Powered by Jasper Roberts - Blog

Gambar Hot! Emma Maembong dan Shah Iskandar bercuti

4 comments


Berikut merupakan gambar Emma Maembong dan Shah Iskandar yang dikatakan sedang bercuti untuk menenangkan fikiran masing-masing. Untuk info terkini Shah Iskandar dan Emma Maembong telah menjadi penghias muka depan majalah Yezz! pada November 2012.




Hot! Shila Amzah meminta maaf cium tangan Sharnaaz Ahmad

1 comments


Shila Amzah meminta maaf kepada semua peminatnya kerana tindakannya mencium tangan kekasihnya Sharnaaz Ahmad secara spontan ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19.
"Saya ingin meminta maaf atas kesalahan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berada di samping orang yang saya sayang.
"Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya.
Tambah pula Shila juga ingin menjelaskan kepada mana-mana pihak tentang ucapannya yang pertama kali memenangi anugerah di negara ini.
"Apabila saya kata tak pernah menang apa-apa dalam negara sendiri, itu bermaksud tentang karier solo saya.
"Memang saya ada menang anugerah tapi ia menerusi 3 Suara bersama-sama dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan tersebut.
"Saya harap tidak ada lagi yang salah faham dengan kenyataan tersebut," katanya.

Linda Hashim dan Beego Sudah Bertunang

Jom! comments



Berita yang diterima mengatakan bahawa Linda Hashim dan Beego Sudah Bertunang pada 3 November lalu.

Bagaimanapun, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 28, berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara itu demi menghormati permintaan keluarganya.

"Benar saya dan Beego sudah bertunang pada awal bulan lalu (3 November) di rumah keluarga saya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

"Tapi saya minta maaf tidak dapat bercerita lebih lanjut kerana keluarga tidak mahu saya kecoh-kecoh buat masa ini," katanya ketikadihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Desas-desus pertunangan dua pelakon itu dipaparkan pada sebuah akhbar mingguan pada Ahad.

Menurut laporan tersebut, pada majlis pertunangan tertutup itu Beego memberikan sebentuk cincin, kek dan buah-buahan sebagai hantaran.

Difahamkan juga, Linda bakal menerima wang hantaran sebanyak RM25,000 pada majlis perkahwinan yang didakwa bakal berlangsung pada Mac 2013.


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net