Powered by Jasper Roberts - Blog

Hukum bermain mercun


Hukum bermain mercun 


Mercun secara umumnya ia digunakan semasa pesta ataupun perayaan seperti Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Vietnam semasa pesta Tet terutama pada tengah malam Giao Thua iaitu Malam Tahun Baru.

Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Namun, di Malaysia ia sudah menjadi sebahagian permainan yang dimain oleh umat Islam.


Islam tidak melarang permainan mercun. Mercun boleh digunakan pada sambutan tertentu yang dikawal rapi aspek keselamatannya serta dimainkan di kawasan yang tidak mengganggu orang awam.

Namun, bagaimana pula dengan kes membabitkan orang awam. Apakah undang-undang tidak mampu mengekang salah laku permainan mercun ini. Maka dengan itu aspek hukum dan keagamaan perlu mengambil tempat dalam menyelesaikan masalah mercun.

Rasulullah SAW adalah model dan contoh terbaik. Baginda sentiasa mengambil berat akhlak kanak-kanak. Baginda juga tidak menghalang kanak-kanak bermain dan memiliki alat permainan.

Malah, Baginda amat bertoleransi dengan kanak-kanak dalam banyak aspek. Contohnya, walaupun Nabi SAW amat tegas dalam hal menyimpan patung berupa benda hidup, apabila bersangkutan kehendak kanak-kanak maka Nabi SAW membenarkannya.

Cucu Baginda sendiri, Husain bin Ali sewaktu kecil memiliki patung anjing kecil. Begitu juga anak Abu Thalhah iaitu Abu Umair yang memiliki burung sebagai teman bermain. Sama seperti isterinya sendiri iaitu Aisyah turut dibenarkan bermain patung.

Ini bermaksud, dalam kes berinteraksi, Nabi SAW memahami kehendak kanak-kanak yang sukakan permainan. Walaupun dari sudut asalnya, Nabi SAW mengerti meletakkan patung di rumah sebagai hiasan boleh menghalang malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.

Sebab itu Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulum ad-Din amat bertegas supaya diberikan mainan kepada kanak-kanak. Katanya: “Mencegah anak daripada permainan dan memaksanya terus belajar akan mematikan hatinya, menghilangkan kecerdasan dan menyempitkan hidupnya.”

Kanak-kanak sinonim dengan permainan. Menghalang mereka bermain boleh melambatkan proses kecerdasan mereka.
Bagaimanapun, permainan yang dibenarkan Nabi SAW terbatas kepada beberapa kaedah hukum tersendiri. Ia berkait rapat dengan halal dan haram alat permainan. Jika baik, ia dihalalkan Nabi SAW.

Bagaimana pula jika ia diharamkan. Sudah pasti tanggungjawab itu jatuh kepada kedua-dua ibu bapa mereka dalam mengawal anak.

Walaupun anak masih kecil, ibu bapa dilarang mengajar anak melakukan kemungkaran. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memberi minum anak kecil dengan sesuatu yang tidak diketahui halal dan haram, maka Allah berhak memberinya minum dari kotoran dan nanah ahli neraka.” (Sahihul Jami’)

Jelas kedengaran saban hari pada Ramadan setiap tahun, pasti ada mangsa baru mercun. Berapa ramai kanak-kanak yang putus jari, buta mata dan ada juga mati disebabkan mercun bertindak sebagai bom secara tidak langsung.

Menjadi prinsip penting dalam Islam bahawa sebarang perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain adalah satu dosa serta diharamkan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (harta benda kamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Hak sesama jiran juga perlu dipelihara. Boleh jadi ada jiran yang sakit dan uzur. Boleh jadi ada anak kecil sedang tidur di rumah. Tindakan bermain mercun sudah pasti mengganggu jiran.

Permainan mercun yang mengganggu ketenteraman jiran memperlihatkan nilai kejiranan sudah terhakis, sekali gus berlawanan dengan sabda Rasul yang melarang kita menyakiti jiran sekeliling. Diriwayatkan Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya.”

Islam bukan agama yang menghalang penganutnya berseronok tetapi Islam meraikan kehidupan manusia. Apa guna keseronokan jika ia mendatangkan kemarahan kepada satu pihak yang lain.

Hukum bermain mercun, akibat bermain mercun, mercun 2012, mercun bahaya, mercun bola, main mercun bola, bahaya membakar mercun, bahaya main mercun, bahaya guna mercun, bahaya beli mercun, bahaya letupan mercun, padah bermain mercun
Ranking: 5

Comment: 1

azlan
30 July, 2012 08:24

Aku raya tak main mercun. main bunga api je...

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net