Powered by Jasper Roberts - Blog

Hot! Nora Danish ciri-ciri wanita idaman Anuar Zain


Anuar Zain mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri. Anuar mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.

"Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut.
"Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora," kata Anuar.

Penyanyi itu ditemui pada pelancaran klip video lagu Ajari Aku di White Box, Publika dekat sini, petang Isnin.

Bagaimanapun, tambah Anuar, perhubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku yang turut menampilkan pelakon Datuk Rahim Razali.

Ditanya, pernah atau tidak dia terfikir untuk mengenali Nora dengan lebih dekat, Anuar memberitahu tidak memikirkan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan ibu beranak satu itu.

"Walaupun Nora mempunyai ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tetapi ia belum sampai ke tahap untuk saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing dengan hal peribadi sendiri," tuturnya.

Ranking: 5

Comments:3

21 November, 2012 02:22

Alaaa..sume laki suka kat Nora Danish..cair..huhuhu..

21 November, 2012 09:52

Memang ramai betul yang tertarik dengan nora danish nie.

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net