Powered by Jasper Roberts - Blog

#prayforAWQ8501 Jumlah Penumpang Pesawat Airasia AWQ8501

3 comments


Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat, dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.

Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

JAKARTA, KOMPAS.com - Pesawat AirAsia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini, Minggu (28/12/2014).

Direktur Angkutan Udara Kementerian Perhubungan, Djoko Murjatmojo memastikan bahwa pesawat tersebut hilang dalam pantauan radar. "Saat ini saya sedang di pos pemantauan untuk menunggu berbagai laporan yang masuk," ujarnya saat dikonfirmasi Kompas.com.

Dia mengatakan, nanti pihak Kementerian Perhubungan akan memberikan keterangan resmi perihal hilangnya pesawat AirAsia tersebut.

Sementara itu mengutip data penerbangan dariFlightradar, pesawat AirAsia yang hilang adalah Airbus A320 dengan nomor registrasi PK-AXC. Pesawat tersebut berangkat dari Surabaya pukul 05.20 pagi dan sampai di Singapura seharusnya pukul 08.30 waktu setempat atau pukul 07.30.

Selama ini, AirAsia memiliki reputasi keselamatan yang baik, termasuk ketepatan waktu terbang.


 Berita TERKINI boleh dapatkan di sini > PrayForAWQ8501

Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Surabaya ke Singapura HILANG

1 comments


Pesawat Malaysia Hilang lagi (Air asia)
KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.
Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat, dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. Kompas.com turut melaporkan insiden itu.
Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad. Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 6.17 pagi waktu tempatan, menurut pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia sepertimana dipetik portal kompas.com. Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.
"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk." Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut. Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Pesawat membawa 155 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Dilaporkan seorang daripada penumpang ialah rakyat Malaysia.

Berita TERKINI boleh dapatkan di sini > PrayForAWQ8501

lokasi banjir 2014

3 comments


Update terkini Lokasi Banjir dan jalan-jalan yang di tutup di Terengganu, Kelantan dan pahang. Lokasi Terkini akan di Update dari masa ke semasa.




INFO BANJIR DAERAH KUANTAN

Perkembangan laporan banjir Daerah Kuantan berakhir 
(24/12/14 ,1600 hrs)

JALAN-JALAN TERLIBAT

1) Nama Jln: Jln Kg Air Hitam Jaya Gading
Paras : 1.5 m
Jarak : 2 km
Status : Tidak boleh dilalui semua kenderaan

2). Nama Jln: Km 34 Jln Ktn-Gambang (hadapan Gambang Resort) 
Paras: 0.5 m
Jarak: 250 m
Status: Tidak boleh dilalui semua kenderaan.

3). Nama Jln: Km 31 Jln Ktn-Gambang (Pekan Gambang)
Paras: tiada
Jarak: tiada
Status : Boleh dilalui semua kenderaan

4). Nama: Jln Tg Lumpur-Kg Baharu (Petronas Sg Soi) 
Paras: tiada
Jarak: tiada
Status: Boleh dilalui semua kenderaan

5). Nama: Km 16 Jln Kuantan- Sg Lembing
Paras: 2.5 m
Jarak: 1000 m
Status: Ditutup untuk semua kenderaan

6). Nama Jln: Km 31 Jln Ktn - Sg Lembing
Paras: 1.0 m
Jarak: 300 m
Status : Ditutup untuk semua kenderaan

7). Nama: Jln Bandar Sg. Lembing 
Paras: 0 m
Jarak: 0 m
Status: Boleh dilalui semua kenderaan

8)Nama Jln: Jln Kg Nadak Sg Lembing 
Paras: 1.0 m
Jarak: 150 m
Status: Tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan

9) Nama Jln: Jln Kg Org Asli Bukit Bangkong 
Paras: 2.0 m
Jarak: 2000 m
Status: Tidak boleh dilalui semua kenderaan

10) Nama Jln: Km 25 Jln Kuantan- Sg Lembing
Paras: 0.3 m
Jarak: 100 m
Status: Boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

11) Nama Jln: Km 22 Jln Bukit Sagu
Paras : 0.3 m
Jarak : 100 m
Status : Boleh dilalui kenderaan berat sahaja

12.Jalan Padang Lalang/ke Teluk Sisek.
Paras: tiada
Jarak: tiada
Status: Boleh dilalui semua kenderaan

13. Jalan Tanah Putih
Paras: 0.6 m
Jarak: 10 m
Status: Jln sebelah kiri ditutup utk semua kenderaan (arah Gambang ke Kuantan)

14. KM 16 Sg.Riau-Pancing:
Paras: 1.0 m
Jarak: 800 m
Status: Ditutup utk semua kenderaan

15. KM 22 Jln Kuantan- Pancing
Paras: 1.5 m
Jarak:200 m
Status: Ditutup utk semua kenderaan

16. KM 55 Jln Kuantan- Maran
Paras: tiada
Jarak:tiada
Status: Boleh di lalui semua kenderaan.

17. KM 30 Jln Ktn - Sg Lembing
Paras : 1.5 m
Jarak : 200 m
Status : Ditutup untuk semua kenderaan

18. KM 21 Jln Ktn - Panching ( Kg Sg Danir/Pasir Kemudi)
Paras : 2.0 m
Jarak : 800 m
Status : Ditutup untuk semua kenderaan

19. KM 22 Jln Panching Utara - Sg Lembing
Paras : 0.8 m 
Jarak : 200 m
Status : Ditutup untuk semua kenderaan

20. KM 23 Jln Ktn - Sg Lembing (Kg Atong)
Paras : 1.0 m 
Jarak : 1000 m
Status : Ditutup untuk semua kenderaan

21. KM 48 Jln Ktn - Maran
Paras : 1.0 m
Jarak : 1000 m 
Status : Ditutup untuk semua kenderaan

22. Jln Bukit Bangkong (Panching)
Paras : 3.0 m
Jarak : 1000 m
Status : Ditutup untuk semua kenderaan

23. Jln Kg Tiram
Paras : tiada
Jarak : tiada
Status : boleh dilalui semua kenderaan

24. Pintasan Bukit Setongkol
Paras : tiada 
Jarak : tiada
Status : Boleh dilalui semua kenderaan

25. Bt 12 Jln Ktn - Gambang ( simpang masuk ke Taman Seriku/Taman Mahkota Aman
Paras : 0.8 m 
Jarak : 100 m
Status : Ditutup untuk kenderaan ringan

26. Jln Ktn - Pekan (KIPSAS) Paras : 0.8 m
Jarak : 300 m
Status : Hanya boleh dilalui satu lorong sahaja

info:www.teaoais.com

Selamat Pengantin Madu Episod 2

3 comments

Episod Selamat Pengantin Madu
Selamat Pengantin Madu mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.

 Lakonan, Fasha Sandha, Aiman Hakim Ridza, Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, Ieda Moin, Dilla Ahmad, Marisa Yasmin. Arahan, Ibrahim Ilyas. Skrip, Noraini Baba. Terbitan, Pesona Pictures Sdn Bhd Episod 02
Klik untuk Tonton Episod 01

Selamat Pengantin Madu Episod 1

1 comments

Episod Selamat Pengantin Madu

Selamat Pengantin Madu mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.

Lakonan, Fasha Sandha, Aiman Hakim Ridza, Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, Ieda Moin, Dilla Ahmad, Marisa Yasmin. Arahan, Ibrahim Ilyas. Skrip, Noraini Baba. Terbitan, Pesona Pictures Sdn Bhd

Episod 01

Selamat Pengantin Madu TV3

Jom! comments

Episod Selamat Pengantin Madu

Selamat Pengantin Madu mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.

Lakonan, Fasha Sandha, Aiman Hakim Ridza, Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, Ieda Moin, Dilla Ahmad, Marisa Yasmin. Arahan, Ibrahim Ilyas. Skrip, Noraini Baba. Terbitan, Pesona Pictures Sdn Bhd

Selamat Pengantin Madu Episod 1
Selamat Pengantin Madu Episod 2
Selamat Pengantin Madu Episod 3
Selamat Pengantin Madu Episod 4
Selamat Pengantin Madu Episod 5
Selamat Pengantin Madu Episod 6
Selamat Pengantin Madu Episod 7
Selamat Pengantin Madu Episod 8
Selamat Pengantin Madu Episod 9
Selamat Pengantin Madu Episod 10
Selamat Pengantin Madu Episod 11
Selamat Pengantin Madu Episod 12
Selamat Pengantin Madu Episod 13 Akhir


Blogger Penipu!!!

2 comments


Blogger Penipu, inilah yang sering diucapkan oleh rakan-rakan kozumi di dalam laman facebook. Pemikiran sebegini terjadi apabila semakin ramai blogger-blogger yang tumbuh bagaikan cendawan apabila mengetahui dengan hanya berblog boleh mendapat income sampingan sama ada secera fulltime atau sebagai hobi sampingan. 

Kenapa sebutan "Blogger Penipu" berlaku? Apakah pandangan korang sebagai blogger yang menjadikan blogger ini sebagai tempat menyebar atau berkongsikan perkara-perkara yang positif tetapi hanya disebabkan sesetengah blogger yang gemar menyebar atau menyalurkan berita-berita palsu kita pula terkena tempiasnya.

Mereka anggap dengan cara ini dapat mengaut keuntungan dan income yang tinggi dengan cara begini dari pihak-pihak periklanan yang menyediakan kemudahan untuk blogger. Terasa bagaikan perkara ini semakin parah bila melihat hasil perkongsian sesetengah blogger ada yang keterlaluan dengan menyebarkan berita-berita yang mengaibkan orang serta tidak menjaga hati dan perasaan pengunjung. 

Haruskah perkara ini dibiarkan sebegitu sahaja? 

Jom hasilkan satu entry dan kongsi di sini (link di commants)bagi membahas perkara yang berlaku ini...!

Cara tidur nyenyak

Jom! comments

gambar hamster comel

Salam semua, hari ini malam seperti biasa masih lagi belum lelapkan mata. Semenjak bergelar retis ni memang selalu buzy dengan job-job yang bertimbun, cewah retis hahahaha...koz ulang baling kata-kata tadi yang sebenar... Semenjak bergelar designer ni memang selalu buzy dengan job-job yang bertimbun sampaikan waktu tidur pun terpaksa di kurangkan...Maksudnya tak cukup tido la...hahaha..mata ni pun dah macam panda.

Kekadang tu bila tiada job pun dah mula susah nak tidur dengan lena dan nyenyak. Bila terjaga dari tidur dan susah nak tidur semula...alahai. Akibatnya berdenyut-denyutlah kepala ni sebab tak cukup rehat. SUsah juga ya bila buat bisnes sendiri rupanya, belum lagi pasang pekerja tu...lau dah pasang pasti bertambah berdenyut-denyut kepala ni nak layan perangan-perangai pekerja ni hahahaha...

Jadi berbalik pada tajuk di atas, korang ada tak tips atau cara tidur nyenyak ? :P kongsikan please...

Komitmen Penentu Kejayaan Hidup

Jom! comments



Mencari peluang untuk jadi yang lebih baik, itulah fokus koz ketika ini di mana sebelum ini sudah banyak berbakti pada orang lain seperti mana yang di hadapi oleh semua anak bangsaku sendiri iaitu berkerja mencari rezeki di dalam laman bisnes orang lain.

Kini koz akan fokus untuk berkhidmat dalam bisnes sendiri pula, peluang ini akan hadir jika kita mencari, kalau di tangguh ia pasti tidak akan menjadi. Jadi haruslah cepat dan pantas membuat tindakkan jika ingin mencapai kejayaan di masa akan datang. Umur tidak akan berpatah balik malah ia akan sentiasa meningkat dari saat, jam, hari dan tahun.

Inilah penentu masa depan koz, koz haruslah komitmen untuk menghadapi cabaran ini. Walaupun sukar, tetapi ia juga salah satu pembelajaran dalam mengenal erti penat dan susah bak kata pepatah, "Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang Kemudian".

Seminar Asas Adobe Photoshop PERCUMA!!!

3 comments

Salam Semua, di sini kozumi hendak menjemput anda semua hadir ke seminar Asas Adobe Photoshop yang akan di anjurkan di Pusat Latihan RTC Johor di Terminal Bas Kulaijaya.

Seminar ini akan di laksanakan kozumi sendiri untuk memberi penerangan tentang cara mempelajari dan menggunakan sofware adobe photoshop ini. Jangan risau, tiada caj dikenakan dan seminar ini adalah PERCUMA! dan anda yang hadir juga tidak perlu risau soal makan dan minum kerana ianya di tanggung sepenuhnya oleh pihak RTC Johor.Tarikh seminar ini adalah pada 27 & 28 June 2014 pada jam 9.00 pagi - 5,00 ptg.

Apa yang perlu anda bawa adalah Laptop sendiri lengkap dengan sofware Adobe Photoshop CS3.

Berubahlah Anak Bangsaku

4 comments


Panggilan Telefon untuk beri peluang pekerjaan di jawap dengan nada dan kata yg kurang enak di dengari oleh setiap manusia yang ingin melihat anak bangsa sendiri berkerja dan memiliki pendapatan hasil usaha bangsa sendiri...stresss beb...
Suasana...
Membuat panggilan jemputan Interview untuk sebuah syarikat yang memerlukan pekerja....
Telefon guna phone opis xmo angkat, bila call guna HP personal angkat la pula...
Belum sempat beri salam terus di terjah dengan kata-kata "Nak APA??"
Tergamam juga bila mendengar, kalau ikutkan marah mmg dh di bahasakan dah...lihat pada gambar manis sangat wajah dan senyuman...dah macam wanita melayu terakhir dah bila di lihat...Dengan tenang di balas dengan ucapan " Saya dari Syarikat XXXX ingin menjemput anda untuk di Interview bekerja di syarikat kami" ....di balasnya "ISHH ALAAHHHH !!!!"....." KELEPUK!!!!" talian di matikan serta merta......
Jangan Hantar Resume kalau rasa x ingin bekerja!!!
Cara jawap telefon pun xde adap!!!
Pelik Betul, kalau x ingin kenapa hantar resume???
Kalau xmo jawaplah panggilan dengan budi bahasa elok-elok...
Lihat pada record pencapaian pada resume mmg amat memuaskan dengan segala butiran yg di lampirkan, dan pencapaian2 yang dia dapat...tapi sayang....peragai x Profesional... Apa kata anda???

Belajar Seminar Di RTC Johor

5 comments

RTC Johor

Salam semua, seperti biasa bila ada masa sudah semestinya blog kesayangan ini akan terupdate. Maklumlah orang buzy camnilah keadaannya. Kesian lak dengan blog ni, sekarang ini kurang terupdate dengan artikel-artikel yang kebiasaan akan kozumi kongsikan kepada pengunjung.

Pendekkan cerita hari ini kozumi berada di RTC kulai untuk Belajar Seminar Di RTC Johor bagaimana cara untuk menjadi seorang penyampai seminarkerana pada hujung bulan ini kozumi pula yang akan memberi penerangan di dalam seminar Asas Design guna Photoshop. Kozumi akan pastikan segala yang i rancang akan berjalan dengan lancar dan berjaya, Insyallah...

Kepada korang yang berada berdekatan, kozumi nak jemput korang hadir di dalam seminar kozumi pada 25hb April 2014, jam 9.00 pagi - 5.00 petang. Seminar ini adalah PERCUMA!!! jangan lepaskan peluang untuk belajar asa guna photoshop untuk hasilkan design untuk kegunaan Fanpage Facebook.

Seminar RTC Kulai, Kulai Seminar RTC, Seminar RTC Johor, jadual seminar RTC Johor, Senarai Seminar RTC Johor

Rezeki Blogger Tidak Disangka

7 comments

design website, design facebook cover
Rezeki Blogger Tidak Disangka - Salam semua, beginilah jadinya kalau banyak sangat tempahan design masuk bertubi-tubi. Memang tak cukup tangan sebab segala kerja mendesign hanya buat seorang.

Kalau ikutkan memang perlukan sangat-sangat crew untuk backup kerja yang berlambak-lambak ini. Tapi masih lagi menjejak mereka yang sesuai dengan kerja dan tugas yang diberikan.Terkini, usaha mempromosikan service design ini terpaksa di slowkan sedikit bagi mengelakkan list menunggu panjang.

Syukur Alhamdulillah apabila diri ini memilih untuk berusaha untuk bekerja sendiri dari pada memakan gaji mana-mana studio/syarikat. Segalanya bermula dari blog kesayangan ini. Blog inilah satu inspirasi yang terbaik untuk koz untuk memulakan perniagaan service tempahan design ini, sehingga kini apa yang koz target dan ingin miliki satu persatu tercapai Alhamdulillah.

Siapa kata blogger tidak boleh membina kewangan 4 angka hanya menggunakan blog? Kozumi dah buktikan, korang bila lagi? Sekarang kozumi target untuk capai kewangan 5 angka Insyallah, doakan terbaik untuk kozumi dan kozumi juga doakan untuk kawan-kawan blogger serta pengunjung untuk berjaya didalam dunia blogger ini. Amin...Amin...

MH370 Masih belum ditemui

8 comments


Salam semua sahabat, hari ini sudah masuk beberapa hari tentang kehilangan kapal terbang Mas MH370. Setiap masa sudah semestinya mata-mata dan telinga-telinga ingin mendapatkan kabar berita terkini tentang kehilangan pesawat MH370 ini.

Samalah seperti kozumi yang sentiasa mengambil peluang untuk memerhati setiap siaran di dalam tv jika ada berita berkenaan pesawat ini. Marilah kita beramai-ramai berdoa kepada Allah SWT bagi memberi petunjuk akan kabar berita tentang MH370 ini bagi mengakhiri teka-teki tentang kehilangan kapal terbang MAS MH370 ini...Amin Amin...

YEO’S PILIHANKU DULU & KINI

7 comments



Bila disebut perkataan Yeo’s, teringat kembali zaman kanak-kanak yang telah lama ku tinggalkan. “Air soya” dan “teh bunga”, itulah kegemaranku dari dulu. Tidak lupa juga “air laici” yang pasti jadi kegemaran kanak-kanak. Bila hendak makan nasi pula, wajib ada “kicap tongnam”. Jangan harap nak makan nasi, kalau tiada “kicap tong nam”. Kalau di sekolah, “air soya” menjadi pengalas perut. Biasalah budak terlebih aktif, yang penting ada “air soya”, bertenagalah sepanjang hari. 

Semasa bersekolah di sekolah berasrama penuh pulak, siap-siap stok “kari ayam” bertin-tin. Sekolah asramalah katakan, ada masa takda selera nak makan lauk yang disediakan, maka kari ayam yang bertin-tin inilah yang jadi kegemaran masa darurat. Hehe. Pada masa itu, zaman dahulu kalalah sangat, ayam vindaloo belum ada lagi. Kalau tidak, lagi bertambah tin-tin yang dibawa balik ke asrama. Lagi satu makanan ruji budak-budak di asrama semestinya mi segera. Oh Mi Cintan Ayam, aku terpikat padamu. Hihi.  Kadang-kadang bila malas nak masak air panas, makan mentah macam itu saja. Alahai, bila dikenang kembali, tersenyum seorang diri. 

Kisah dulu-dulu jadi kenangan, tapi kegemaran tidak pernah berubah. Sampai sekarang “kicap tongnam” wajib ada di rumah. “Air soya” pun masih jadi pilihan utama, apatah lagi sekarang ni ada Soyrich tanpa gula. Zaman sekarang ini, macam-macam penyakit ada. Nasib baiklah aku dah terbiasa dengan minuman sebegini. Kalau zaman kanak-kanak aku suka air “teh bunga”, sekarang tambah satu lagi teh kegemaranku iaitu “teh hijau”. Bila demam, aku minum “teh hijau” atau “teh kundur” pasti reda panasnya. Kenapa? Tak percaya? Cubalah sendiri. 

Lagi satu, aku suka “justea”. Bila sebut perkataan “justea” ni, aku teringat pada anak saudaraku. Masa itu dia masih kecil, dia sangat suka cebisan kecil aloe vera yang ada dalam “justea” sampai sanggup minta tin itu dipotong. Bila difikirkan, ada kebaikan dari perbuatan dia itu iaitu jangan membazir. Habiskan sampai cebisan aloe yang terakhir. Sekarang dia pun dah besar, kegemaran tetap sama iaitu “justea” hinggakan kami mengusik yang rupa dia dah macam budak yang terlukis pada tin atau kotak “justea” itu. Hehe.

Kalau nak dicerita pengalaman dari A sampai Z, memang boleh jadi novel. Tapi apa yang telahku tulis ini adalah sekadar perkongsian mengenai satu jenama. Pasti ada yang hairan bila aku menggunakan pembuka dan penutup kata pada perkataan tertentu. Itulah penekananku pada pentingnya jenama ini dalam hidupku. Tidak perlu disebut jenamanya, asal aku minta pada ibu, belikan “air soya”, dia pasti tahu Yeo’s jenamanya. Dari dulu hingga kini, Yeo’s akan terus jadi pilhanku yang nombor satu. 
   
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Jangan lupa follow sosial media Yeo’s Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.

Yeo’s Pilihanku

62 comments


Jenama Yeo's, Produk Yeo's

Yeo's, bila disebut sahaja sudah semestinya semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum pasti mengenali jenama ini. Jika anda hendak tahu, Yeo's merupakan salah satu jenama produk yang telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama isi rumah yang digemari bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di banyak negara di seluruh dunia. Yeo's bukan sahaja memiliki pelbagai produk dalam bentuk minuman, malah juga dalam keluaran makanan. Tidak mustahillah kalau boleh dikatakan produk Yeo's ini telah digunakan oleh sesiapa sahaja sejak kecil hinggalah dewasa.



Jenama Yeo's Malaysia juga telah mencatat rekod sebagai sebuah syarikat yang pertama di dalam Malaysia yang telah menggunakan kaedah pengeluaran minuman dengan menggunakan teknologi PET Minuman Isian Sejuk Aseptik(Aseptic Cold Fill PET Technologi). Tidak mustahil teknologi ini juga dapat mengekalkan kesegaran, keaslian dan khasiat yang terkandung di dalam produk minuman ini dan ia juga bebas daripada tambahan bahan pengawet.

Video di bawah ini merupakan perkongsian bagaimana proses menggunakan teknologi PET Minuman Isian Sejuk Aseptik(Aseptic Cold Fill PET Technologi) di jalankan.

Produk minuman Yeo's

Jika di lihat pada keluaran minuman Yeo's sahaja sudah cukup kerana Yeo's Malaysia memiliki pelbagai perisa minuman yang menyegarkan seperti Air Soya, Air Tea, Air Buah-buahan, Air Yogurt dan lain-lain dalam bentuk tin, botol dan juga kotak. Minuman Yeo's juga sangat berkhasiat untuk diminum kerana kandungan minuman ini memiliki kadar nutrisi, protein semulajadi yang baik untuk kesihatan. Minuman Yeo's juga boleh diminum oleh semua golongan kanak-kanak, dewasa maupun yang sudah berumur. Amat mudah juga untuk di bawa kemana-mana jika pergi bercuti atau berkelah bersama-sama keluarga serta semasa membuat sebarang majlis.

Minuman Yeo's Pilihanku, kerana sudah semestinya air minumannya menjadi kegemaranku, lagi-lagi produk minuman botol Chrysanthemum Tea. Bila diteguk memang terasa kenikmatan dan kesegaran airnya. Memang nikmat bila diminum sewaktu menyelesaikan kerja-kerja design kozumi. Memang lain sangat dari jenama-jenama yang lain, tak menyesal kalau anda semua mencuba. Lagi-lagi minum sewaktu musim panas macam ini, sangat menyegarkan. Kalau minuman Yeo's Soya + Yeo's Cincau memang gemar diminum sewaktu berbuka puasa di bulan Ramadhan. Boleh dikatakan minuman wajib ada di setiap Ramadhan.


Kalau aktiviti berjalan jauh sudah semestinya akan membekalkan sebotol minuman Yeo's di dalam kereta.  Kozumi selalu juga kerja luar dari selatan ke utara, dari utara ke selatan. Jadi Yeo's ialah Pilihan kozumi sebab ia sangatlah mudah untuk di bawa ke mana-mana.

Produk makanan Yeo's

Yeo's Malaysia juga ada memiliki produk makanan dalam bentuk tin dan botol seperti Sardin, Sos Satay, Pes Makanan, Perasa, Kari dalam Tin dan sebagainya. Produk jenama Yeo's ini amatlah mudah dihidangkan dengan kadar segera kerana ianya telah pun siap di masak. Anda hanya perlu memanaskan sahaja seperti produk makanan Yeo's dalam tin. 

Memang sesuailah untuk digunakan oleh orang bujang macam kozumi ini. Kalau nak bawak pergi berkelah pun mudah sebab segalanya sudah siap di masak, Sudah semestinya Yeo's Pilihanku. Kari Ayamnya memang menjadi kegemaran kozumi bila tiba masa busy bekerja, maklumlah tiada masa nak masak. Jadi kenalah guna cara terpantas dengan bantuan produk Yeo's kari ayam. Masak tak sampai Lima minit pun dah siap untuk di hidangkan.
Yeo's Pilihan Semulajadiku
Apa kata mereka?

Penaja Rasmi SBB2014 Yeo's

Pada Tahun ini amat betuah sekali bagi para blogger serantau Asia Tenggara dimana Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 kali ini telah ditaja oleh Yeo's Malaysia.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
yeos-minicontest-728x90


Anda juga boleh mengikuti laman sosial  Yeo's Malaysia yang turut  menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.


Bantu kozumi G+ dan Share Artikel ini...

Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 (SBB 2014)

7 comments

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Salam semua, pergh agak lama kozumi menyepi dari mengupdate entry di blog jejaka paling nakal ini. Apa-apa pun selamat kembali diucapkan kepada diri sendiri hahaha. Kepada pengunjung setia blog ini kozumi mohon ampun dan maaf kerana sudah lama tidak menyajikan entry-entry kepada korang.

Kali ini kozumi mula semangat kembali untuk mengupdate blog ini semua ini gara-gara kehadiran Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 yang akan di Saloma Bistro, Jalan Ampang, klik halaman Peta Lokasi. Iaitu pada tarikh 8 Mac 2014 bermula pada pukul 10 Pagi - 5.30 Petang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Pendaftaran ahli amatlah murah sahaja iaitu RM20 sekepala, murah bukan?. Jika anda seorang blogger apa kata korang juga turut serta memeriahkan lagi suasana Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 ini. Mudah sahaja untuk Mendaftar hanya Klik HALAMAN INI Kena ingat banyak hadiah menarik menanti korang di sana untuk korang bawa pulang. (SBB 2014)

7 Solusi Masalah Kehidupan Yang Sangat Simple !

7 comments

Hai.

Kadang-kadang, tak pernah terlintas pun kat otak kita nak fikir solusi yang kreatif untuk selesaikan sesuatu masalah yang simple dalam kehidupan seharian kita kan? Kita dok pikir nak selesaikan dengan cara yang kompleks dan memerlukan kos yang besar, sedangkan ade je cara penyelesaian yang mudah dan menjimatkan serta mengelakkan dompet kita kekeringan duit. =P



So, inilah antara 7 penyelesaian yang aku rasa menarik dan senang untuk dibuat untuk masa akan datang. What say you? Hikhik 



1. Gunakan klip roti sebagai penyendal selipar Jepun.


Komen Iman : Hahaha. Kalau aku tahulah benda ni awal-awal dulu, mesti selipar-selipar Jepun aku tu semua boleh tahan sampai ke tua.



2. Nak pinjam barang? Meh selfie dulu =3 



Komen Iman : Kalau macam ni punya cara, konpem takkan lupa siapa yang pinjam barang kita. Tapi nasib badanlah kalau phone tu hilang kena curi. Hikhik



3. Alternatif lain bagi penggunaan kunci yang ada keychain banyak-banyak yang merimaskan. Ding ding. Gunalah pewarna kuku !



Komen Iman : Macam cantik jek kan? Tapi sayanglah kalau nak beli nail polish lain-lain warna untuk kaler kan satu-satu kunci korang tu. Hm, apa kate mintak kawan sikit. Alaaa, sikit jek =3



4. Cat yang selebet meleleh daripada tin cat? Gunalah getah untuk mengelakkan comot-comot pada masa akan datang ! 



Komen Iman : Dulu kalau aku tolong mengecat je, konpem selekeh betul sekeliling tong cat tu. -,- . Kenapalah aku tak pernah terpikir pasal benda ni dulu? Haizz.



5. Luggage bag is for heavy things.



Komen Iman : Ha, memang betul lah kan? Kalau isi dalam kotak, possibility untuk kotak tu koyak rabak sangatlah tinggi. Jadi, sebelum pape terjadi, lebih baik kita elakkan kan? Lagipun, kalau guna cara ni, senang sikit kerja. Main tarik-tarik beg je. Hehe.



6. Fungsi sebenar yang ada pada tin minuman.



Komen Iman : Seriously, dah 20 tahun hidup, tak pernah pulak aku tahu fungsi sebenar benda alah tu. Yang aku taw, dia membantu untuk bukak mulut tin tu. Selebihnya, yeah I'm noob =___=.


7. Belajar di katil bayi.


Komen Iman : Anak-anak dah mula membesar ? Dah planning nak stop pregnancy? So, masa ni lah nak gunakan katil baby yang kita dah beli tu. Daripada membazir buat penuh ruang rumah lebih baik kita guna sebagai meja belajar anak-anak. Ye dak? Jimat kos. Hehe.




Ok. Amacam? Adakah alternatif yang ditunjukkan ni membantu hidup korang?
Cer komen sikit. =)



Sepatah kata Iman Hayfa :

Sebenarnya, ada banyak je lagi solusi yang kreatif dalam menyelesaikan masalah ni. Cuma kita sibuk fikir benda lain. Hehe. Orang otak kreatif, memang cepat jek lah keluar benda-benda macam ni daripada otak dorang. Kan?

Fakta Menarik Tentang Air Mata

2 comments

Hai.


So, macam mana dengan korang punya permulaan 2014 ni? Adakah 'diari 2014' dimulakan dengan perkara-perkara lagha ataupun diisi dengan perkara yang bermanfaat ? Tepuk dada tanya iman.






Memandangkan tahun 2013 dah pun berlalu, suka untuk aku mengingatkan diri aku dan korang juga supaya buat refleksi diri. Muhasabah diri kita sendiri. Apa yang kita dah buat sepanjang tahun lepas? Apa yang kita dah sumbangkan untuk keluarga, negara dan ummah? Adakah tahun 2013 dah berjaya mendekatkan diri kita kepada Pencipta ataupun sebaliknya? Nauzubillah. Mudah-mudahan semua jawapan yang diberikan molek-molek belaka. Untuk yang belum ada jawapan yang molek, jangan risau jangan sedih. Masih ada peluang untuk kita berubah. =)


Sementara masih hidup ni, masih ada je peluang untuk kita bertaubat atas segala dosa-dosa yang kita dah lakukan. Bukan sekadar memohon ampun atas dosa-dosa tahun 2013, malah bertaubatlah juga atas dosa-dosa lampau yang kita lakukan sejak kecil lagi. 


Tanda kita betul-betul bertaubat atas dosa yang kita lakukan adalah bila air mata yang mengalir merupakan air mata keikhlasan memohon ampun kepada-Nya. Kalau kita betul-betul bertaubat, kita akan menyesali dosa-dosa tersebut dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. 



Ha, speak of crying, aku saje je lah nak share ngan korang beberapa fakta tentang air mata ni. Manelah tahu lepas ni kita akan lebih kerap menangis bukan saja sebab menyesali dosa-dosa kita bahkan kerana nak menyihatkan tubuh badan. Hehe =3






Fakta Tentang Air mata: 


1. Membunuh bakteria

Biasanya kita menggunakan ubat titis untuk menghilangkan kotoran dan bakteri dalam mata kan? Tetapi air mata ternyata dapat membunuh bakteria secara semulajadi karena di dalamnya terkandung cairan yang disebut dengan lysozome yang berfungsi membunuh sekitar 90% hingga 95% bakteri. 

2. Mencerahkan penglihatan 

Air mata berguna untuk mencerahkan penglihatan kerana dapat mencegah dehidration pada membrane yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur. Air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Dengan keluarnya air mata tersebut, menandakan bahwa racun telah dibuang dari dalam tubuh. 

3. Mampu meningkatkan mood 

Dengan menangis, mood seseorang akan berubah menjadi lebih baik kerana air mata yang dihasilkan dari menangis mengandungi 24% protein albumin yang berguna untuk regulate sistem metabolisme tubuh. 

4.Mengurangkan stress

Air mata mampu mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-encaphalin dan prolactin. Selain itu air mata dapat membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.



Ha, sekarang dah tahu kelebihan air mata? Apelagi, jom la kita selalu menangis ! Haha. Tapi jangan ar menangis tragis sangat. Nanti orang ingat kita ada masalah mental pulak T__T




Sepatah kata Iman Hayfa :

Bila aku stress, aku suka duduk sorang-sorang dan menangis. Menangis bukan sebab apa pun. Menangis sebab tengah mengadu kat Allah lah. Ye lah, nak citerkan masalah kat manusia, belum tentu manusia akan paham situasi kita kan?



Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net