Powered by Jasper Roberts - Blog

Melayu Boleh

30 comments

Melayu Boleh

Salam semua, bila baca sahaja tajuk diatas pasti ramai yang kenal akan keyword Melayu Boleh inikan. maksud koz kegunaan keyword melayu boleh ini yang telah disalah guna oleh sesetengah pihak bagi mengetengahkan paparan gambar-gambar atau video-video lucah.

Kozumi sengaja meletakkan tajuk seperti itu bagi saport dalam contest anjuran rakan blogger lain untuk menyingkirkan website-website yang lucah supaya tiada paparan di hadapan carian google "Melayu Boleh".

Jadi kepada rakan-rakan blogger lain marilah kita sama-sama saport akan perkara baik ini.


Contest Review Blog Paling Popular

49 comments



Salam semua, seperti sedia maklum baru-baru ini blog Jejaka Paling Nakal telah terpilih untuk direview di dalam blog Denaihati.com dan kemudian telah terpilih dan juga Memenangi tempat pertama dalam "Review Terbaik Blog Denaihati".Alhamdulillah...

Terkini Blog Jejaka Paling Nakal sekali lagi telah terpilih untuk berentap di dalam Contest yang dianjurkan oleh Denaihati iaitu Contest Review Blog Paling Popular. Di dalam contest kali ini kozumi memerlukan undian dan komen dari korang bagi melayakkan Blog Jejaka Paling Nakal memenangi Contest pada kali ini.

Jadi di sini kozumi ingin minta bantuan korang untuk mengundi dan meninggalkan komen anda di artikel ini 
--> Blog Jejaka Paling Nakal <-- dan komen anda mestilah lebih dari 5 Patah Perkataan.

Retweet


Kemudian Klik ReTweet dan G+ seperti gambar diatas dan kalau boleh promot pada rakan-rakan anda juga. Bantuan korang amat kozumi hargai....

Email Misteri Diterima

34 comments


Salam semua, apa kabar korang sihat?Alhamdulillah hari ini kozumi agak santai sikit sebab adik kesayangan kozumi telah pun keluar wad setelah 1 minggu ditahan atas masalah kesihatan.

Apa-apa pun sebentar tadi seperti biasa kozumi akan menyemak kemasukkan email yang kekadang tempahan design di buat melalui email oleh beberapa pelanggan kozumi. Alhamdulillah ada juga rezeki hari ini, tetapi agak terkejut jugak bila koz memperolehi satu email yang bertajuk "Jangan potolah enko.".

Pelik pulak bila di lihat pada tajuk email ini, kemudian kozumi pun klik untuk melihat isiannya. Agak terkejut juga bila membaca isian email ini. Teringin jugak mengenali siapakah di sebalik orang yang menghantar email ini.

Kozumi agak kecewa juga bila menerima email seperti ini , tapi seperti biasa Positif,Positif,Positif. Katakan hati usahlah layan perkara-perkara seperti ini.

Nak tanya korang, apa maksud "Jangan potolah enko."?

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net