Salam semua, hari ini koz hendak kongsikan pengalaman koz sewaktu bekerja sebagai seorang Animator 2D bagi menghasilkan watak dan Cerita kartun yang korang pernah tonton di kaca Tv.
Sewaktu koz habis menuntut di Kolej Yayasan Melaka dalam bidang Animasi di dalam progrem Sekolah Teknologi Media dan Seni(STMS) koz telah mula bekerja di sebuah studio di Taman Desa ,Jalan Klang Lama selama 2 tahun.
Sambil buat animasi koz pun mula berjinak-jinak dalam berblog, dari situ muncul sedikit minat tuk belajar membuat design bagi menghiasi blog ini.
Makin lama makin koz gemar tuk mengahasilkan design-design walaupun ketika itu terpaksa mempelajarinnya melalui En google.
Alhamdulillah koz masih lagi ingat pelanggan pertama koz ketika itu yang bermint untuk mendapatkan service tempahan design header, pelanggan yang koz maksudkan ialah Kak Yanmie iaitu pemilik blog http://yanmieonline.com/
Dari situlah bermulanya idea untuk mmbina income partime ketika itu melalui blog. Alhamdulillah makin lama makin mendapat sambutan ramai.
Kemudian koz telah berhijah ke studio yang lain pula di Seri Kembangan Selangor dalam bidang yang sama.
Di dalam bidang animasi ini amat seronok sekali jika kita melakukan kerja yang kita minat tetapi kini sudah berubah. Setelah setahun setengah bekerja di situ, studio tempat koz bekerja telah mengalami masalah kewangan dan terpaksa memberhentikan kesemua pekerjanya(termasuk koz). Masa itulah keadaan kehidupan koz tergangu di mana pemikiran ini amat-amat kecewa dengan pihak studio yang tidak pro dalam menguruskan studionya sendiri.
Bermula dari saat itulah koz membuat azam baru untuk memulakan bisnes sendiri dalam bidang designer secara fulltime melalui blog. Amat bersyukur sekali kerana koz sebelum ini sudah memiliki sebuah blog yang umurnya sudah pun masuk 3 tahun. Dengan menggunakan Blog koz mula mengambil dan menerima segala tempahan dalam bentuk design seperti Banner, watermark, timeline, template blog dan lain-lain lagi.
Amat bersyukur sekali dari sehari ke sehari pendapatan koz di dalam bidang ini semakin bertambah. Setelah meneliti kemajuan di dalam bisnes ini, koz mulakan langkah dengan mewujudkan Fanpage Service Tempahan Design khas bagi mempromosikan bisnes designer koz.
Kini service design yang koz sediakan makin mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Terima kasih juga koz ucapkan kepada Bro Nizam Power dan Bro Edy kerana sudi membimbing koz dalam kerjaya terbaru koz ini. Alhamdulillah koz doakan kebahagiaan dan kekayaan untuk anda berdua, Amin.
Fikirkan dengan hanya Berblog anda mampu membina pendapatan sampingan, cuma anda harus fokus dan Tidak berputus asa sahaja.
Comments:24
tahniah bro. semoga bertambah berjaya dgn bidang yg bro ceburi.
tambah2 dgn penyertaan bro di #sbb2013, pasti lagi banyak kabel dan rakan2 yg tolong promosi
betul bro..saya plak baru 6 bulan jd blogger
blog jejaka paling nakal.. haaaaaa... muka nakal.. btw, sedih gak pasal studio lama tu.. hmmm.. all the best bro.. rezeki dari Allah.. tu kena ingat.. :)
hasil tangan bro memang terbaik..
Semoga berjaya bosku, insyaallah kalau rezeki tak kemana jg tu. Yg penting usaha :)
tahniah bro...kejayaan bro menjadi inspirasi kepada blogger yang lain.
Tahniah bro Koz.
Semangat tinggi dan bangkit kembali..terbaik bro!
moga terus sukses
p.s. teringin jugak nak header baru...hehehe
Selagi menggunakan kesempatan yang ada.. hehe.. semoga sukses selalu..
awaklah orang kedua yang saya kenal yang buat kerja dengan blog full time. bagi saya awak boleh berjaya. semoga rezeki bertambah buat tahun ni. Berapa kos design tema wordpress?
tahniah, berjaya bangun semula selepas jatuh.. bukan semua org boleh buat macam ni..
harap koz terus berjaya...
waahhhh... udak nakal ni kreatif rupernye... hehehehe... sure selalu conteng dinidng umah mak dulu2 yekk... sbb tu panggil budak nakal... :)
nnti nak jumpa bro utk diskuss psl banner tu..
tahniah bro ...semuanya atas berkat usaha dan ketekunan kita mencari ilmu :)
ko jgn putus asa...ko putus asa maka putusla duit hehe (edy)
moga bro terus succes dan capai matlamat bro, insyaAllah
tahniah bro, hasil usaha keras selama ini sudah mula membuahkan hasil..
Kagum denga Ko berusaha berdiri kaki sendiri ketika terumbang ambing ketika studio telah ditutup.
Apa pun saya doakan Ko berjaya mencapai matlamat yang dicita.
Terharu jugak dengan cerita Koz tu.
Tapi takpe, Koz ada minat dan seni dalam design men-design kan.
Takde masalah, boleh buat banyak wang. Saya hanya menulis saja.
Saya sokong Koz dari belakang ya.
insyaAllah koz akan berjaya dengan menjadi fulltime blogger
@Asyrof Asri:betul tu...kalau ade minat, senang saje kerja akan bergerak
@akubiomed:sejak bila jadi sopan guna ayat saya.. ahah
@nazray:wah kata kata yang menaikkan semangat untuk koz
@selipar putih:memang design koz terbaik
semangat juang yang tinggi mengalahkan segala tantangan..
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^