Powered by Jasper Roberts - Blog

Pikachu Di Temui

24 comments


Wah...comel tu..ni kalau koz dapat ni mmg nk cubit-cubit pipi pink dia tu...hahha...
kerja sapalah ni ye...

Kes Pembuangan Anak Makin Menjadi.

17 comments

Alaihai...Sapa punya kerja ni, sampai tiga sekali dibuangnya. Comel-comel macam ni pun sanggup dibuang erk...Agak-agak kalau korang jumpa korang nak jaga tak???


Kes pembuangan Anak:
Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.
Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.
Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.
Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi
Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".
Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa.

Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya.
Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".
Pikir-pikirkanlah ye....
Disediakan olehBahagian Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor

Tips Rahsia Trafik Budak Nakal Blogspot

28 comments






Hai all...seperti sedia maklum , sebelum ini koz ada kongsikan tips cara memajukan blog . Jadi hari ini koz akan kongsikan korang tips rahsia trafik yang koz miliki setiap hari untuk blog budak nakal,(ilmu harus di kongsikan).First sekali semasa korang ingin membuat artikel, kalau boleh gunakan tajuk artikel tersebut lain dari yang lain dan yang penting bersesuaian.
Kedua setelah menyiapkan artikel tetapkan keyword yang bersesuaian dan labelskan mengikut kategori yang sesuai.Ketiga selepas artikel di publish korang haruslah ping link artikel korang  di beberapa tempat seperti di bawah:(Benda yang koz lakukan setiap kali publish artikel baru)

Facebook
Busuk.org





GuaBlog.com





Apesal.com



Digg.com





Google+

google.com


Feedburner






Dan bermacam-macam lagi...rajinkan diri korang untuk pingkan setiap artikel baru korang jika ingin mendapatkan backlink yang berpatutan.

Keempat rajinkan diri untuk daftar di mana-mana forum yang korang boleh meninggalkan link artikel korang untuk di kongsikan kepada pengunjung forum tersebut.Sebabnya pada akhir artikel yang korang publish di forum tersebut korang letaklah link artikel blog korang, free-free dapat backlink.(Ni rahsia kedua terbesar blog budak nakal).

Kelima kalau rajin buatlah contest/giveaway dekat blog korang, ini untuk menambahkan lagi backlink blog korang jika ada penyertaan. Seperti yang koz buat sekarang adalah mencuba untuk menambahkan backlink melalui cara sponser hadiah untuk contest/giveaway yang dilakukan oleh pemilik blog lain. Seperti blog yanmieonline.com
Promot sikit^ ^.
giveaway yanmie
“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal

Keenam rajinkan diri mencari tips-tips blog di blog-blog otai sebagai contoh tips yang dikongsikan oleh blog Denaihati.com:




Buat masa ini, itu sahaja yang dapat koz kongsikan. Tips-tips yang berikutnya akan koz kongsikan lain hari, insyallah...Maap sebab penerangan koz terlalu simple, harap korang faham apa yang koz ingin kongsikan.

Sekian





Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net