Powered by Jasper Roberts - Blog

Hobi Lukis Karakter Kartun Comel

5 comments

Salam semua, bila sebut sahaja hobi semua orang pasti ada memiliki sikap sebegini. Hobi merupakan sesuatu perkara atau pun perbuatan yang kita minat dan suka melakukannya. Antaranya seperti mengumpul setem, mengumpul majalah, bersukan, dan sebagainya. Kebiasaan perkara ini dilakukan bila kita ada masa yang terluang. Jadi masa ini tidak terbazir dengan perkara-perkara yang sia-sia.

Kalau macam koz, hobi koz masa lapang adalah menconteng. Memang hobi ini telah ada sejak koz masih kecil lagi. Koz memang suka sangat benda-benda yang comel. Sebab itulah kalau koz melukis sesuatu kartun itu pasti kartun itu nampak comel.






Ini adalah antara koleksi kartun yang pernah koz lukis. Semua watak ini adalah hasil idea dari kzo sendiri. Semuanya menggunakan imaginasi sendiri. Cara sebelum melukis, koz akan berimaginasi dahulu di dalam otak, kartun yang macam mana yang koz nak lakar. Bila dan dapat, koz akan mula melukis dengan cara lebih kurang copy anda paste dari dalam minda ke atas sebuah kertas atau pun media art di komputer.



Semangat berblog

9 comments



Salam semua, huhu mood berblog sudah mari, terasa macam nak mulakan perjalanan yang baru sahaja dalam dunia blog ini. Bila sahaja menggunakan template blog yang lama seperti moodnya lain macamlah...semangat berkobar-kobar.

Betul cakap blogger kacak kita iaitu En.Boni kacak sewaktu SBB2013. Orang lebih kenal blog ini jika kekalkan konsep yang lama iaitu versi comel. Comel ke blog ini? anda sendiri yang komen betul ke tidak. Hihihi...

Bermula pada tarikh ini koz akan cuba sebaiknya untuk aktif semula berblog. Rindu rasanya nak kongsikan tutorial dan widget-widget yang comel seperti dulu. Korang yang biasa terjah blog ini dulu pun mesti rindu jugak bukan? hihi...InsyAllah akan koz usahakan. Yang pasti korang kenalah janji kena follow blog ini selalu. Barulah koz ada semangat. :P

Live Streaming East Bengal (india) Vs Johor DT (Malaysia)

1 comments

Tonton Perlawanan Live Streaming Piala AFC diantara East Bengal vs Johor Darul Tazim 28 April 2015 di Vivekananda Yuba Bharati Krirangan Std,Kolkata. Live AFC Cup TV9 jam 8.25 malam.

Sedarlah Diri Wahai Diri Ini

4 comments



Salam semua, hari ini nak luahkan perasaan di blog kesayangan ni. Agak terkilan rasanya bila apa yang di buat selama ini tidak dapat ditukar dengan satu benda yang menggembirakan.

Pada tanggal June 2013, aku meninggalkan bandar kuala lumpur semata-mata ingin mengubah jalan kehidupan aku ke negeri Johor. Sebelum itu aku merupakan seorang Animator di sebuah studio di seri kembangan selangor.


Sudah hampir bertahun pengalaman aku dalam bidang tersebut, akan tetapi tiada rezeki sehinggalah aku menukar arah dengan memulakan bisnes sampingan secara online dengan menggunakan blog sebagai modal. Kerja yang aku buat adalah sebagai Grafik Designer sambilan. Akan tetapi dalam masa tersebut aku mendapat satu tawaran sebagai Director oleh sebuah studio yang terletak di damansara. Akan tetapi aku meneruskan juga misi aku bersama blog. Alhamdulillah semakin hari semakin maju bisnes online aku ini sehinggalah aku mengubah haluan membawa diri ke Johor.

Ada apa di Johor sehinggakan aku sanggup melepaskan tawaran kerja yang aku terima sebagai Director di sebuah studio di Damansara? Hanya diri ini sahaja yang dapat menjawap. Agak sukar untuk meluahkan.


Kini aku merupakan seorang manusia yang tidak mempunyai masa depan yang cerah. Sudah 2 tahun aku menghabiskan masa aku dan meniggalkan kuala lumpur. Apa yang aku dapat sekarang? Pendapatan ko berapa? Senang ke hidup ko?.Aku seorang yang memiliki kereta sambung bayar. Tiada rumah dan hanya menumpang tidur di tempat milik orang.

Banggakah diri ini?Apa yang ko buat di SINI?Ko kayakan sapa?Ada orang ambil kisah pasal ko?Pentingkah diri ko pada orang lain? 99 kebaikkan yang ko lakukan hanya 1 sahaja yang orang pandang. Iya itulah yang ko dapat di SINI. Jadi apa yang ko nak buat?Menangis?Kecewa?Iya, itu semua yang patut ko dapat. Kejayaan?Kesenangan?Kemewahan?Bukanlah milik ko, akan tetapi ia milik orang lain.

Jika ko teruskan juga sebegini, sampai bila-bila pun ko akan macam ini.............

Tempahan Sticker Produk Serunding Citarasa Klate

2 comments


Salam semua, hari ini kozumi hendak tunjukkan hasil rekaan design sticker produk pemilik produk Serunding daging, ayam & ikan Citarasa Klate.

Maklumlah tidak lama lagi dah nak puasa, kemudian nak raya pula, jadi masa inilah kita harus bijak mencari peluang untuk menjual sesuatu menu yang digemari sewaktu ramadhan dan hari raya.

Jadi diatas tulah hasil kerja koz bagi merialisasikan muka baru produknya.

Cara Update Artikel SEO

2 comments

Cara Update Artikel SEO

Salam semua, hari ini adalah sikit masa untuk bermesra dengan blog yang dan sepi. Agak lama tak mengupdate artikel di blog ini. Tapi masih ramai yang PM di facebook mengatakan kerinduan mengikuti tutorial blog dari kozumi.

Harap maaf sangat-sangat, memang terlalu buzy buat masa ini. Kalau tak buzy nanti kozumi akan kembali untuk memberi perkongsian tentang tutorial blog okey.


Berkenaan tajuk Cara Update Artikel SEO ni kozumi saja gunakan, nak uji tahap SEO blog ini, adakah masih Hero @ Zero. Kalau nak tahu esok trylah search tajuk artikel ni.. :D Manalah tahu masih di rank page pertama Google.

Bila berkata bab-bab SEO ni kozumi bukanlah mahir sangat pun. Takat Basic tu tahulah. Yang pasti setiap tajuk artikel biar ada kena mengena dengan isian tajuk tu. Kemudian keluarkanlah segala keyword yang hampir sama dengan tajuk. Simple jek..nak cerita lebih detail pasal SEO ni, kozumi dah kena buka buku baliklah nanti, kena kaji semula maklumlah dah lama tak aktive berblog..hihi... SEO blog pun dah kelaut. Apatah lagi Rank blog, abis jatuh..:P

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net