Powered by Jasper Roberts - Blog

Denaihati "Hidupkan Untuk memberi"

29 comments

Denaihati

Salam semua,hari ini koz akan review tentang Blog Terkenal iaitu Denaihati yang merupakan salah satu blogger top 5 terbaik di dalam Malaysia. Blog Denaihati ini kini merupakan top 5 blog Malaysia yang mengikut Alexa Ranking, memiliki Pagerank tahap 4 dan memiliki jumlah trafik yang meningkat setiap bulan.

Dengan tema "Hidupkan Untuk memberi" merupakan tagline yang digunakan pemilik blog Denaihati ini yang selalu menghasilkan atau menganjurkan sesebuah contest dan seminar yang dapat memberi manfaat sesama blogger-blogger yang lain dan tawaran hadiah pada setiap contest yang dianjurkan amatlah terbaik dengan gabungan beberapa penaja.Perkongsian setiap artikel blog ini juga penuh dengan info semasa, gadjet, sukan, perjalanan hidup, kebajikkan dan sebagainya untuk santapan setiap pembacaan dan pengunjung setia blog ini.

Antara Aktiviti yang biasa Denaihati lakukan bagi memeriahkan dunia Blogger ini adalah:-

  • Contest yang berterusan @ Contest
  • Insentif tunai untuk setiap backlinks @ Insentif tunai 
  • Program Loyalty Rewards @ Denaihati Loyalty Rewards 
  • Rakan Niaga @ eQurban.com 
  • Rakan Niaga Al-Ansar Properties @ Al-Ansar Properties
  • Seminar Sepetang bersama Blogger
  • Seminar Buat Duit Dengan Blog


Koz mula mengenali blog Denaihati ini sewaktu 3 tahun lepas sebulan selepas koz mula belajar berblog dan pada masa itu banyak juga tip-tip yang dapat koz pelajari melalui blog Denaihati ini. Pada tahun lepas di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 yang merupakan kali pertama koz dapat berjumpa dengan pemilik blog Denaihati ini. Sikapnya yang ramah dan setiasa merendah diri merupakan kunci yang ada pada pemilik blog Denaihati ini yang sentiasa menjadi kata pujian dari rakan-rakan blogger lain termasuk koz sendiri.

Info terbaru, kini Denaihati akan menganjurkan satu lagi event yang akan di adakan pada 19 Mei 2013 ini iaitu "Seminar Buat Duit dengan Blog". Lokasi seminar ini adalah di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 8.30 am – 1.30 pm. Bagi yang berminat turut serta dalam Seminar ini, yuran penyertaan adalah RM50 sehingga 5/5/2013. Selepas tarikh 5/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.


Seminar anjuran Denaihati ini akan menampilkan beberapa orang blogger yang berjaya menjana pendapatan hanya dengan melalui blog. Di seminar ini nanti korang akan berpeluang untuk mendengar pengalaman para blogger ini cara bagaimana mereka menjana pendapatan dengan teknik mereka yang berbeza-beza. Jangan lepaskan peluangan ini dan segala maklumat berkenaan seminar ini boleh lihat di Seminar buat duit dengan blog.

Tempahan Design Facebook Cover Mawardahmerah

9 comments


Salam semua, hari ini koz akan pamirkan hasil tempahan Facebook Cover yang ditempahan oleh seorang pemilik perniagaan Tudung Borong dan juga Jubah Wanita Muslimah di Facebook.



Kali ini pemilik ini telah menempah 3 Facebook Cover untuk 2 Fanpage perniagaannya dan 1 untuk Personal Akaunnya. Jika nak tahu lebih lanjut tentang perniagaan pemilik ini anda bolehlah ke SINI.

Kepada anda yang ingin menggunakan service design dari kozumi bolehlah ke SINI.

Tempahan Design Template D'Golden Apple

12 comments


Salam semua, kali ini koz akan tunjukkan hasil kerja koz dari tempahan design template blog dari pemik blog D,Golden Apple yang telah memilih Pakej lengkap Template blog.

Blog ini berkenaan jualan kedai tudung online yang mempunyai pelbagai design dan warna sesuai untuk kaum hawa untuk memilih pilihan terbaik untuk dibeli.

Design yang di inginkan agak simple dan warna purple menjadi pilihan untuk koz mereka template yang di inginkan pemilik Blog ini, dan hasilnya seperti di bawah.



Jika korang berminat untuk melihat lebih detail tentang Bisnes blog ini korang bolehlah ke Fanpage @ Blognya.

Jika korang inginkan Service Tempahan Design korang bolehlah PM koz di SINI.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net