Powered by Jasper Roberts - Blog

Linda Hashim dan Beego Sudah Bertunang



Berita yang diterima mengatakan bahawa Linda Hashim dan Beego Sudah Bertunang pada 3 November lalu.

Bagaimanapun, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 28, berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu demi menghormati permintaan keluarganya.

"Benar saya dan Beego sudah bertunang pada awal bulan lalu (3 November) di rumah keluarga saya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

"Tapi saya minta maaf tidak dapat bercerita lebih lanjut kerana keluarga tidak mahu saya kecoh-kecoh buat masa ini," katanya ketikadihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Desas-desus pertunangan dua pelakon itu dipaparkan pada sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

Menurut laporan tersebut, pada majlis pertunangan tertutup itu Beego memberikan sebentuk cincin, kek dan buah-buahan sebagai hantaran.

Difahamkan juga, Linda bakal menerima wang hantaran sebanyak RM25,000 pada majlis perkahwinan yang didakwa bakal berlangsung pada Mac 2013.


Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net