PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) berharap krisis yang berlaku antara jurulatih T-Team, Peter Butler dengan rakan sejawatannya, Bojan Hodak dapat diselesaikan secara profesional bagi mengelak tumpuan terjejas dalam saingan Liga Super.
Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya mahu melihat kedua-dua jurulatih itu menyelesaikan krisis secara profesional, bukan secara sentimen dan sebagainya.
"Setakat ini saya belum mengetahui perkara tersebut tapi saya akan siasat dan mengetahui secara terperinci kes ini terlebih dahulu.
"Saya juga akan bersemuka dengan Bojan dan berbincang sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya kepada Sinar Harian Online.
Tambah Rosmadi, "sebagai pihak pengurusan, saya berharap krisis ini dapat diselesaikan secara profesional."
"Mereka pun bukanlah calang-calang jurulatih, mereka jurulatih yang hebat, jadi lebih baik selesaikan masalah ini d iluar, tak payah melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.
Rosmadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Butler yang berkeras tidak mahu bersemuka dengan Hodak, sebaliknya mahu meneruskan niat melaporkan penghinaan jurulatih Kelantan itu terhadap ibunya kepada FAM.
Butler berkata, beliau akan melaporkan kejadian itu kepada FAM dalam masa terdekat ini kerana jurulatih Kelantan berusia 42 tahun itu tidak mahu memohon maaf kepadanya.
Baru-baru ini, Hodak didakwa menghina mendiang ibu Butler ketika perlawanan Liga Super antara T-Team dan Kelantan di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.
Pengendali Kelantan itu dikatakan bertutur dalam bahasa Croatia yang tidak difahami pengadil perlawanan dan Butler.
Enggan mengulas dengan lebih lanjut, Rosmadi berkata, "buat masa ini saya tidak mahu komen banyak, biar saya berbincang dan meneliti kes ini terlebih dahulu."
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai prestasi semasa Kelantan yang dilihat hilang rentak setelah hanya mengumpul empat mata dalam tiga perlawanan setakat ini, Rosmadi tetap yakin pasukan gergasi Pantai Timur itu akan bangkit pada perlawanan seterusnya.
"Saya tetap berpuas hati dengan prestasi Kelantan setakat ini.
"Bagi saya, biasalah dalam bola sepak, ada naik dan turunnya. Bukannya selalu kita akan menang.
"Jadi, jangan kerana kalah dua tiga kali kita sudah hilang keyakinan," katanya yang yakin pasukan Kelantan mampu mengekalkan pencapaian musim lalu.

Komen Di Sini
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^