Hot! Shila Amzah meminta maaf cium tangan Sharnaaz Ahmad


Shila Amzah meminta maaf kepada semua peminatnya kerana tindakannya mencium tangan kekasihnya Sharnaaz Ahmad secara spontan ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19.
"Saya ingin meminta maaf atas kesalahan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berada di samping orang yang saya sayang.
"Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya.
Tambah pula Shila juga ingin menjelaskan kepada mana-mana pihak tentang ucapannya yang pertama kali memenangi anugerah di negara ini.
"Apabila saya kata tak pernah menang apa-apa dalam negara sendiri, itu bermaksud tentang karier solo saya.
"Memang saya ada menang anugerah tapi ia menerusi 3 Suara bersama-sama dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan tersebut.
"Saya harap tidak ada lagi yang salah faham dengan kenyataan tersebut," katanya.
Ranking: 5

Comment: 1

19 November, 2012 11:49

bagus la dia,,, tak dinafikan kadang2 kita terbuat benda yang kita tak nak buat sebnarnya,, tiba2 anggota kita ni buat,, rasa bersalah menerkam jiwa,, :(

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net