Powered by Jasper Roberts - Blog

7 Solusi Masalah Kehidupan Yang Sangat Simple !

7 comments

Hai.

Kadang-kadang, tak pernah terlintas pun kat otak kita nak fikir solusi yang kreatif untuk selesaikan sesuatu masalah yang simple dalam kehidupan seharian kita kan? Kita dok pikir nak selesaikan dengan cara yang kompleks dan memerlukan kos yang besar, sedangkan ade je cara penyelesaian yang mudah dan menjimatkan serta mengelakkan dompet kita kekeringan duit. =P



So, inilah antara 7 penyelesaian yang aku rasa menarik dan senang untuk dibuat untuk masa akan datang. What say you? Hikhik 



1. Gunakan klip roti sebagai penyendal selipar Jepun.


Komen Iman : Hahaha. Kalau aku tahulah benda ni awal-awal dulu, mesti selipar-selipar Jepun aku tu semua boleh tahan sampai ke tua.



2. Nak pinjam barang? Meh selfie dulu =3 



Komen Iman : Kalau macam ni punya cara, konpem takkan lupa siapa yang pinjam barang kita. Tapi nasib badanlah kalau phone tu hilang kena curi. Hikhik



3. Alternatif lain bagi penggunaan kunci yang ada keychain banyak-banyak yang merimaskan. Ding ding. Gunalah pewarna kuku !



Komen Iman : Macam cantik jek kan? Tapi sayanglah kalau nak beli nail polish lain-lain warna untuk kaler kan satu-satu kunci korang tu. Hm, apa kate mintak kawan sikit. Alaaa, sikit jek =3



4. Cat yang selebet meleleh daripada tin cat? Gunalah getah untuk mengelakkan comot-comot pada masa akan datang ! 



Komen Iman : Dulu kalau aku tolong mengecat je, konpem selekeh betul sekeliling tong cat tu. -,- . Kenapalah aku tak pernah terpikir pasal benda ni dulu? Haizz.



5. Luggage bag is for heavy things.



Komen Iman : Ha, memang betul lah kan? Kalau isi dalam kotak, possibility untuk kotak tu koyak rabak sangatlah tinggi. Jadi, sebelum pape terjadi, lebih baik kita elakkan kan? Lagipun, kalau guna cara ni, senang sikit kerja. Main tarik-tarik beg je. Hehe.



6. Fungsi sebenar yang ada pada tin minuman.



Komen Iman : Seriously, dah 20 tahun hidup, tak pernah pulak aku tahu fungsi sebenar benda alah tu. Yang aku taw, dia membantu untuk bukak mulut tin tu. Selebihnya, yeah I'm noob =___=.


7. Belajar di katil bayi.


Komen Iman : Anak-anak dah mula membesar ? Dah planning nak stop pregnancy? So, masa ni lah nak gunakan katil baby yang kita dah beli tu. Daripada membazir buat penuh ruang rumah lebih baik kita guna sebagai meja belajar anak-anak. Ye dak? Jimat kos. Hehe.




Ok. Amacam? Adakah alternatif yang ditunjukkan ni membantu hidup korang?
Cer komen sikit. =)



Sepatah kata Iman Hayfa :

Sebenarnya, ada banyak je lagi solusi yang kreatif dalam menyelesaikan masalah ni. Cuma kita sibuk fikir benda lain. Hehe. Orang otak kreatif, memang cepat jek lah keluar benda-benda macam ni daripada otak dorang. Kan?

Fakta Menarik Tentang Air Mata

2 comments

Hai.


So, macam mana dengan korang punya permulaan 2014 ni? Adakah 'diari 2014' dimulakan dengan perkara-perkara lagha ataupun diisi dengan perkara yang bermanfaat ? Tepuk dada tanya iman.






Memandangkan tahun 2013 dah pun berlalu, suka untuk aku mengingatkan diri aku dan korang juga supaya buat refleksi diri. Muhasabah diri kita sendiri. Apa yang kita dah buat sepanjang tahun lepas? Apa yang kita dah sumbangkan untuk keluarga, negara dan ummah? Adakah tahun 2013 dah berjaya mendekatkan diri kita kepada Pencipta ataupun sebaliknya? Nauzubillah. Mudah-mudahan semua jawapan yang diberikan molek-molek belaka. Untuk yang belum ada jawapan yang molek, jangan risau jangan sedih. Masih ada peluang untuk kita berubah. =)


Sementara masih hidup ni, masih ada je peluang untuk kita bertaubat atas segala dosa-dosa yang kita dah lakukan. Bukan sekadar memohon ampun atas dosa-dosa tahun 2013, malah bertaubatlah juga atas dosa-dosa lampau yang kita lakukan sejak kecil lagi. 


Tanda kita betul-betul bertaubat atas dosa yang kita lakukan adalah bila air mata yang mengalir merupakan air mata keikhlasan memohon ampun kepada-Nya. Kalau kita betul-betul bertaubat, kita akan menyesali dosa-dosa tersebut dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. 



Ha, speak of crying, aku saje je lah nak share ngan korang beberapa fakta tentang air mata ni. Manelah tahu lepas ni kita akan lebih kerap menangis bukan saja sebab menyesali dosa-dosa kita bahkan kerana nak menyihatkan tubuh badan. Hehe =3






Fakta Tentang Air mata: 


1. Membunuh bakteria

Biasanya kita menggunakan ubat titis untuk menghilangkan kotoran dan bakteri dalam mata kan? Tetapi air mata ternyata dapat membunuh bakteria secara semulajadi karena di dalamnya terkandung cairan yang disebut dengan lysozome yang berfungsi membunuh sekitar 90% hingga 95% bakteri. 

2. Mencerahkan penglihatan 

Air mata berguna untuk mencerahkan penglihatan kerana dapat mencegah dehidration pada membrane yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur. Air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Dengan keluarnya air mata tersebut, menandakan bahwa racun telah dibuang dari dalam tubuh. 

3. Mampu meningkatkan mood 

Dengan menangis, mood seseorang akan berubah menjadi lebih baik kerana air mata yang dihasilkan dari menangis mengandungi 24% protein albumin yang berguna untuk regulate sistem metabolisme tubuh. 

4.Mengurangkan stress

Air mata mampu mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-encaphalin dan prolactin. Selain itu air mata dapat membantu melawan penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.



Ha, sekarang dah tahu kelebihan air mata? Apelagi, jom la kita selalu menangis ! Haha. Tapi jangan ar menangis tragis sangat. Nanti orang ingat kita ada masalah mental pulak T__T




Sepatah kata Iman Hayfa :

Bila aku stress, aku suka duduk sorang-sorang dan menangis. Menangis bukan sebab apa pun. Menangis sebab tengah mengadu kat Allah lah. Ye lah, nak citerkan masalah kat manusia, belum tentu manusia akan paham situasi kita kan?



Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net