Powered by Jasper Roberts - Blog

Lisa Surihani Kekok Digelar Artis 'Stailo'


Lisa Surihani
PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani berasa kekok apabila dirinya dianggap sebagai artis yang bergaya (stailo) sehingga dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Stailo pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012.
Lisa, 27, berkata, hakikatnya dia adalah seorang wanita yang ringkas dalam penampilan dan tidak mempunyai pengetahuan atau naluri fesyen yang tinggi sejak dulu lagi.
“Biar betul saya seorang yang stailo (bergaya)? Saya sangat terkejut dan tersentuh juga apabila orang nampak saya sebagai artis yang stailo.
“Apa pun, ia satu penghargaan buat saya. Kalau ada yang mengundi saya untuk kategori itu, ia adalah sesuatu yang manis,” katanyai.
Selain kategori itu, isteri kepada pengarah filem Yusry Abdul Halim ini turut tercalon sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.
ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April depan di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Menyambung perbualan, Lisa berkata, pada hakikatnya dia sering menjadikan artis wanita lain sebagai sumber rujukan dalam berfesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu imej.
“Sebenarnya, lebih ramai artis wanita mempunyai penampilan fesyen lebih baik.
“Malah, saya sendiri pun menjadikan segelintir artis wanita kita sebagai rujukan seperti Scha Al Yahya, Liyana Jasmay dan Nabila Huda.
“Saya adalah pengikut fesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu penampilan dalam industri kita,” katanya.
Terbaharu, Lisa sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudulMaskara arahan Nizam Zakaria.
Dalam drama berkonsepkan urban itu, Lisa berlakon di samping Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.

sumber: Mstar
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net