Misha: Kau pergi tak?
Ida: Pergi mana?
Misha: Jamuan kat rumah Encik Adi tu
Ida: Ooo …. Jamuan Encik Adi! Seganlah pulak
Misha: Segan apa pulak?
Ida: Dia tu eksekutif, kita ni kuli aje
Misha: Eh! Yang selalu dia buat jamuan tu, kau datang aje. Kali ni pulak yang segannya. Kenapa?
Ida: Selalu tu dia buat kat pejabat, tak le segan. Ni dia buat kat rumah, seganlah nak pergi
Misha: Yang ni dia buat kat rumah le, sebab jamuan sempena cukur jambul anaknya. Kalau jamuan biasa memanglah dia buat kat pejabat, tak kan jamuan cukur jambul anak pun nak buat kat pejabat!! Kau nilah pulak, macam-macamlah. Jomlah pergi, esok aku ambik kau kat rumah.
Ida: Eh! Engkau ni beria-ia sangat ni kenapa?
Misha: Dia tu kan ke ketua kita?! Kenalah kita raikan majlis yang dia buat. Lagipun dia ni lain dari eksekutif yang lain tu. Dia mesra dengan orang bawahan dia, tak sombong dan yang paling penting
Ida: Apa yang penting sangat tu?!
Misha: Dia pandai bercumbu!!
Ida: Pandai bercumbu?!
Misha: A’aa.. tu yang aku suka kat dia tu. Bersama dengan dia kita tak bosan, sentiasa terhibur. Pandai bercumbu!!
Ida: Eh! Mana kau tau? Biar betul ni
Misha: Betul le! Aku kan ke biasa dengan dia?! Takkan kau tak tau, aku selalu juga pergi rumah dia tu, dia selalu buat jamuan makan-makan.
Ida: Eee.. seram aku dengar! Kau skodeng dia dengan isteri dia ke?
Misha: Apa pulak skodengnya? Sama-samalah!!
Ida: Kau dengan Encik Adi? Astaghfirullah..
Misha: Takkan aku berdua dengan Encik Adi aje, tak manislah orang tengok! Sekalilah dengan isteri dia, dengan orang-orang lain yang datanglah.
Ida: Eh!! Teruknya!
Misha: Apa pulak teruknya? Macam inilah baik, dia memang berpangkat tinggi tapi mesra dengan semua orang, tak sombong dan pandai layan tetamu tak kira pangkat.
Ida: Semuanya bercumbu-cumbuan le yek?!
Misha: Ha laa... itu yang seronok tu!!
Ida: Astaghfirullah!! Tak sangka pulak dia macam tu!! Kau tu pun sama, jenis pakai tudung lingkup tapi buat amalan songsang!!
Misha: Eh!! Apasal kau tetiba melenting macam ni. Tetiba aje tuduh orang yang bukan-bukan!
Ida: Bukan tuduhlah!! Kau sendiri yang dah mengaku, kan?! Tak sangka kau dengan Encik Adi terlibat dengan gaya hidup songsang ni!!
Misha: Gaya hidup sangsang apa pulak ni?? Tak faham aku
Ida: Tak songsang kata kau?! Mengamalkan seks bebas, menganjurkan pesta seks … itu tak songsang?!
Misha: Bawak mengucap Ida! Siapa pulak yang buat pesta seks ni?
Ida: Eh! Engkorang le, kan kau tadi cerita engkorang bercumbu-cumbuan beramai-ramai, kan? Itu dah jadi pesta seks le tu.. bertaubatlah Misha, tinggalkan amalan tak senonoh tu!!
Misha: Hahahahaa
Ida: Ketawa pulak dia, orang serius nih!! Perkara macam ni jangan dibuat main-main.
Misha: Hehehee … Aku ketawa sebab geli hati sesangat ni, sampai nak pecah peruk rasanya!! Hikhikhi
Ida: Haa..
Misha: Kau tu dah salah faham!!
Ida: Salah faham apa pulak?
Misha: Bercumbu yang aku cakap ni tadi bukan maknanya bercium-cium macam seks bebas yang kau sangka tu!!
Ida: Makna bercumbu ni, berjenaka, buat lawak!! Encik Adi tu suka berjenaka, suka buat lawak, isterinya pun sama. Itu pasal aku suka pergi rumah dia kalau dia buat jamuan.. seronok!!
Misha: Laa.. ada makna macam tu ke? Macam mana boleh aku tak tau?!
Ida: Tu la, masa kelas Bahasa Melayu masa sekolah dulu kau suka ponteng dan tidur dalam kelas! Hehehe
Bercumbu:
(1) berjenaka, berkelakar, bersenda gurau
(2) mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan)
(3) bercium-cium mesra
SUMBER
Comment: 1
kadang-kadang salah faham pon boleh dibawa fitnah
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^