Powered by Jasper Roberts - Blog

Senarai kutipan pingat Olimpik 31 Julai 2012

Jom! comments

Sukan Olimpik London
Senarai kutipan pingat Olimpik 31 Julai 2012
BERIKUT kedudukan kutipan ingat oleh negara menyertai Sukan Olimpik 2012 di London setakat jam 7 pagi 31 Julai waktu Malaysia.

Biodata Azammuddin Akil

5 comments



Biodata Azammuddin Akil

Nama Penuh : Mohd Azamuddin Bin Md Akil
Tarkh Lahir: 16 April 1985
Tempat Lahir: Kuala Lipis,Pahang
Tinggi: 172
Alamat: Indera Sempurna, Jln Ktn-Pekan
Pendidikan: Sekolah Menengah Orang Kaya Haji, Kuala Lipis
Hobi: Snuker
Pemain Idola: Roberto Baggio dan Azizul Kamaluddin
Pasukan Diminati: MU dan Italy
Posisi: Sayap dan Penyerang
Pemain: Pahang, Malaysia

Biodata Azammuddin Akil, profile Azammuddin Akil, Azammuddin Akil pahang, Azammuddin Akil2012, perkembangan Azammuddin Akil, goal Azammuddin Akil, siapakah Azammuddin Akil, Azammuddin Akil harimau malaya

Manchester City Menentang Malaysia

4 comments

Manchester City Menentang Malaysia 

Malam ini akan mulanya perlawanan persahabatan antara Man city menentang Malaysia(Harimau Malaya). Siapakah pasukan pilihan korang? Kalau pilihan koz tetap pilih Harimau Malaya iaitu pasukan kebangsaan sendiri.

Hukum bermain mercun

1 comments


Hukum bermain mercun 


Mercun secara umumnya ia digunakan semasa pesta ataupun perayaan seperti Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Vietnam semasa pesta Tet terutama pada tengah malam Giao Thua iaitu Malam Tahun Baru.

Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Namun, di Malaysia ia sudah menjadi sebahagian permainan yang dimain oleh umat Islam.

Merokok membatalkan puasa

Jom! comments



Merokok membatalkan puasa

Berhubung sebab mengapa merokok membatalkan puasa, ini kerana rokok mengandungi partikel yang sampai ke perut. Merokok adalah haram, maka tidak dinafikan lagi ia juga dilarang ketika berpuasa.

Dua cedera mangsa pertama letupan mercun

Jom! comments

Dua cedera termasuk kanak-kanak, mangsa pertama letupan mercun
Dua cedera mangsa pertama letupan mercun


ALOR SETAR - Dua cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, kanak-kanak terbabit Tuah Mohd Hafiz Mohd Razli, 9, cedera di dahi dan badan sementara jirannya Mohd Sohibollah Saad, 27, cedera di mata, bahu dan tangan kiri.

Senarai kutipan pingat Olimpik 29 Julai 2012

3 comments

Guo Wenjun
Senarai kutipan pingat Olimpik 29 Julai 2012


Berikut adalah senarai kutipan pingat Olimpik pada 29 Julai 2012. Setakat ini negara China masih mengungguli tangga keatas dengan 6 pingat emas.

Di Tipu Beli Baju Kurung Di Facebook

3 comments



Di Tipu Beli Baju Kurung Di Facebook 


DUA mangsa menunjukkan kedai menjual pakaian di Facebook yang didakwa menipu mereka selepas membeli baju kurung di laman sosial tersebut di Padang Besar semalam.


PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Cahaya Mata Zed Zaidi

1 comments


Cahaya Mata Zed Zaidi 


Tahniah diucapkan kepada Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, dan isterinya Natalia Mustafa Kamal, 29, atas kelahiran anak mereka. Baby tersebut yang diberi nama Ryan Ziqry lahir hari ini (Jumaat) dengan berat 4.32 kilogram menerusi pembedahan.

Berpuasa tapi berpimpin tangan

1 comments


Berpuasa tapi berpimpin tangan


Berpuasa tapi masih lagi berpimpin tangan. Itulah yang kerap berlaku pada orang kita baik muda dan tua sesama bukan muhrim. Di bulan Ramadhan ini seharusnya perkara sebegini haruslah di elakkan.

Dalam Mazhab syafie, hukum bersentuhan kulit atau bersalam dengan makcik sebelah isteri atau dengan kakak ipar tanpa berlapik adalah tidak harus sama sekali kerana boleh mendatangkan fitnah dan mereka termasuk dalam kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.

Mamat Sepah Mohon Maaf Kepada Rakan Twitter Part 2

1 comments



Mamat Sepah Mohon Maaf Kepada Rakan Twitter Part 2


Sambuangan dari post sebelum ini berkenaan pertelingkahan antara Mamat Sepah dan juga seorang wartawan.


Di bawah adalah beberapa perbualan antara Mamat Sepah dan Hazrey semasa di Twitter.

Mamat Sepah Mohon Maaf Kepada Rakan Twitter

2 comments


Mamat Sepah Mohon Maaf Kepada Rakan Twitter
“Saya sudah berkali kali sahkan dengan artis senior tersebut sebelum letakkan gambar tersebut di Twitter saya,” terang Mamat Sepah sebagai pembuka bicara.
Kecoh untuk 48 jam yang lepas, Mamat Sepah di’kecam hebat dek menjadi punca penyebaran berita palsu kemalangan yang melibat pelakon & juga Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Di Sebalik Tabir Sesi Fotografi Lisa Surihani Dan Yusry KRU

Jom! comments



Di Sebalik Tabir Sesi Fotografi Lisa Surihani Dan Yusry KRU


Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya lebih istimewa untuk Lisa Surihani dan Yusry KRU kerana inilah pertama kali mereka menyambut hari raya sebagai suami & isteri.

Dan, tidak hairan jika pasangan secocok ini menjadi rebutan pelbagai majalah hiburan untuk di’jadikan wajah penghias muka hadapan untuk terbitan khas Aidilfitri.

Aidilfitri bukan masa membazir

Jom! comments


Aidilfitri bukan masa membazir


DALAM keghairahan umat Islam membuat pelbagai persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal, mereka tidak seharusnya lalai dan leka sehinggakan melanggari etika berbelanja sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Ia kerana terlalu gembira barang kali umat Islam tidak menyedari bahawa mereka melanggari etika murni yang ditetapkan oleh Islam iaitu boros dalam perbelanjaan.

Juadah berbuka wajib ada...

Jom! comments





Juadah berbuka wajib ada...


IBADAH puasa di negara kita amat sinonim dengan kepelbagaian juadah terutamanya ketika berbuka puasa.

Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pasti ramai yang menantikan juadah kegemaran mereka untuk dijadikan menu wajib ketika berbuka.

Adab Berbuka Puasa – Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

Jom! comments


Adab Berbuka Puasa – Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

Adab-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan

2 comments


Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan (Penting!)
Panduan ini sekadar untuk mengingatkan diri kita tentang perkara yang telah kitasedang atau pernah dipelajari semasa di sekolah dahulu dan sekarang.

6 Langkah Untuk Berjimat Cermat Sempena Aidilfitri

Jom! comments


6 Langkah Untuk Berjimat Cermat Sempena Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri pastinya antara detik yang dinanti-nanti oleh ramai orang. Tidak kira di kampung atau di bandar, Hari Raya Aidilfitri pasti akan diraikan bersama keluarga yang tersayang dan akan disambut secara meriah terutamanya oleh kanak-kanak.

Anak-anak akan menjerit-jerit meminta baju baru, kasut baru dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, anda sebagai ibu bapa juga akan memikirkan untuk membeli juadah raya, perhiasan rumah, duit raya dan mungkin sehingga ingin menukar kereta baru!

Keadaan seperti ini sudah semestinya akan membebankan kewangan anda kerana banyak wang yang perlu dikeluarkan setiap kali menjelang raya. Oleh itu dalam artikel ini, akan berbincang teknik-teknik khas yang boleh digunakan untuk membantu anda berjimat-cermat di Hari Raya Aidilfitri.

Teknik Khas 1: Kurangkan Kelajuan kenderaan untuk menjimatkan wang petrol
Semasa kita beraya sambil menziarahi keluarga dan rakan yang tersayang, jarang terlintas di fikiran untuk menjimatkan wang petrol kerana begitu asyik menziarahi. Satu cara mudah untuk menjimatkan wang petrol di Hari Raya ialah dengan mengawal kelajuan kenderaan pada had laju yang dibenarkan.

Di samping itu, elakkan daripada balik kampung pada waktu puncak kerana jalan raya pastinya sesak dengan kenderaan-kenderaan lain. Seelok-eloknya, rancang perjalanan anda dengan teliti dan elakkan daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Teknik Khas 2: Buat biskut sendiri
Biasanya bila musim perayaan tiba, ramai yang berusaha menambah pendapatan dengan menjual kuih raya. Di pejabat khususnya akan berlaku perang jual kuih raya. Manakala anda pula tentu tidak melepaskan peluang untuk memesan biskut raya kegemaran anda dan biasanya juga disebabkan sekadar mengambil hati kawan. Pastikan anda ada bajet untuk ini. Jangan membeli terlampau banyak hingga akhirnya terbuang begitu sahaja. Satu lagi cara yang mudah ialah berpakat dengan rakan atau keluarga untuk membuat sendiri biskut raya. Ini pun akan dapat menjimatkan wang.

Teknik Khas 3: Jadi pereka fesyen sendiri
Ramai orang yang mengadu bahawa apabila tibanya Hari Raya, mereka tidak mempunyai pakaian yang baru. Malah, ada yang risau rakan-rakan atau keluarga akan menyedari jika pakaian dari tahun-tahun lalu “dikitar semula”.

Akan tetapi, tahukah anda dengan hanya menyuai padan (mix and match) sedikit pakaian secara kreatif, pakaian yang lama boleh kelihatan menjadi baru? Kebanyakan pakaian biasanya boleh ditata rias untuk menghasilkan rupa yang baru.

Malah, anda juga boleh menjimatkan wang dengan hanya membeli tudung baru. Tudung yang anggun dan unik akan  enambahkan seri pakaian anda, membuatkan pakaian itu kelihatan “baru”.

Teknik Khas 4: Libatkan anak-anak semasa berbelanja
Biasanya, ibu bapa jarang membincangkan hal-hal kewangan bersama anak-anak, malah biasanya akan berbelanja mengikut permintaan si kecil tanpa menghiraukan kedudukan kewangan diri yang sebenar kerana inginkan Hari Raya yang meriah.

Tetapi, sedarkah anda perbuatan itu boleh memakan diri? Jika anak-anak tidak mengetahui atau menyedari kedudukan kewangan anda, kemungkinan mereka akan meminta sesuatu yang di luar kemampuan dan tidak perlu. Sebaik-baiknya, beritahulah mereka asas-asas tentang kedudukan kewangan anda serta mengapa terdapat barang-barang atau perkara yang boleh atau tidak boleh dibeli.

Ini akan membantu anak-anak memahami keadaan kewangan diri yang sebenar dan secara langsung mendidik  mereka untuk bersabar dan tidak meminta barang atau perkara yang diinginkan sesuka hati.

Teknik Khas 5: Jadikan yang lama seperti baru
Memang menjadi lumrah untuk kita membeli perabot baru semasa Hari Raya. Semasa rakan atau keluarga menziarahi, alangkah gembiranya jika mereka menyedari dan memuji perabot baru kita, bukan begitu?

Jika kewangan tidak mengizinkan membeli perabot baru, anda boleh menggunakan kaedah re-upholstery atau menjadikan perabot lama seperti baru.

Sebagai contoh, jika sofa di rumah sudah kelihatan lama, gantikan spannya dan tukar alasnya sahaja. Proses ini memerlukan modal yang lebih rendah dan akan “menghidupkan semula” perabot anda menjadi selesa dan seperti yang baru!

Teknik Khas 6: Buat perancangan awal
Hari Raya tiba setiap tahun, jadi sepatutnya kita telah merancang awal mengenai perbelanjaan yang bakal dibuat. Kalau anda sudah tahu yang Hari Raya akan tiba pada bulan September, buat persiapan seawal bulan Januari agar anda tidak berdepan dengan sebarang masalah.
Simpan duit setiap bulan untuk Hari Raya agar anda tidak perlu bergantung kepada kredit kad atau terpaksa berhutang bagi memastikan Hari Raya yang meriah. Anda sepatutnya membuat bajet Hari Raya dan berbelanja mengikut bajet yang telah dibuat.

Ketika Hari Raya, majikan biasanya akan memasukkan gaji lebih awal daripada biasa bagi membolehkan anda membeli kelengkapan Hari Raya. Ramai orang yang teruja bila mendapat duit gaji awal, tetapi kemudiannya terpaksa “ikat perut” selepas Hari Raya kerana gaji bulan depan masih jauh lagi. Jangan jadi seperti ini. Apabila dapat sahaja gaji, anda perlu buat seperti ini:

Hari Raya sepatutnya digunakan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan disambut dengan penuh sederhana. Anda tidak mahu dibebani masalah kewangan selepas Hari Raya hanya kerana wang gaji telah banyak dibelanjakan bagi “beraya sakan”.

Info dari karangkraf.com

1,600 orang berbuka puasa di Masjid Putra setiap hari

Jom! comments

1,600 orang berbuka puasa di Masjid Putra setiap hari


PUTRAJAYA – Jika anda mahu menikmati suasana berbuka puasa yang lebih afdal, mungkin Masjid Putra di Presint 1 di sini menjadi tempat yang sesuai untuk anda mencubanya.
Masjid tersebut sudah 14 tahun berturut-turut menganjurkan program berbuka puasa secara percuma untuk pengunjungnya sejak tahun 1999.

Keputusan Malaysia Menentang Arsenal.

Jom! comments



Keputusan Malaysia Menentang Arsenal.

Tadi puas hati jugak koz tonton siaran langsung pasukan Malaysia Menentang Arsenal. Walaupun tewas tipis kepada Arsenal 2-1 tapi bila di lihat corak permainan Harimau Malaya kita makin matang dan teratur, taniah diucapkan.

Aurat Lelaki Yang Sering Diabaikan.

3 comments


Aurat Lelaki Yang Sering Diabaikan.
Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Elak Pembaziran Di Bulan Ramadhan

Jom! comments


Elak Pembaziran Di Bulan Ramadhan

Pembaziran adalah satu perbuatan yang dilarang pada bila-bila masa sahaja, terutama pada bulan Ramadhan. Ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan untuk beribadat dan menjauhkan diri daripada perkara yang tidak disukai oleh Allah. Jadi mahukah kita sekiranya pahala kita dikurangkan setelah sehari suntuk menahan diri dari makan dan minum semata-mata untuk memuaskan selera nafsu kebendaan semata-mata? Sudah tentu ianya tidak berbaloi dan merugikan sahaja.

Tips kekal cergas di bulan ramadhan

1 comments



Tips kekal cergas di bulan ramadhan


Tubuh mendapat bekalan tenaga daripada makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kuih-muih. Karbohidrat bertukar menjadi glukos yang disimpan di dalam hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen.

Selain itu, tubuh juga mendapat sumber tenaga daripada pemecahan protein badan yang membentuk glokus melalui proses glukoneogenesis. Bagaimanapun proses ini berlaku apabila simpanan karbohidrat habis digunakan oleh tubuh.

Awi Rafael kikis label budak jahat

Jom! comments


Awi Rafael kikis label budak jahat
JADUAL penggambaran pada pagi Rabu minggu lalu tertunda gara-gara hujan yang tumpah mencurah ke lantai pekarangan Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur.
Terpaksa jurufoto Amin Farij Hassan membidik sasaran pada ketika itu dari perspektif berbeza. Hasilnya, figura Awi Rafael segak bersama sebuah gitar koleksi istimewanya berjaya dirakam menggunakan teknik khas fish eye.

Tips Supaya Mudah Bangun Sahur

2 comments



Tips Supaya Mudah Bangun Sahur

Di ruangan ini koz akan kongsikan beberapa tips untuk kegunaan anda yang menghadapi masalah selalu terlepas waktu sahur.

Tips Memilih Hijab Berwajah Bulat

4 comments


Tips Memilih Hijab Berwajah Bulat
Setiap wanita pasti mengidamkan penampilan yang cantik dan anggun setiap masa. Oleh itu, pemilihan busana dan hijab yang sesuai mampu menyerlahkan lagi keayuan dan kesopanan sebenar wanita. Dengan ini, beberapa tips yang boleh diaplikasikan sewaktu ingin memilih hijab bagi individu yang memiliki wajah berbentuk bulat.

Sinopsis Cerita Maafkan Aku Cerekarama TV3

1 comments



Sinopsis Cerita Maafkan Aku Cerekarama TV3


Maafkan Aku mengisahkan Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan mencuri di Madrasah Murafah hingga seluruh warganya menjadi riuh rendah.

Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa. Pakaian Firdaus telah ditanggalkan, diikat dan dipukul dengan cemeti sebelum dibuang dari Madrasah Murafah. Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani.

Awie Didakwa Kaki Pukul

Jom! comments


Awie Didakwa Kaki Pukul?

Kesian Awie, sepanjang beliau menjadi artis rupanya sudah 5 kali dibelasah oleh gengster. Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie meluahkan rasa sedih terhadap segelintir masyarakat yang memandang serong terhadapnya selain mengaitkan dia dengan ‘gengsterisme’. Bagaimanapun, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, sebagai seorang penyanyi yang dikenali, dia terpaksa menerima pandangan negatif tersebut dengan tangan terbuka kerana percaya Allah lebih tahu kebenarannya.

Ariel Peterpan Buat Majlis Berbuka Puasa.

Jom! comments


Ariel Peterpan Buat Majlis Berbuka Puasa.

Ariel Peterpan yang akan dibebaskan hari ini dari penjara Kebon Waru, Indonesia akan mengadakan majlis berbuka puasa dengan pihak media dan ahli kelab peminatnya di Hotel Grand Serela, Bandung, bermula pada pukul 4 petang nanti .

Difahamkan, majlis berbuka dan sidang media tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran atas pembebasannya di bulan Ramadan.

Balasan Orang Yang Tidak Berpuasa

Jom! comments


Balasan Orang Yang Tidak Berpuasa

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
maka barangsiapa diantara kamu melihat bulan itu (Ramadhan), hendaklah ia berpuasa
(QS. Al-Baqarah: 183-187).

Dari Abu AbdirRahman Abdullah ibnu Umar ibnul Khaththab Radhiallahu Anhu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersabda: Islam dibangun diatas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada sembahan yang hak selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan. (HR. Bukhari dan Muslim).

Harimau Malaya ke Austria bulan depan

3 comments



Harimau Malaya ke Austria bulan depan



KETUA jurulatih negara Datuk K. Rajagobal hari ini mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Vienna, Austria dari 4-16 Ogos ini sebagai persiapan untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki, November ini.
Beliau berkata, skuad 28 pemain tersebut akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab profesional di negara berkenaan sepanjang tempoh
tersebut.

Program menarik Ramadhan 2012 Astro.

Jom! comments



Program menarik Ramadhan 2012 Astro.


Bersempena bulan Ramadhan yang menjelma ini, Astro telah menyediakan pelbagai program dan drama menarik khas untuk para penontonnya.
Jadi di sini koz akan listkan beberapa program yang menarik sepanjang ramadan pada kali ini.

Man Sewel Datang KL DVDRip MKV/RMVB

Jom! comments


Sinopsis:

Osman atau nama panggilan Man adalah seorang pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. 

Ganjaran Lebih RM1 Juta Untuk Kelantan.

2 comments





Ganjaran Lebih RM1 Juta Untuk Kelantan.
Skuad bola sepak Kelantan menerima ganjaran wang tunai RM1.075 juta atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super dua tahun berturut-turut.

Skuad The Red Warriors menerima habuan sebanyak RM750,000 atas kejayaan menjuarai Liga Super musim ini dan turut menerima insentif Liga Malaysia 2012 sebanyak RM325,024.

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih Di Bulan Ramadhan.

11 comments

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih Di Bulan Ramadhan.


Tarawih bermaksud berehat-rehat atau bersenang-senang. Oleh itu, solat tarawih dianjurkan untuk dilakukan secara berjemaah dan diselang-selikan dengan doa dan selawat seperti yang biasa dilakukan dalam masyarakat kita agar para jemaah dapat menikmati ibadah dalam penuh kekhusyukan dan ketenangan.

Doa sebelum dan selepas berbuka puasa.

1 comments

Doa sebelum dan selepas berbuka puasa.

Sebelum koz memulakan perkongsian berkenaan tajuk di atas , di sini koz ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang akan bermula dari esok. Dan Jadikan amal ibadat kita di bulan ini tahun ini seolah-olah ianya Ramadhan yang terakhir buat kita.

Berbuka Bersama Nutrisi 123.

Jom! comments

Berbuka Bersama Nutrisi 123.

Anda pernah dengar tak tentang kelab nutrisi di malaysia?.Jika yang sudah mengenali kelab ini Taniah di ucapkan kerana anda sudah mengambil langkah yang terbaik dalam hidup anda dan pada yang belum mengenali kelab ini koz akan terangkan apa itu Kelab Nutrisi.

Juadah ala kampung gamit kenangan

3 comments



Juadah ala kampung gamit kenangan



JIKA inginkan juadah enak berbuka puasa cita rasa utara, selatan dan pantai timur di bawah satu bumbung sepanjang Ramadan, Hotel Grand BlueWave, Shah Alam menyajikan suasana kembali ke desa dengan pelbagai hidangan menyelerakan yang menggamit kenangan seolah-olah berbuka puasa di kampung.
Berkonsepkan ala mini Malaysia, chef masakan Melayu, Chef Abdul Rashid Mohd Yusop bersama pasukannya menyediakan hidangan istimewa terpilih seperti nasi beriani gam Batu Pahat, mi rebus Melaka, laksa Johor, nasi minyak diraja, lemang buluh, ketupat palas, nasi dagang, nasi tomato dan rojak pasembur. 

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net