات في هذا المجال حيث انكم لابد وان تعتمدوا علي شركات لها خبره كبيره في كيفيه نقل الاثاث من فك وتركيب واشياء اخري كثيره خاصه بهذا المجال نحن الافضل فى نقل الاثاث بالدمام شركة الامتياز

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net