Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Gambar Anne Ngasri dan Mohd Sumali Nikah

2 comments



Perkahwinan Ngasri dan Mohd Sumali - Anne Ngasri dan Mohd Sumali akhirnya selamat dinikahkan di rumah keluarga pihak lelaki di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor.

Pernikahan mereka telah diakad nikah oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Ngasri Sain dengan mas kahwin RM 22.50 pada pukul 11 pagi tadi.





Biodata Siti Fazurina

3 comments



Jom kenali pelakon Siti Fazurina akan nama panggilannya Nina dengan lebih dekat lagi.

Nama Sebenar: Siti Fazurina Mohd Famir
Nama Panggilan: Nina, Fazurina
Tarikh Lahir: 9 Jun 1982
Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah
Keluarga: Anak kedua daripada lima beradik
Kerjaya: Pelakon
Kelulusan: Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Shahputra, Kuantan, Pahang
Filem lakonan: Senario XX, Estet dan Hantu Bukit Cina
Drama lakonan: Puteri, Dunia Anita, Pusara Ku Pelamin Ayah, Ingin Terbang Jauh, Biarlah Rahsia, Cinta Rahsia, Rebab Tidak Bertali, Kelab Jeng Jeng dan Persona Rindu







gosip siti fazurina, berita terbaru siti fazurina, siti fazurina kawin lari, gambar hot siti fazurina,

Gambar Nakal Emma Maembong

4 comments


Hari ini Admin nak kongsikan dengan korang gambar terbaru Emma Maembong yang sangat comel dan nakal yang dikongsi beliau di dalam fanpagenya.



Emma Maembong baju, Emma Maembong bilik, Emma Maembong katil, Emma Maembong tubuh, Emma Maembong video, Emma Maembong 2013, gambar Emma Maembong, gambar nakal Emma Maembong, Emma Maembong cantik, Emma Maembong manis, Emma Maembong sweet, Emma Maembong tak make up

Hot! Siti Fazurina Kahwin Lari, Keluarga Kesal

1 comments



Siti Fazurina pelakon drama bersiri Trilogi Cinta dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal tanpa pengetahuan keluarganya.

Siti Fazurina Mohd Famir dan Haikal bernikah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

"Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita.

"Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya,"

Hot! Chef Riz dan Ana Dahlia bercerai

1 comments



Chef Riz dan Ana Dahlia bercerai, inilah berita yang diterima apabila Chef Riz dan Ana Dahlia bercerai secara rasmi dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang  Selangor pada 10 Disember lalu.

Penceraian ini dikatakan berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka berdua selain perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan yang turut menjadi penyebab perpisahan ini.

Dazrin Kamarudin diugut Kerana Watak Johan

4 comments




Dazrin Kamarudin kini berasa bimbang untuk keluar rumah selepas beberapa kali menerima ugutan peminat yang berasa geram dengan karakter lakonannya sebagai Johan dalam drama bersiri popular Adam & Hawa.

Menurut Dazrin, 24, terdapat segelintir peminat menghantar mesej berbaur ancaman di Twitter yang mencederakannya kerana mereka terpengaruh dengan karakter lakonannya dalam drama yang kini disiarkan di Astro Mustika HD (saluran 134) itu.

“Saya akui fenomena drama itu luar biasa. Jika sebelum ini Nadiya Nisaa menerima pelbagai rungutan dan kemarahan peminat kerana wataknya kini giliran saya pula.

“Drama itu membuatkan saya takut dan bimbang untuk keluar rumah sekarang. Ada (peminat) yang hantar mesej di Twitter mahu mencederakan saya kerana mereka marah dengan watak Johan dalam drama itu,” katanya ketika ditemui mStar Online di sini.

Tambah Dazrin, dia turut berhadapan dengan masalah apabila kereta Mitsubishi 2.0 GT Lancer yang disediakan untuknya dalam drama itu mahu dirosakkan oleh peminat ketika ia di parkir di tempat awam.

“Bayangkan, kereta Mitsubishi putih yang digunakan Johan dalam drama itu pun turut terkena tempiasnya. Ada peminat yang ternampak kereta itu di luar menghantar mesej ugutan untuk mengetuk dan rosakkan kereta itu.

“Saya jadi gelabah juga kerana ia bukan kereta saya, sebaliknya kereta prop untuk penggambaran sahaja,” kongsinya dalam nada ketawa.

Namun, ujar Dazrin, dia bersyukur kerana impak drama arahan Mohd Feroz Kader itu turut melonjakkan populariti dirinya yang masih hijau dalam bidang seni lakon tanah air.

“Pelbagai komen dan kritikan saya terima mengenai lakonan dalam drama itu. Saya ambil semua pandangan itu bagi meningkatkan kualiti lakonan kerana saya masih baru.

“Walaupun tekanan sebagai pelakon makin dirasai, saya gembira dan bersyukur kerana perhatian sebegitu membuktikan khalayak mula menyedari kehadiran saya,” jelasnya yang turut mengacarakan program in Trend di TV2.

Drama 80 episod yang turut dibintangi antaranya Aaron Aziz, Nadiya Nisaa dan Elfaeza Ul Haq itu sedang disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam di Astro Mustika HD.

Shila Amzah dilamar Sharnaaz jadi isteri

6 comments



Shila mengesahkan bahawa Sharnaaz telah pun melamarnya untuk dijadikan isteri. Perkara itu telah disahkan Shila sendiri dalam Twitter miliknya yang dimuat naik kira-kira pukul 7.30 malam Isnin tetapi telah dipadamkan tidak lama kemudian.


Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen terbaharu itu tidak kesampaian apabila pasangan tersebut tidak menjawab panggilan telefon.

Biodata dan Profile Nad Zainal

13 comments


Kenali pelakon muda yang sedang meningkat naik ini iaitu Nad Zainal yang kini sudah berlakon dalam drama Bukan Bidadari dan Putera Rayyan di saluran TV3.

Biodata Profile Nad Zainal (Pelakon Bukan Bidadari dan Putera Rayyan)

Nama Penuh : Farah Nadia Binti Zainal Abidin
Nama Komersial: Nad Zainal, Nadia Zainal
Tempat Lahir : Kajang,Selangor
Pendidikan: Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Kerjaya : Pelakon Drama, Iklan dan Teater
Drama: Sunsilk Impian, Bloggerboy 2 (2008), Apa Dosaku : Sybil Kathigasu (2009), Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin dan kisah futuristik, Rafik (2010), Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales, Memberku Hawa, Bukan Bidadari, Putera Rayyan
Filem: Jidin Sengal, Kami Histeria
Teater: Muzikal Tun Abdul Razak (2009), Tanda,  Makyong Sindo
Iklan: SimplySity dan Simple 5
Facebook Nad Zainal: http://www.facebook.com/nadzainal



Irwansyah bersedia jadi bapa

1 comments



Irwansyah dan Zaskia Sungkar mengumumkan bahawa mereka sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa pada tahun 2013 ini.

Irwansyah memberitahu yang dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa dan berharap akan dikurniakan anak pada tahun hadapan.

Nelydia Senrose Belum berpunya

3 comments




Nelydia Senrose pelakon muda yang kini sibuk dengan jadual kuliah dan juga jadual lakonannya. Difahamkan Nelydia Senrose masih belum memiliki kekasih atas sebab komitmen lakonan membataskan dirinya untuk mengenali teman istimewa.

“Saya belum ada kekasih kerana setiap hari saya akan sibuk dengan pengajian dan hanya berjumpa dengan rakan-rakan kuliah sahaja.

“Ketika cuti semester pula waktu saya terisi dengan jadual penggambaran. Saya hanya bergaul dengan para pelakon dan krew di lokasi dari siang sampai ke malam jadi masa bila hendak berkenalan dengan orang-orang lain?

“Lagi pun, saya masih terlalu muda untuk memikirkan mengenai teman istimewa,” katanya yang sedang menuntut di peringkat ijazah dalam jurusan Psikologi di Segi College.

Keena Mentor cuba melebarkan sayap kariernya ke Dubai

2 comments



Keena Mentor kini cuba melebarkan sayap kariernya ke Dubai kerana ia berasa kecewa kerana penyanyi baru sepertinya tidak mendapat peluang dalam industri hiburan tempatan terutamanya daripada pihak yang menganjurkan sesebuah acara persembahan.

"Sudah tiga tahun saya berada dalam industri tetapi tiada perkembangan yang positif.

"Mana tidaknya, penyanyi baru sekarang susah nak dapat tawaran membuat persembahan nyanyian kerana pihak penganjur lebih senang menggunakan khidmat penyanyi yang sedia ada," katanya.

Keena kini bakal mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman popular di negara ini tidak lama lagi serta akan bekerjasama dengan penyanyi dari Kanada untuk berduet dalam sebuah lagu baru.

Tambah Keena, keadaan itu juga membuatkan dia mengambil langkah baru dengan mencari peluang memperkenalkan bakat di negara luar.

Gambar Bayi Lelaki Krisdayanti

1 comments



Gambar Bayi Lelaki Krisdayanti Anak Kedua - Penyanyi Krisdayanti telah selamat melahirkan bayi lelakinya awal pagi tadi jam 9.00 pagi di hospital RS. Mitra Kemayoran, Jakarta Pusat.

Krisdayanti telah melahirkan bayi lelakinya yang seberat 3.6 kilogram secara pembedahan selepas di masukkan ke bilik bersalin pada pukul 8.45 pagi.



Krisdayanti dan Raul Lemos telah menamakan putera mereka iaitu Kellen Alexander Lemos.

Majlis Nikah Liyana Jasmay Ditunda

Jom! comments


Majlis Nikah pelakon Liyana Jasmay dan tunangnya terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. Walaupun sebelum ini Liyana Jasmaydan tunangnya telah mengesahkan pernikahan mereka adalah pada 24 Januari 2012, tetapi ia terpaksa ditunda pada 2 Februari 2013.

Semasa akand nikah nanti, Liyana Jasmay dan tunangnya akan melangsungkan majlis mereka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC,” ujarnya.

Hot! Veteran Datuk Yahya Sulung dan Isteri Diarahkan Keluar Rumah

Jom! comments




Pelakon veteran Datuk Yahya Sulung dan isteri diarahkan mengosongkan rumahnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akibat kegagalan menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Keperitan pelakon veteran kita ini dan fikiran mereka semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya.

Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.

Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.

Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.


sumber Mstar

Hot! Farid Kamil berdepan Hukuman Penjara

4 comments


Farid Kamil Berdepan Hukuman Penjara 2 tahun - Berita ini telah tersebar beberapa hari lepas atas tindakan Farid kamil mengenakan pakaian tentera tanpa persetujuan atau kebenaran pihak tentera.

Kini pihak tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera.



Kesalahan ini atas Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera.


Che Lah MasterChef Musim 2 Nak Berlakon

2 comments



Bekas peserta peserta MasterChef Malaysia 2 iaitu Che Lah ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan sekiranya mempunyai peluang.

Hasrat Che Lah bukan semata-mata untuk mengejar populariti sebaliknya gemar mencuba pelbagai bidang bagi mengutip pengalaman.

"Sebelum ini Che Lah terlibat dalam dunia perniagaan produk kecantikan dan tidak pernah terfikir untuk memasuki pertandingan MasterChef sehingga menjadi enam peserta terbaik.

"Jadi rasanya tidak salah untuk Che Lah mencuba bidang lain seperti lakonan atau pengacaraan jika ada yang ingin memberi peluang itu," katanya.

Ainan Tasneem bakat dalam Nyanyian

4 comments




Ainan Tasneem setelah mula memperkenalkan bakat nyanyiannya menerusi laman sosial Facebook dan Youtube, penyanyi Ainan Tasneem tidak pernah menyangka dirinya kini sudah memiliki karier nyanyian yang tersendiri.



Hanya bermula dengan sekadar suka-suka, akhirnya lagu yang dicipta Aku Suka Dia telah berjaya menarik perhatian peminat muzik tempatan sehingga nama dan lagunya menjadi topik perbualan hangat di dalam industri.

Setelah single pertama yang dicipta berjaya mencuri tumpuan pendengar sehingga sambutan yang diterima berada di luar jangkaannya, kini Ainan terus mengembangkan bakat dalam bidang muzik dengan lagu terbarunya berjudul Kamu Sahaja.

Afdlin Shauki bersama rombongan Nyaris di Bom F16

2 comments


Sedia maklum Afdlin Shauki dan rombongan mereka yang pergi ke Gaza untuk membantu dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin disana diikuti dengan penuh teliti oleh rakan wartawan di Malaysia.

Kisah terbaru disana agak  mencemaskan apabila kenderaan rombongan Afdlin Shauki di Gaza  hampir-hampir di bom oleh sebuah jet pejuang Israel iaitu F16.

“Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu Afdlin sempat memberikan komen beliau mengenai kehidupan orang Islam disana.

“Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.

“Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.

“Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil,” katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.

“Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.


“Rasa macam tak nak balik. Kanak-kanak itu mahu kami datang setiap hari untuk mengajar mereka,” tuturnya.

Sumber Forblogger.net

Kad Jemputan Kahwin Khairul Fahmi dan Leuniey

6 comments



Walaupun sibuk memberikan fokus dan tumpuan terhadap perlawanan Piala AFF Suzuki 2012. Khairul Fahmi Che Mat tetap berhasrat untuk menghantar kad jemputan secara peribadi apabila dia tamat dengan perjuangan Piala AFF Suzuki nanti.


"Ketika ini, kad jemputan sudah pun mula dihantar oleh Leuniey dan keluarga saya. Untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, pengurus saya yang menguruskan segalanya. Namun, Insya-Allah, saya akan meluangkan masa seketika untuk menghantar sendiri kad jemputan saya kepada jemputan istimewa," katanya.

Meneruskan penjelasan, Apex rasa bersyukur kerana kad yang direka LH Creative Concept ini memenuhi citarasa dia dengan Leuniey.

"Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, hanya pihak tertentu saja yang bakal dijemput untuk majlis resepsi yang bakal diadakan di The Royale Bintang Hotel, Damansara pada 13 Januari depan.

"Bagi peminat yang ingin menghadirkan diri ke majlis resepsi ini, anda semua boleh mengikuti kempen peraduan yang dianjurkan oleh murai.com.my dan radio Era FM.

"THR Gegar pula akan memberikan jemputan eksklusif di Hotel Renaissance, Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember 2012," jelasnya.

Apa yang pasti, pihak yang menerima kad jemputan majlis resepsi di Kuala Lumpur perlu membuat RSVP kepada pengurus peribadi Apex sebelum 1 Januari 2013.

Vince Merasai diri sudah Matang

2 comments



Kematangan diri Vince baru sahaja dapat dirasai dirinya selepas lapan tahun menjalani karier seni muzik tanah air sejurus selepas menjuarai pertandingan realiti popular Akademi Fantasia musim pertama.

Vince berkata, kematangannya itu dapat dilihat daripada segi karakternya sendiri, penyampaian persembahan nyanyian dan perkembangan ilmu muzik yang diperoleh.

"Saya percaya setiap orang mempunyai jangka masa tertentu untuk menjadi matang. Begitu juga dengan saya, mungkin agak lewat sedikit, tetapi sepanjang lapan tahun bergelar insan seni, saya berasa lebih matang daripada biasa.

"Dalam erti kata lain, sekarang ini saya berani bersuara memberikan pendapat dan idea serta mempunyai keyakinan diri yang lebih.

"Apa yang penting saya dapat rasakan pengalaman muzik saya sudah berada di satu tahap baru di mana saya faham tentang kekuatan dan kelemahan vokal diri," katanya yang ditemui di Bangsar Village, di sini, petang Jumaat.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net