Powered by Jasper Roberts - Blog

Tempahan Design Facebook Cover Mawardahmerah

9 comments


Salam semua, hari ini koz akan pamirkan hasil tempahan Facebook Cover yang ditempahan oleh seorang pemilik perniagaan Tudung Borong dan juga Jubah Wanita Muslimah di Facebook.



Kali ini pemilik ini telah menempah 3 Facebook Cover untuk 2 Fanpage perniagaannya dan 1 untuk Personal Akaunnya. Jika nak tahu lebih lanjut tentang perniagaan pemilik ini anda bolehlah ke SINI.

Kepada anda yang ingin menggunakan service design dari kozumi bolehlah ke SINI.

Tempahan Design Template D'Golden Apple

12 comments


Salam semua, kali ini koz akan tunjukkan hasil kerja koz dari tempahan design template blog dari pemik blog D,Golden Apple yang telah memilih Pakej lengkap Template blog.

Blog ini berkenaan jualan kedai tudung online yang mempunyai pelbagai design dan warna sesuai untuk kaum hawa untuk memilih pilihan terbaik untuk dibeli.

Design yang di inginkan agak simple dan warna purple menjadi pilihan untuk koz mereka template yang di inginkan pemilik Blog ini, dan hasilnya seperti di bawah.



Jika korang berminat untuk melihat lebih detail tentang Bisnes blog ini korang bolehlah ke Fanpage @ Blognya.

Jika korang inginkan Service Tempahan Design korang bolehlah PM koz di SINI.

Hidup Berdiri Atas Cinta

7 comments



Tetiba aku terasa nak kongsikan kat korang semua sajak nukilan Dr.MAZA a.k.a Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang aku ambil dari salah sebuah bukunya yang bertajuk "Penawar Duka Pengubat Sengsara"



Jika diukir dengan segala bahasa
cinta itu masih tiada sastera buatnya
Jika dilukis dengan segala warna
cinta itu masih tiada citra baginya

Tidakkah kerana cintakan TUHAN
insan berkorban dan terkorban?
tanpa cinta lenyaplah agama

Tidakkah kerana cintakan anak
ibu lupakan segala kehendak?
tanpa cinta pupuslah manusia

Tidakkah kerana cintakan kekasih
insan sanggup hidup tersisih?
tanpa cinta muramlah suasana

Tidakkah kerana cintakan negara
rakyat sanggup hidup sengsara?
tanpa cinta hapuslah warga

Dari akar mekar rasa cinta
lahirlah jiwa mesra dan manja
dari akar mekar rasa cinta
bahagia dan sengsara menjelma
dari akar mekar rasa cinta
munculnya tawa dan air mata

Cinta itu makhluk TUHAN
penuh keajaiban
penuh kehairanan
penuh kenikmatan
penuh kesakitan
penuh kesyahduan
penuh keharmonian
namun cinta tetap keperluan
tanpa cinta pincanglah alam...





Sepatah kata Iman Hayfa :

Hmm.. cuba dalami sajak berkaitan cinta ni. Mungkin korang akan rasa mesej yang tersirat dalamnya, InsyaAllah. Eh eh korang ! Jom lah singgah blog Iman dan baca the latest update tentang Iman yang dah masuk umur 20 tahun ni. Hehehe ---> Blog Iman




Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net