JOHOR BAHRU - Meskipun berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan UiTM FC di laman sendiri, semua pemain Johor diharap dapat memperbaiki mutu permainan sebelum bertemu skuad Tok Gajah dalam saingan pertama Piala FA 2013, 25 Januari ini.
Pengendalinya, Azmi Mohamad berkata, persembahan ditunjukkan anak buahnya berada pada tahap kurang memuaskan ketika menentang UiTM FC selain mengakui barisan serangan banyak mensia-siakan peluang.
“Dari segi persembahan terutama di bahagian pertahanan dan tengah agak kurang berfungsi, manakala penyerang banyak mensia-siakan peluang. Mungkin situasi yang saya lihat di sini adalah disebabkan faktor keletihan.
“Pemain sepatutnya perlu bersedia hadapi jadual yang padat macam ini dan tahu jaga diri mereka. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana dapat tiga mata sebab ia penting terutama di padang sendiri.
"Saya harap kita akan perbaiki persembahan untuk perlawanan akan datang dengan Pahang sebelum berehat selama tiga minggu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Jurulatih UiTM FC, Azman Eusoff berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan kesemua anak buahnya walaupun tewas 0-2 kepada Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, kelmarin.
Menyambut baik setiap kekalahan pasukannya dalam saingan Liga Perdana 2013, beliau turut yakin keputusan terdahulu mampu mematangkan kesemua pemainnya dalam usaha mencari kemenangan pertama.
“Saya berpuas hati dengan prestasi pemain-pemain saya. Mereka keletihan selain terpaksa melalui pelbagai rintangan dan cabaran seperti waktu perjalanan ditambah dengan ketiadaan penghawa dingin di tempat penginapan.
“Ada juga antara pemain kita yang baru sahaja menduduki peperiksaan. Kalau ini yang mereka sajikan kepada saya, apa lagi yang saya boleh minta dan cuma nasib tidak menyebelahi kami.
“Kami sedar masalah yang kami lalui dengan pelbagai kepayahan yang sedang lalui ini malah saya rasa ia mematangkan lagi para pemain. Saya tidak akan terburu-buru mendesak mereka untuk terus mencari kemenangan, sebaliknya akan bangkit setapak demi setapak,” katanya.

Komen Di Sini
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^