Malau Yang Amat-Amat Sangat

http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png
 Hai all...apa kabar hoho...sudah berapa hari dah koz tak post apa-apa artikel...maap la...koz buzy sikit wat masa ini...hihii...Okey...hari ni koz nak kongsi dengan korang cerita yang berikutnya pula...memang best baca cerita ni sambil kunyah-kunyah keropok(ape yang aku merepek ni hihihi)...Okey korang baca okey...^ ^


Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan yang datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Tab...Tab...Tab...(bunyi tapak selipar)

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"Hello Dato!!, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Yea....Yea....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya lagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan....

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur....

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon"

Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna....

 
Publish Post

Ahak...Ahak...Ahak....(tersedak lak koz kikiki)

Ranking: 5

Comments:2

10 February, 2011 12:55

Huhuuhu..tu la belakon salah tempat..

10 February, 2011 21:58

hahahha

Ya Allah..
bengangnyeee........

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net