Powered by Jasper Roberts - Blog

Pasangan bercumbu lepas buka puasa


Pasangan bercumbu lepas buka puasa

Empat pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh ditahan anggota Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di beberapa lokasi di sekitar Damansara Damai awal pagi, semalam.



Dua pasangan masing-masing berusia 19 tahun yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dicekup ketika sedang bercumbuan di belakang sebuah rumah kedai.

Manakala dua lagi pasangan ditahan di sebuah kawasan gelap di Damansara Prima dekat sini.
Ketika disoal siasat, pasangan pelajar itu mendakwa sedang bercuti dan mengaku sudah menyewa bilik hotel untuk bermalam bersama manakala dua pasang lagi memberi alasan baru pulang selepas berbuka puasa.

Ketua operasi, Adnan Mohd Zin berkata, operasi kali kedua sepanjang Ramadan itu dilakukan bagi membanteras kegiatan maksiat di perumahan itu.
Difahamkan, seramai 30 anggota terlibat dalam operasi cegah maksiat melibatkan kawasan di sekitar hotel bajet.

“Selain remaja, kebanyakan orang luar datang ke sini untuk melakukan maksiat ditambah dengan kewujudan beberapa hotel bajet di sini,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke masjid menaiki van jenayah sebelum diberi tazkirah dan nasihat oleh Imam Masjid Al-Muhtadin, Ustaz Fadil Mohd Nor manakala keluarga pasangan turut dihubungi.

pasangan bercumbu, couple bercumbu, aksi bercumbu, remaja bercumbu



Ranking: 5

Comments:3

Masliha
15 August, 2012 13:49

Mak bapak ajar belajar, die org bikin filem pulak.

15 August, 2012 14:01

Ya Allah ampunkan saya dan ampunkan mereka..

20 January, 2013 14:08

Ya Allah ampunkan saya dan ampunkan mereka.. 15 August, 2012 14:01 ---

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net