Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Kumpulan Mojo Kembang Kerjaya Di Hong Kong

2 comments



Kumpulan Mojo bercadang untuk mengembangkan kerjaya seni mereka pada peringkat Asia selepas merangkul tempat kedua dalam pertandingan Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF) yang diadakan di Hong Kong Convention Centre pada 22 Mac lalu.
Salah seorang anggotanya, Edry Abdul Halim bagaimanapun berkata, persediaan rapi perlu dilakukan sebelum mereka berbuat demikian supaya produk yang bakal dikeluarkan berkualiti dan dapat diterima ramai.
"Sejujurnya kami tidak berfikir sehingga ke arah itu apabila menyertai pertandingan tersebut tetapi rasanya tidak salah mengambil peluang berkenaan.
"Namun biarlah produk yang dihasilkan yang terbaik dan tidak sekadar tangkap muat sahaja," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Solaris Mont Kiara, di sini, Rabu.
Vokalis kumpulan Mojo, Aweera.
Pada pertandingan yang turut disertai oleh negara seperti Singapura, Korea, Jepun, Taiwan dan China itu, vokalis utamanya, Aweera turut merangkul anugerah Persembahan Vokal Terbaik HKAMF) manakala gelaran juara disandang oleh kumpulan MIC dari China.
Mojo telah menarik perhatian tujuh juri apabila mempersembahkan dua buah lagu iaituAndai Aku Bercinta Lagi dan Dreams On nyanyian asal kumpulan Aerosmith.
Selain Edry yang juga anggota KRU sebagai pemain keyboard dan Mojo turut dianggotai oleh Aweera, Johar (pemain dram), Denny (gitaris) dan Pito (basis).
Dalam pada itu, Edry berkata, buat permulaan lagu Andai Aku Bercinta Lagi akan dirakamkan dalam Bahasa Kantonis oleh seorang artis Hong Kong untuk pasaran negara itu selepas ada wakil syarikat rakaman di sana berminat dengan karya tersebut.
Edry berkata, pihaknya baru sahaja selesai mengalih bahasa lirik lagu berkenaan dan sedang menunggu proses seterusnya.
"Walaupun bukan kami yang akan menyanyikan lagu itu tetapi saya tetap teruja kerana terbukti lagu ciptaan tempatan dapat menarik minat masyarakat di sana," jelasnya.
Sementara itu, Aweera berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan memenangi kategori vokal terbaik kerana tidak meletakkan sebarang harapan.
"Pemergian kami ke sana hanya untuk menimba pengalaman dan berseronok dan tidak sangka dapat membawa pulang trofi.
"Bagaimanapun kami sangat seronok ketika berada di sana dan ada peminat menunggu kami di lobi hotel dan lapangan terbang," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Ramani Ramalingam berkata, pemilihan Mojo bagi mewakili Malaysia dibuat berdasarkan kemenangan mereka dalam kategori Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM) lalu.
"Sebelum ini kita pernah menghantar artis yang menang dalam kategori sama iaitu Bunkface dan Projek Pistol pada acara sama.
"RIM akan terus menyokong artis-artis tempatan yang berpotensi untuk dibawa ke luar negara supaya bakat mereka tidak terhenti di situ sahaja," jelasnya.

Hot! Fazura Enggan Beraksi Mesra

1 comments

 


Pelakon Fazura berkata ada pihak salah faham mengenai pendiri annya yang enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem sehingga mempersoalkan gandingan terbaharunya dengan Shaheizy Sam.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 30, sesetengah pihak beranggapan selepas membuat keputusan itu dia tidak boleh bersentuhan dengan lelaki tetapi perkara itu tidak benar sama sekali.
"Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon.
“Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki.
"Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran 'Raikan Cinta' anjuran TV3 di e@Curve, di sini, Selasa.
Fazura dan Shaheizy Sam digandingkan dalam drama Kisah Cinta yang akan disiarkan bermula pukul 9 malam pada 9 April depan di saluran berkenaan.
Fazura (tengah) bersama para pelakon 'Kisah Cinta'.
Dalam pada itu Fazura berkata, dia terkejut apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain.
"Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain," ujarnya.
Menerusi drama Kisah Cinta terbitan BZ2121 Production, Fazura mengakui seronok apabila dapat digandingkan bersama Sam di mereka memiliki keserasian apabila berlakon bersama.
Drama itu mengisahkan sebuah cinta yang berputik daripada pertemuan yang tidak diingini di mana Fazura sebagai Azalea mahu menuntut mayat bapanya manakala Shah (Sam) menuntut mayat ibunya.
Konflik tercetus apabila ibu bapa mereka kononnya dikatakan pasangan suami isteri.
Kisah Cinta turut dibarisi pelakon lain seperti Nadia Aqilah, Ungku Ismail, Kuza, Arash Mohd, Nazim othman dan Fazlina Ahmad Daud.

Hot! Kes Ugut Bunuh Yasin

1 comments



Individu Ugut Bunuh Mohon Maaf Kepada Yasin - Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menganggap komen ugutan bunuh dan fitnah yang diterimanya menerusi YouTube sebelum ini sudah selesai apabila individu tersebut telah memohon maaf kepadanya menerusi ruangan komen laman itu.
Yasin, 39, berkata, dia telah pun memaafkan kedua-dua individu tersebut dan menganggap mereka tidak faham maklumat sebenar yang ingin disampaikannya menerusi lagu Reformasi yang dimuat naik ke YouTube.
"Saya tidak mahu memanjangkan isu itu apabila individu tersebut telah pun memohon maaf di ruang komen lagu tersebut di YouTube dan saya telah pun memaafkan mereka.
"Mereka mungkin tidak faham tentang maklumat sebenar yang ingin saya sampaikan sehingga menyebabkan mereka bertindak melulu mengugut saya," jelasnya.
Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.
Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala 'Pencinta Muzik’ pula berkata, Yasin patut dibunuh.
Dalam pada itu, Yasin berkata, dia juga telah membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis berhubung isu itu dan berharap kedua-dua individu berkenaan sedar akan kesilapan mereka sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Yasin dia baharu sahaja melancarkan sebuah ‘single’ bersama penyanyi Faizal Tahir berjudul Berani selain melakukan kolaborasi dengan Maya Karin dalam lagu Demi Masa Ini.

sumber Mstar

Hot! Siti Fazurina Nikah Kali Kedua

Jom! comments



Siti Fazurina akhirnya terpaksa bernikah buat kali kedua selepas Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak.
Ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu Bakar, 61, berkata, akad nikah tersebut telah dijalankan di Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22 selepas kes itu dibicarakan di mahkamah berkenaan pada hari sama.
"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Hykal, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Bagaimanapun menurut ibunya, perkahwinan itu tidak sah kerana Siti Fazurina dipercayai memberikan maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya.
Dia dilaporkan telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ sehin

Gempar! Najwa Latif Dikejar Lelaki

1 comments



Baru-baru ini Najwa Latif buru sahaja mendapat keputusan SPMnya dan dia telah memperolehi 4A. Kini timbul masalah yang di hadapi Najwa Latif dimana dia sering diganggu peminat fanatik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk bertemu dengannya.

Menurut Najwa Latif, peminat lelaki itu sering mengekorinya jika dia membuat persembahan di sekitar Johor Bahru atau Singapura.

Tindak tanduk peminat itu membuatkannya tidak selesa, namun setakat ini Najwa masih cuba bertahan.

“Selagi masih dalam kawalan, saya mampu untuk berhadapan dengan perkara ini.

“Cuma kadang-kadang perbuatannya di luar jangkaan sehingga sanggup menunggu selama enam jam di sebuah stesen radio semata-mata ingin berjumpa dengan saya.

“Tetapi kalau sudah keterlaluan, saya akan buat laporan pada pihak berkuasa,” kata Najwa.

Hubungan Remy Ishak dan Maya Karin

1 comments



Remy Ishak dan Maya Karin - Pelakon Remy Ishak tidak menolak jika hubungannya dengan aktres Maya Karin akan menjadi lebih istimewa pada masa akan datang selain menyifatkan wanita itu seorang yang cantik dan berkarakter.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak, 31, bagaimanapun berkata, buat masa ini hubungan itu hanya sekadar kawan rapat disebabkan keserasian yang wujud di antara mereka berdua.
"Saya dan Maya memang berkawan rapat sekarang namun sebagai kawan sahaja sebab kami mempunyai minat yang sama iaitu suka aktiviti lasak.
"Namun saya tidak tahu masa depan nanti macam mana?" katanya ditemui selepas sidang media, pratonton drama bersiri Cinta Jangan Pergi, di sini pada Rabu.
Remy diminta mengulas tentang gambar-gambar percutiannya bersama Maya Karin yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.
Gambar-gambar yang dirakam di Sabah itu telah menimbulkan spekulasi tentang hubungan kedua-dua pelakon yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta.
Maya Karin
Jelas Remy, dia menyertai aktiviti tersebut kerana memenuhi pelawaan Maya yang ingin mengkaji haiwan dan ekologi di hutan simpan, Imbak Canyon, Sabah.
"Aktiviti meredah hutan itu adalah undangan dari Yayasan Sabah iaitu selama empat hari.
"Kita diiringi renjer hutan dan pakar ekologi, di mana kami menambah pengetahuan tentang hidupan di dalam hutan itu," katanya.
Remy berkata, minat terhadap aktiviti lasak dan alam semula jadi menjadikan mereka lebih akrab dan sering bertukar pendapat.
Ditanya tentang keserasian bersama, katanya, dia selesa dan senang berkawan dengan aktres itu.
Remy turut menyifatkan Maya seorang wanita yang bijak, cantik dan mempunyai karakter tersendiri.
Dalam pada itu, menjawab tentang tindakannya yang sering merahsiakan hal peribadi, kata Remy, dia tidak pandai untuk bercerita tentang kisah cinta dan perasaan.
"Saya bukan mengelak tapi saya memang seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap.
"Saya sebenarnya tidak tahu untuk bercerita hal peribadi terutamanya melibatkan kisah percintaan," ujarnya.
Dia juga lebih suka memilih untuk berdiam diri jika berlaku sesuatu kontroversi.

Raja Azmi dan kekasihnya akan berkahwin.

1 comments


Raja Azmi dan kekasihnya akan berkahwin.

Raja Azmi dan kekasihnya akan berkahwin.

Raja Azmi Raja Sulaiman dikatakan sudah bersedia untuk berkahwin bersama kekasih barunya iaitu gitaris yang berusia 27 tahun.

Difahamkan kekasihnya itu telah melamarnya beberapa hari yang lalu dengan ikhlas dan dia berani meluahkan hasrat untuk memperisterikannya yang membuatkan Raja Azmi sedia menerimanya.

Moga hubungan cinta mereka ini akan berkekalan selama-lamanya.

Biodata dan Profile Nelydia Senrose

23 comments


Nelydia Senrose

Biodata dan Profile Nelydia Senrose

Gambar Nelydia Senrose, Biodata Nelydia Senrose dan Profile Nelydia Senrose - Salam semua, hari ini koz nak kongsikan dengan korang tentang pelakon yang cantik ini yang sedang meletop-letop iaitu Nelydia Senrose.

Drama lakonan Nelydia Senrose kini sedang ditayangkan di kaca telivision dalam drama bertajuk Setia Hujung Nyawa. Sesiapa yang mengikuti drama ini pasti mengenali Nelydia Senrose bukan?...

Jadi mari kenali Nelydia Senrose dengan lebih mendalam lagi.

Biodata Nelydia Senrose

Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen

Nama komersial: Nelydia Senrose

Tarikh lahir: 30 Julai 1994

Keluarga: Anak ketiga daripada tujuh beradik

Kacukan: Gadis kacukan Kelantan-Siam

Kerjaya: Pelakon

Akademik: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya

Lakonan Drama/Telefilem: Spa Q 1 dan 2, Spa Qistina, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Anak Aku Artis, Syah Jihan, Pak Suman, Iqra', Ahmad Durrah,Mistik Alam Hitam, Segenggam Api Secangkir Pelangi, Puaka Bunga Tanjung,Friday I’m in Love, Chef Cinta dan banyak lagi.


Nelydia Senrose seksi

gambar Nelydia Senrose

gambar Nelydia Senrose

gambar Nelydia Senrose

gambar Nelydia Senrose

gambar Nelydia Senrose

gambar Nelydia Senrose

Mamat Khalid nafi syarikat produksinya muflis.

2 comments

Mamat Khalid

KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Mamat Khalid menafikan dakwaan kononnya dia terpaksa pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak kerana syarikat produksinya Naga VXS “lingkup” sejak dua tahun lalu sehingga diisytiharkan muflis.
Mamat, 50, berkata, penghijrahan tersebut adalah permulaan baharu dalam kariernya selepas berdepan dengan beberapa masalah dalam operasi syarikat berkenaan.
"Operasi Naga VXS sebelum ini ada beberapa sekatan. Saya perlu meneruskan kehidupan dengan memulakan perkara baharu.
"Saya bersyukur kerana diberikan peluang kedua apabila dapat menubuhkan syarikat baharu yang kini diuruskan isteri saya iaitu Intan.
"Sudah setahun syarikat Enjit Semut Productions ditubuhkan. Buat masa ini ia beroperasi di rumah kami di Ipoh, Perak," katanya.
Mamat ditemui pada malam gala tayangan filem arahannya berjudul Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di GSC Mid Valley di sini, malam Selasa.
Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia diisytiharkan muflis gara-gara diperdaya dalam perniagaan, Mamat berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali.
"Saya bukan diperdaya atau salahkan sesiapa melainkan pengurusan yang tidak betul.
"Ketika perniagaan syarikat itu bermula, kami masih baharu. Banyak yang perlu diperbaiki dan kehidupan harus diteruskan.
"Kalau kita terus mengenang kesilapan lalu, takkan bergerak jadinya. Memilih langkah seterusnya adalah lebih penting," katanya.
Mengenai perasaannya mengenai kemunculan filem terbaharu selepas tiga tahun menyepi, Mamat berkata, 2013 bakal menyaksikan segala usahanya selama tempoh itu dikongsikan kepada khalayak.
"Selain filem ini, saya juga akan muncul dengan Rock Ooo, Apokalips, Zombie Kilang Biskut dan Rentaz.
"Tahun ini segala usaha sepanjang tiga hingga empat tahun lepas akan menemui penonton," katanya yang berharap filem terbaharu itu dapat menyaingi kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah yang memperoleh kutipan kasar RM7.90 juta.

Pernikahan Linda Hashim dan Beego Pertengahan Tahun Ini

4 comments



Pertengahan tahun ini pelakon Linda Hashim akan menamatkan zaman bujangnya dengan Beego dan tarikh sebenar majlis masih belum diketahui.

"Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun tetapi bukan Mac seperti didakwa sebelum ini. Tarikh sudah ada cuma kami tidak mahu dedahkannya dahulu.

"Persiapan sedang berjalan serba sedikit memandangkan kami berdua juga sibuk dengan komitmen lakonan masing-masing," katanya.

Yus Jambu Rancang Untuk Kahwin Guna Duit Kemenangan MLM 2012

2 comments


JOHOR BARU: Pelawak Yussry Edoo atau Yus merancang untuk membelanjakan sebahagian wang kemenangan menerusi program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) yang berlangsung pada malam Jumaat lalu untuk persiapan majlis perkahwinannya.
Yus, 36, berkata, dia berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.
"Setakat ini saya tiada mempunyai sebarang perancangan untuk membelanjakan wang kemenangan sebanyak RM125,000 itu tetapi sebahagiannya akan digunakan untuk persiapan perkahwinan saya," jelasnya.
Yus bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya menambat hatinya itu dan memberitahu mereka telah berkenalan selama beberapa tahun.
Pada pertandingan akhir itu, Jambu yang turut dianggotai oleh Zamatul Amri Zakaria atau Tauke, 36, dinobatkan sebagai naib juara MLM 2012 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 dan sebuah trofi.
Manakala kumpulan Jozan (Johan dan Zizan) muncul juara Jozan dan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi.
Jambu bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran atas kemenangan mereka di MLM 2012 bagi meraikan peminat dalam masa terdekat.
Sementara itu, kumpulan Shiro (Shahrol dan Ajak) mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi.
Dalam pada itu, Tauke berkata, mereka juga merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran bersama penyokong dan Kelab Sahabat Tauke bagi menghargai sokongan semua peminat sepanjang pertanndingan itu.
Kata Tauke, majlis berkenaan berkemungkinan akan diadakan di Perlis namun masih belum menetapkan tarikh sebenar kenduri tersebut.
"Seminggu dua ini kami mahu bercuti terlebih dahulu untuk merehatkan minda dan selepas itu baru kami merancang untuk majlis berkenaan.
"Yus akan bercuti di Perlis manakala saya akan menghabiskan masa untuk memancing," ujarnya.
Mengulas mengenai kemenangan pada MLM 2012, Tauke berkata, mereka berpuas hati dengan kedudukan naib juara yang disandang mereka dan menganggap ia sebagai rezeki dari Tuhan.
Tambah Tauke, antara faktor lain kemenangan mereka mungkin disebabkan persembahan mereka pada musim ini konsisten sejak minggu pertama.
"Berbanding musim lalu, persembahan kami kurang menyengat namun mengambil pengalaman untuk memerbaiki untuk pertandingann tahun ini.
"Ahamdulillah semua lawak yang ditonjolkan berjaya menambat hati peminat dan juri," jelasnya.
Tambahnya lagi, mereka akan meneruskan perjuangan Jambu sebagai kumpulan selagi diterima peminat.

Antonella Roccuzzo, Kekasih Lionel Messi Yang Cun Dan Hot

Jom! comments

Siapa yang tidak mengenali Lionel Messi? seorang penyerang berbisa yang bermain untuk pasukan bolasepak Barcelona. Beliau amat hebat di depan pintu gol dan sentiasa berada pada posisi yang betul untuk menjaringkan gol. Beliau juga telah meyandang banyak trofi dan anugerah dalam arena bola sepak.

Cukup dengan mukadimah, kami sebenarnya bukannya mahu menulis mengenai kehebatan Messi di atas padang tetapi ingin menunjukkan kekasih hati beliau yang tersangat cantik dan juga 'hot'. Kekasihnya yang bernama Antonella Roccuzzo, 22 dilahirkan di Rosario, Argentina, tempat yang sama dengan Messi.

Mereka juga dikhabarkan telah saling mengenali sejak berusia lima tahun lagi dan berkemungkinan akan berkahwin tak lama lagi apabila Antonella Roccuzzo telah berpindah ke Barcelona untuk bersama-sama kekasihnya itu (jangan menangs taw para gadis-gadis sekalian). Di sini, miera lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan sekalian <-- tetiba ayat skema pulak. ahaha


Gambar Emma Maembong pegang Ular

1 comments


Gambar Emma Maembong pegang Ular.

Jom lihat gambar Emma Maembong bersama ular belaannya yang bernama Lulu. Berani juga Emma Maembong ni ya.



Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2012

Jom! comments


Gelaran Juara Maharaja Lawak Mega 2012 telah pun menjadi milik Jozan iaitu Johan dan Zizan. Kemenangan mereka telah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

Tahniah diucapan kepada pasangan ini kerana lawak korang memang terbaik. Tahniah juga kepada pasukan Jambu yang berjaya merangkul tempat kedua, kumpulan Shiro tempat ketiga, Boboi tempat keempat dan Saywho tempat yang kelima.

Fara Fauzana Sedia Hidup Bermadu

4 comments



Farah Fauzana Mohd Fadzil kata dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berpoligami sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu. Fara juga mengakui sedang berusaha mencari lelaki sesuai untuknya, namun pada masa sama dia tetap berhati-hati agar dapat memilih individu yang benar-benar bertanggung jawab.
Walaupun masih tiada calon suami, Farah telah membuat beberapa persiapan perkahwinan sebagai persediaan untuk menempuh alam itu kerana diaa seorang yang suka merancang dan membuat persediaan awal tidak kira apa-apa hal sekali pun.

Anne Ngasri Hamil setelah Sebulan Nikah

1 comments


Anne berharap agar segera berbadan dua selepas hampir sebulan bernikah dengan Mohd Sumali. - Foto oleh IBRAHIM MOHTAR.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Anne Ngasri mengakui dia mungkin telah berbadan dua berdasarkan beberapa petanda seperti mula mual dan loya yang dialaminya sejak kebelakangan ini.
Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, dia berharap simptom-simptom memberi mesej baik iaitu sedang hamil selepas mendirikan rumah tangga dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO Mohd Sumali Reduan, 41, pada 22 Disember lalu.
“Rasa mual itu kerap juga berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya pun tidak pasti sama ada mengandung ataupun tidak kerana saya belum membuat pemeriksaan kesihatan lagi.
"Tapi harapan saya mudah-mudahan ada rezeki (hamil) itu,” katanya.
Turut diperkenalkan pada majlis santai itu adalah dua lagi pengacara SIS iaitu pelakon Diana Amir dan Shabana, pengacara Hijab Stailista Ameera Zaini dan pengacara Saffiya, Liyana Hisham.
Ditanya mengenai perkahwinannya, Anne berkata, suaminya seorang yang ringkas dan berfikiran terbuka kerana tidak meletakkan sebarang sekatan untuk dia terus bergiat dalam bidang seni.
Anne di samping dua teman pengacara program SIS iaitu Shabana (kiri) dan Diana Amir.
“Alhamdulillah, kami bahagia dengan pengalaman baharu ini. Dia sangat memahami kerjaya saya.
“Kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Kami saling menyokong dan membantu antara satu sama lain,” katanya yang memiliki tiga anak Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, daripada perkahwinan terdahulu.
Mengenai tanggungjawab sebagai pengacara SIS, Anne berkata, ia adalah kerjasama pertama dengan TV9 walaupun dia pernah mengacarakan pelbagai program televisyen lain sebelum ini.
“Pengalaman mengacara memang ada tetapi bersama TV9, ini adalah kerjasama yang pertama kali.
“Saya teruja untuk mengendalikan program ini kerana ia mengupas isu-isu yang dialami wanita dalam kehidupan semasa,” katanya.
Program itu bakal disiarkan selama setengah jam bermula 26 Januari ini pada setiap Sabtu pukul 11 pagi.
Sebuah lagi program terbaharu TV9 untuk tahun ini iaitu Hijab Stailista juga bakal ditayangkan bermula tarikh yang sama pada pukul 11.30 pagi.
Manakala program Safiyya yang memasuki tahun ketiga disiarkan bermula 13 Januari lalu pada setiap Ahad pukul 11 pagi.

Lisdawati dan Rita Rudaini Berdamai

Jom! comments


Lisdawati
KUALA LUMPUR: Permusuhan di antara pelakon Lisdawati dan Rita Rudaini hampir 7 tahun kembali jernih apabila kedua-dua wanita itu bersetuju untuk berdamai selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Kerana Sarah.
Lisdawati berkata, bersempena dengan tahun baru 2013 ini, dia berazam untuk tidak bermusuhan dengan sesiapa sahaja termasuklah Rita dan mahu bekerjasama dalam drama berkenaan yang masih lagi dalam penggambaran.
"Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.
"Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," katanya.
Pada tahun 2006, Rita dan Lisdawati dikatakan bermasam muka selepas berlakunya insiden tampar menampar dan tarik rambut ketika kedua-duanya melakonkan adegan terakhir drama Kau Yang Ku Sayang di kolam renang sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang.
Aksi tersebut berubah menjadi sebuah pergaduhan besar sehingga melibatkan kes polis apabila Lisdawati mendakwa Rita sengaja mencederakannya.
Rita Rudaini
Sementara itu, Rita pula berkata, perkara tersebut sudah lama selesai dan tiada apa-apa isu yang perlu timbul antaranya dengan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.
"Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.
"Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum," ujarnya.

Gambar Emma Maembong Bertudung Hitam

5 comments

Gambar terkini Emma Maembong yang bertudung hitam cantik , manis dan ayu sekali. Bila di lihat pasti menjadi kegilaan Boni Kacak ramai lelaki diluar sana, Betul tak?hihihi


Nabila Luangkan Masa Bercuti, Enggan Ada Komitmen

1 comments


Nabila bersama anaknya Keisha. Foto; Rohaizat Md Darus
KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda mengakui statusnya sebagai ibu tunggal memudahkan dia mencari ruang masa untuk melakukan aktiviti kegemarannya seperti bercuti ke luar negara.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata, dia mula aktif dalam aktiviti tersebut sejak tahun lalu dan pernah menjelajah ke beberapa tempat antaranya Lombok, Indonesia, Afrika, Pulau Boracay, Filipina, Rom, Itali serta beberapa lokasi lain.
"Sebenarnya memang daripada dulu lagi saya suka bercuti dan mengenali masyarakat negara yang dikunjungi itu.
"Untuk kelainan, saya lebih gemar bercuti di tempat-tempat yang jarang dikunjungi oleh orang Asia dan rasanya saya mula kembali ligat bercuti sejak awal tahun lalu.
"Keadaan saya yang berstatus “solo” ini juga memudahkan saya untuk bergerak ke mana-mana tanpa perlu memikirkan perasaan orang lain. Ya lah, apabila sudah ada teman istimewa, semestinya banyak perkara yang perlu dijaga agar tiada hati yang terluka," katanya.
Tambah Nabila, buat masa ini dia enggan memikirkan sebarang perhubungan yang memerlukan komitmen tetapi hanya ingin fokus kepada kerjaya lakonan, anaknya yang bernama Keisha Laila selain merancang beberapa lokasi percutian unik pada tahun ini.
Sementara itu, Nabila telah diberi kepercayaan daripada pereka fesyen terkenal Alia Bustamam bagi memperagakan pakaian rekaan terbarunya.
"Saya sukakan sesi fotografi dan sekarang ini saya semakin mendekati dunia fesyen.
"Rasa seronok sangat apabila Alia Bustamam meminta saya memperagakan koleksi baju-baju rekaannya," ujar Nabila.
Dalam perkembangan lain, lakonan Nabila dapat ditonton menerusi drama Janji Shirahyang akan di siarkan setiap Ahad (bermula Ahad lalu), pukul 9 malam di TV3.
Drama 13 episod itu mengisahkan seorang penuntut kolej bernama Shirah (Nabila) mempunyai seorang teman lelaki bernama Luqman (Airiel Zafril) di mana lelaki itu turut menjadi idaman teman baiknya, Mira.
Kakak Shirah meninggal dunia akibat penyakit barah otak dan dia dibebani tanggungjawab menyara tiga anak buahnya.
Selain Nabila dan Airel turut membintanginya ialah Iqram Dinzley, Ako Mustafa, fauzi Nawawi, Zarina Zainordin, Arfah Damanhuri dan Sherry Merlis.

sumber: Mstar

Gabungan Dua Ibu Untuk Nama Anak Azad & Eira Syazira

7 comments


Azad dan Eira belum bersedia berkongsi gambar anak perempuan mereka untuk tatapan umum.
PETALING JAYA: Pelakon Azad Jazmin mendedahkan dia mendapat ilham untuk menamakan anak perempuannya Amarra Sofea Rose bersempena mengambil pangkal nama ibunya dan ibu mertuanya.
Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 37, berkata, nama Rose pada bayi perempuan yang dilahirkan isterinya pelakon Eira Syazira pada 11 Januari lalu itu diinspirasikan daripada nama ibunya, Roshidah dan ibu Eira iaitu Rohani.
“Nama Sofea Rose sudah lama saya pilih. Hanya perkataan Amarra yang kami tambah baru-baru ini.
“Sejak Eira mengandung, hubungan saya dengan kedua-dua ibu bertambah rapat. Secara kebetulan, pangkal nama ibu saya dan ibu mertua bermula dengan perkataan ‘Ro’.
“Saya pilih nama Rose sebagai tanda penghargaan buat mereka,” katanya.
Eira selamat melahirkan bayi seberat 4.2 kilogram itu menerusi pembedahan “Caesarean” pada kira-kira pukul 8.50 pagi di hospital Columbia Asia, Puchong, 11 Januari lalu.
Aktor filem Apa Celop Toqq.. itu berkata, dia masih berasa pelik untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baharu sebagai bapa.
“Saya masih pelik dan terpinga-pinga sebab tidak pernah alami pengalaman ini. Susah hendak terangkan tetapi siapa yang sudah bergelar bapa akan tahu perasaan saya sekarang.
“Bayangkan, kegembiraan yang luar biasa ini menyebabkan saya menitiskan air mata tanpa disedari setiap kali melihat wajah anak.
“Eira pun saya lihat terlalu susah hendak berenggang dengan anak kami,” katanya yang masih belum bersedia berkongsi gambar puteri sulung mereka untuk tatapan umum.
Azad berkata, bayi berkulit cerah yang mempunyai fizikal yang tinggi itu berada dalam keadaan sihat dan tidak banyak ragam.
“Walaupun isteri dan anak baru dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini (Isnin) kerana keadaan Eira lemah akibat pembedahan, saya bersyukur kedua-duanya sihat dan selamat.
“Anak saya sudah pandai membuka matanya dan dia tidak banyak kerenah atau kuat menangis,” katanya.
Terbaharu, Azad sedang terlibat dalam penggambaran filem Sejoli arahan Osman Ali di samping Maya Karin, Bront Palarae, Remy Ishak, Izara Aishah dan Dira Abu Zahar.
“Kebetulan sekarang saya memang tiada babak untuk Sejoli dan akan sambung penggambaran pada esok (Rabu).
“Saya akan bekerja seperti biasa kerana Eira berpantang di rumah ibunya,” katanya yang turut mengacarakan program Mimpi Ke Bintang untuk TV2.
Azad dan Eira bernikah pada 16 September 2011 di kediaman keluarga aktres itu di Putrajaya.

sumber: Mstar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net