Powered by Jasper Roberts - Blog

Tips Supaya Mudah Bangun Sahur



Tips Supaya Mudah Bangun Sahur

Di ruangan ini koz akan kongsikan beberapa tips untuk kegunaan anda yang menghadapi masalah selalu terlepas waktu sahur.



1) Disiplinkan waktu tidur kamu. Sekiranya kamu
tidur lewat, badan kamu akan terasa letih dan tidak
bermaya. Jadi sukar untuk kamu bangun awal. Oleh itu,
pastikan tempoh tidur kamu mencukupi agar badan kamu
terasa segar.

2) Amalkan mengunci jam loceng awal setengah jam daripada
waktu bersahur. Takut-takut manalah tahu, kamu tertidur semula.
Jika kamu tersedar, kamu tidak perlu risau kerana kamu
masih mempunyai waktu yang selebihnya.

3) Cuba elakkan daripada terlebih aktif di siang hari
kerana, apabila badan mengambil masa yang
lama untuk untuk ''recharge'' semula badan kamu di
waktu malam. Ia akan menyebabkan kamu sukar
untuk bangun sahur.

4) Jangan bergantung pada satu jam loceng
kunci jam di telefon bimbit kamu juga. Bak
kata orang ada ‘backup plan’. Ataupun, cuba
kamu kuncikan beberapa jam loceng yang ada
dan pastikan setiap jam yang di kunci itu bezanya
5 minit. Kamu akan dapat hasilnya.

5) Sebelum tidur, elakkan daripada makan
makanan yang terlalu mengenyangkan perut.
Maklumlah, tidur dalam keadaan yang terlalu
kenyang nikmat rasanya. Takut-takut pula terlajak
waktu.

6) Pasang niat untuk bangun bersahur pada masa
yang ditetapkan. Selalunya jika kamu berniat pada
waktu malam, insyAllah, kamu akan terjaga dengan
sendirinya nanti.

7) Minta bantuan ahli keluarga kamu untuk
mengejutkan kamu juga. Jadi tidaklah
kamu terlepas untuk bersahur.

8) Elakkan tidur berselimut. Kerana, ia
akan membuatkan kamu selesa di tempat
tidur dan terlena dibuai mimpi.
Ranking: 5

Comments:2

25 July, 2012 09:34

thanks utk perkongsian, mohon share

17 January, 2013 13:27

thanks utk perkongsian, mohon share 25 July, 2012 09:34 ---

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net