Ganjaran Lebih RM1 Juta Untuk Kelantan.
Skuad bola sepak Kelantan menerima ganjaran wang tunai RM1.075 juta atas kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super dua tahun berturut-turut.
Skuad The Red Warriors menerima habuan sebanyak RM750,000 atas kejayaan menjuarai Liga Super musim ini dan turut menerima insentif Liga Malaysia 2012 sebanyak RM325,024.
Ganjaran wang tunai tersebut disampaikan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin kepada pengurus bola sepak Kelantan Azman Ibrahim.
“Ini hasil kerja keras pasukan Kelantan. Kafa (Persatuan Bola Sepak Kelantan) akan mengadakan mesyuarat untuk mengagih-agihkan wang ganjaran ini kepada pemain dan kita akan pastikan Kelantan terus mengecap kejayaan.
“Selepas ini sasaran kita adalah untuk membawa balik Piala Malaysia yang akan berlangsung pada September depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang tunai dan insentif Liga Malaysia 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.
FAM turut menyampaikan habuan kepada juara Liga Perdana musim ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak RM300,000; juara Piala Presiden, Perak RM100,000; juara Liga FAM, Kuala Lumpur SPA RM60,000.
Sementara itu, penyerang import sensasi Terengganu dan Negeri Sembilan, Francis Forkey Doe dan Emmanuel Effa Owona masing-masing dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini apabila berkongsi jaringan dengan meledak 15 gol.
Penyerang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Khairul Izuan Abdullah yang menjaringkan 27 gol, muncul pemenang bagi kategori penjaring terbanyak dalam aksi Liga Perdana.- Bernama
kelantan fc, bola sepak kelantan, pasukan kelantan, kelantan 2012, logo kelantan, lambang kelantan, gol kelantan, pemain kelntan, pemain baru kelantan, kejayaan kelantan, kecek kelate, khairul fahmi kelantan, jadual pasukan kelantan, kelantan vs qpr, Skuad The Red Warriors vs
Comments:2
go go kelantan...
minat sangat dengan kelantan,cara permainan die orang nampak menarik
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^