Powered by Jasper Roberts - Blog

Software buat Grafik Design

6 comments

Software buat Grafik Design
Salam semua, bila korang lihat sahaja paparan gambar diatas pasti ada yang sudah tahu Software apa yang kozumi gunakan bagi mereka bentuk design. Yang tidak tahu tu cer tanya pada yang dah tahu hahaha kalau bolehlahkan.

reka watak kartun
Okey sebenarkan inilah Software yang kozumi sentiasa gunakan sejak berjinak-jinak dalam aliran grafik ini. Dulu-dulu mana first time belajar guna photosop ini, kozumi tidak tahu pulak kelebihan Software ini sebab dulu-dulu suka sangat melukis watak kartun menggunakan Software ini contoh seperti gambar robot di atas.

Sekali rupa-rupanya sofware ini boleh melakukkan lebih dari jangkaan dengan dapat mereka bentuk, edit gambar dan sebagainya. Biasalahkan, bukannya mudah nak menguasai sesuatu Software ini. Tak bergurulah katakan hihi...bukannya pernah masuk mana-mana kelas pun, semua ini kena belajar sendiri.

Software yang kozumi maksudkan adalah Adobe Photoshop, memang best guna Software ini, kalau tidak percaya cubalah.

Raja Syahiran Britain's Got Talent

2 comments



Raja Syahiran Britain's Got Talent - Salam semua alhamdulillah tahap kesihatan kembali pulih. Sebentar tadi kozumi ada blogwalking ke blog-blog rakan-rakan dan terjumpa satu artikel yang menggagumkan dimana seorang rakyat malaysia telah berjaya mengukir namanya di sebuah siaran yang sangat di minati ramai iaitu Britain's Got Talent. 

Dimana Raja Syahiran pemuda yang berasal dari Subang Jaya itu berjaya melayakkan diri pusingan pertama program itu dengan berbekalkan kebolehan meniru mimik suara "Chipmunk" dan kemampuan menghasilkan bunyi 'beat box'.

Kalau ikutkan bukan calang-calang peserta yang boleh masuk ke peringkat seterusnya di dalam Britain's Got Talent, hanya yang terbaik yang dipilih dan disitulah kita boleh menilai bahawa Raja Syahiran ini seorang individu yang sangat berbakat besar.

Apa-apa pun duakan yang terbaik semoga Raja Syahiran akan terus memberi persembahan yang terbaik dan memukau untuk berjaya melayakkan diri menjadi peserta akhir program itu yang bakal bersiaran Januari depan.

Video Raja Syahiran Britain's Got Talent

Aku Seorang Designer Freelancer

8 comments

Aku Seorang Designer Freelancer

Aku Seorang Designer Freelancer - Salam semua, hari ini kozumi kurang sihat mungkin sebab kepenatan kurang rehat. Doakan kesihatan kozumi kembali pulih ya, mekasih..Amin..amin...

Okey berbalik pada tajuk di atas "Aku Seorang Designer Freelancer " itulah status kozumi sekarang ini setelah keputusan ini di ambil kozumi sendiri beberapa tahun lepas. Sebelum kozumi mengambil keputusan ini, kozumi adalah seorang Animator iaitu seorang yang melaksanakan tugas untuk menghasilkan cerita-cerita kartun dalam bentuk Animasi 2D.

Banyak cerita kartun yang telah kozumi hasilkan semenjak bergelar animator di beberapa buah studio di dalam malaysia ini. Rindu juga  untuk aktif semuala dalam bidang ini, tapi apakan daya sewaktu kozumi berkerja dalam bidang ini, keadaan ekonomi beberapa studio dalam Malaysia ini agak goyang.

Kozumi memilih kerja sebagai Designer ini pun atas dasar minat yang semakin hari semakin mendalam semenjak mula aktif berblog dahulu. Skill design kozumi pada masa itu masih lagi tahap bayi yang baru mula merangkak, comel je dengarkan hahaha.

Kini semakin hari kozumi dapat rasakan peningkatan dalam kualiti design kozumi, Alhamdulillah. Bekerja dalam keadaan tidak terikat pada mana-mana syarikat nampaknya dapat menenangkan minda kozumi kerana jadual dan waktu kerja kozumi adalah mengikut jadual sendiri. Jadi tiadalah masalah untuk kejar masa untuk bangun ke tempat kerja dan sepanjang 8jam terperap di dalam opis untuk siapkan kerja seperti zaman-zaman kerja sebagai animator dahulu.

Masa untuk berehat pun panjang juga,mengikut pada jadual tempahan jugalah, kalau banyak tempahan masuk jadi kozumi kenalah buat jadual. Kalau tiada jadual memang tak siaplah kerja, kalau tak siap kerja tiadalah pendapatan.

Kalau dari segi pendapatan seorang Designer Freelancer pula, ikut pada jumlah kemasukkan tempahan design, kalau banyak masuk banyaklah dapat, kalau sikit maknanya kene pasang strategi untuk upkan kembali pendapatan (ada caranya, ikut kretiviti sendiri).


Bagi seorang Designer Freelancer , haruslah memilki 1 lubuk untuk mendapat income tetap setiap bulan seperti mempromosi diri sendiri kepada mana-mana syarikat yang bersesuaian untuk menjadi designer tetap untuk melaksanakan bahan-bahan designer untuk kegunaan syarikat berkenaan.

Dengan cara ini kita bolehlah ikat kontrek mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak. Bila dah dapat tu kenalah sentiasa peka dan serius dengan tanggungjawap kita sebagai seorang designer dalam syarikat itu.


Mungkin ini sahaja yang dapat kozumi kongsikan kepada tatapan pengunjung blog kozumi ini, insyallah ada masa terluang nantikanlah perkongsian artikel kozumi selanjutnya.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net