Salam semua,hari ini koz akan review tentang Blog Terkenal iaitu Denaihati yang merupakan salah satu blogger top 5 terbaik di dalam Malaysia. Blog Denaihati ini kini merupakan top 5 blog Malaysia yang mengikut Alexa Ranking, memiliki Pagerank tahap 4 dan memiliki jumlah trafik yang meningkat setiap bulan.
Dengan tema "Hidupkan Untuk memberi" merupakan tagline yang digunakan pemilik blog Denaihati ini yang selalu menghasilkan atau menganjurkan sesebuah contest dan seminar yang dapat memberi manfaat sesama blogger-blogger yang lain dan tawaran hadiah pada setiap contest yang dianjurkan amatlah terbaik dengan gabungan beberapa penaja.Perkongsian setiap artikel blog ini juga penuh dengan info semasa, gadjet, sukan, perjalanan hidup, kebajikkan dan sebagainya untuk santapan setiap pembacaan dan pengunjung setia blog ini.
Antara Aktiviti yang biasa Denaihati lakukan bagi memeriahkan dunia Blogger ini adalah:-
- Contest yang berterusan @ Contest.
- Insentif tunai untuk setiap backlinks @ Insentif tunai
- Program Loyalty Rewards @ Denaihati Loyalty Rewards
- Rakan Niaga @ eQurban.com
- Rakan Niaga Al-Ansar Properties @ Al-Ansar Properties
- Seminar Sepetang bersama Blogger
- Seminar Buat Duit Dengan Blog
Koz mula mengenali blog Denaihati ini sewaktu 3 tahun lepas sebulan selepas koz mula belajar berblog dan pada masa itu banyak juga tip-tip yang dapat koz pelajari melalui blog Denaihati ini. Pada tahun lepas di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 yang merupakan kali pertama koz dapat berjumpa dengan pemilik blog Denaihati ini. Sikapnya yang ramah dan setiasa merendah diri merupakan kunci yang ada pada pemilik blog Denaihati ini yang sentiasa menjadi kata pujian dari rakan-rakan blogger lain termasuk koz sendiri.
Info terbaru, kini Denaihati akan menganjurkan satu lagi event yang akan di adakan pada 19 Mei 2013 ini iaitu "Seminar Buat Duit dengan Blog". Lokasi seminar ini adalah di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 8.30 am – 1.30 pm. Bagi yang berminat turut serta dalam Seminar ini, yuran penyertaan adalah RM50 sehingga 5/5/2013. Selepas tarikh 5/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.