Penternak lembu dirompak

Perompak larikan 19 lembu
Perompak larikan 19 lembu

Penternak lembu dirompak - Seorang penternak lembu, Kamarulzaman Budin, 54 kerugian RM60,000 apabila empat penyamun bersenjatakan parang memecah masuk ladang ternakannya sebelum melarikan 19 lembu di Kampung Pedas, jam 1 pagi tadi.

Selain haiwan ternakan, keempat empat penyamun itu turut melarikan barang kemas bernilai RM3,000, wang tunai RM750 dan empat telefon bimbit milik penjaga kandang terbabit dikenali sebagai Robe Iskandar yang juga warga Indonesia.

Dalam kejadian itu, Robe bersama isterinya Evi Mansor, 25, sedang tidur di sebuah rumah di ladang itu sebelum didatangi penjenayah yang bertindak mengikatnya serta isteri.
Ranking: 5
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net