Powered by Jasper Roberts - Blog

Merokok membatalkan puasa



Merokok membatalkan puasa

Berhubung sebab mengapa merokok membatalkan puasa, ini kerana rokok mengandungi partikel yang sampai ke perut. Merokok adalah haram, maka tidak dinafikan lagi ia juga dilarang ketika berpuasa.



Syaikh Ibn Uthaymin pernah ditanya mengenai orang berpuasa yang menghidu wangian perfum.
Katanya;
“Adalah dibenarkan untuk menggunakan dan menghidu wangian perfum semasa siang Ramadan, kecuali asap kemeyan (atau gaharu). Asap kemeyan dan gaharu ini mengandungi partikel yang sampai ke perut, iaitu dari asapnya.”
(Fatawa Islamiyyah, 2/128)

Menghisap rokok seperti juga menghidu asap kemeyan dan gaharu, kerana kedua-duanya mengandungi partikel-partikel. Namun kedua-duanya berbeza dalam hukum asasnya menghidu kemeyan adalah halal dan baik, sedangkan merokok haram dan mendatangkan keburukan.

Bersempena kehadiran Ramadan ini diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok.
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net