Hey Kawan ! Awak Tahu Beradab Dengan Kawan Tak?


Rakan yang baik adalah orang yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan dan selalu memberi nasihat yang baik jika kita melakukan kesilapan dan menerima pandangan yang baik apabila dia melakukan kesalahan. Namun, sebagai seorang kawan, tahukan anda akan adab-adab dengan kawan-kawan sendiri? So, ni adalah antara adab-adab yang kita semua boleh praktikkan bila bertemu dengan rakan-rakan kita yang lain :



1. Memberi salam ketika bertemu. Seeloknya, elakkan daripada berkata "Hai!" tanpa mendoakan kesejahteraannya.


2. Membantu dengan kadar segera apabila diperlukan. Usah membiarkan rakan meminta tolong berkali-kali.


3. Menyembunyikan rahsia kawan. Usah mengadu-domba atau berkata-kata tentang diri rakan kepada orang lain.


4. Mendengar nasihat atau pandangan rakan. Usah melawan atau membantah perkataan rakan tanpa asas.


5. Memaafkan kesilapan rakan. Janganlah terlalu memaksa rakan untuk meminta maaf sekiranya dia melakukan kesalahan.


6. Selalu mendoakan kesejahteraan rakan. Usahlah kita lupa dengan tidak mengendahkan kesihatan dan kebahagiannya.


7. Berdiam dan mendengar ketika rakan sedang bercakap. Jangan mencelah sehingga menyebabkan rakan tidak senang untuk berkata-kata.




Ha, aku rasa, sebagai seorang manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, mesti ada jek benda yang kita buat boleh dikategorikan sebagai tidak beradab dengan rakan, kan? Tapi takpe, asalkan kita cuba yang terbaik untuk memperbaiki diri dan layan rakan kita sepertimana kita sayang diri kita sendiri pun dah cukup molek dah tu.





Sepatah kata Iman Hayfa :

Hmmm, masyaAllah. Aku selalu jek terlupa nak bagi salam kat kawan-kawan aku bila berjumpa. Asik cakap "hai" jek. Huhu. Masa untuk memperbaiki kelemahan diri =)
Ranking: 5

Comments:5

30 March, 2013 10:51

Betul tu bro, aku sangat bersetuju.. Hehe

30 March, 2013 12:40

adalah juga sesekali buat kesalahan tanpa di duga, tapi untuk mendapat kawan yg baik, mulakan dengan diri kita dulukan?

first time datang sini, salam perkenalan

30 March, 2013 14:13

eh..lyeen first time masuk sini kn..hye budka nakal..!eh..eh...

kesalahan emngajar kita utk jd lebih baik.:D

01 April, 2013 05:07

salam =)

btul2..bnyk lg sbnrnye..tp kita wat mne yg tmampu je la..huuu..cume mjadi kwan tbaik walaupun kwan tu xbpe nak baik dgn kita..heeee

19 April, 2013 15:09

susah nak dapat kawan macam ni.. terlalu rapat pon susah...

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net