Powered by Jasper Roberts - Blog

TRW - JDT sama hebat


JDT - TRW
Aksi pemain Kelantan dan Johor Darul Takzim ketika bersaing dalam perlawanan malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1
TENDANGAN percuma pemain import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza minit ke 74 memastikan pasukan berbelanja besar pulang dengan satu mata apabila seri 1-1 menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohamed Ke IV, semalam.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan minit ke 38 hasil jaringan cantik Mohd Norfarhan Muhammad yang melakukan rembatan deras sambil berlari menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Zamir Selamat.

Bermula wisel pertama, Kelantan terus melakukan serangan untuk mendapatkan gol awal dengan menggunakan sepenuhnya hantaran tinggi kepada Keita Mandjou dan Indra Putra Mahyuddin yang berada di bahagian hadapan.

Rentak 25 minit separuh masa pertama sungguh mendebarkan dengan tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai permainan apabila posisi tengah dikuasai sepenuhnya Shakir Shaari dan Mohd Badhri Radzi berbanding dengan Shafiq Rahim yang dilihat sedikit tenggelam.

Gol tuan rumah akhirnya menjelma hasil rembatan deras kaki kanan Mohd Norfarhan minit 38 menggembirakan penyokong The Red Warriors yang memenuhi stadium.

Menyedari gol penyamaan perlu dicari, jurulatih Johor Darul Takzim mengeluarkan Nurul Azwan Roya dan memasukkan bintang La Roja 2008, Daniel Guiza untuk menambahkan sengat di bahagian serangan.

Ternyata percaturan Fandi menjadi apabila Guiza menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti menewaskan Khairul Fahmi Che Mat 16 minit sebelum tamat perlawanan.

Dalam perlawanan berasingan, rekod tanpa kalah Lions XII lebur selepas tewas 0-1 kepada pasukan berstatus kelab PKNS di Stadium Shah Alam hasil jaringan Mohd Nazrin minit 79.

Pendahulu Liga Super, Pahang terus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menjadikan Negeri Sembilan mangsa terbaru hasil kemenangan 2-1 dalam aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Dua gol Pahang dijaringkan Mohd Fauzi Roslan manakala gol sagu hati pelawat hasil gol sendiri pemain tuan rumah Hazri.

Juara Sumbangsih, ATM terus melakar kemenangan menewaskan T-Team 3-0 dalam aksi di Stadium Paroi. Gol tuan rumah dijaringkan Shukor Adan, Rezal Zambree Yahya dan Marlon Alex James.

Perak pula terus mengalami kekalahan 0-1 kepada Felda United di laman sendiri. Aksi sebelah petang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu , menyaksikan Selangor menewaskan Terengganu 2-1 . Gol pelawat dijaringkan oleh S. Kunanlan minit keenam dan Amri Yahyah pada minit ke-16 sementara gol Terengganu dihasilkan Jean-Emmanuel Effa Owona minit ke-17.
Ranking: 5

Comment: 1

17 January, 2013 04:14

tak berapa best. tak banyak gol.

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net