Powered by Jasper Roberts - Blog

19 pasangan ditangkap khalwat.



19 pasangan ditangkap khalwat malam Merdeka

Pelbagai taktik lama seperti menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin digunakan oleh pasangan yang diserbu oleh JAIP pada malam Merdeka semalam.


Itulah antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.

“Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi,” katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam.

Kesemua pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.


Ranking: 5

Comments:5

31 August, 2012 19:11

adus2..inikah merdeka???

31 August, 2012 20:07

negara ja yang merdeka tapi rakyat masih dibelenggu dengan benda2 yang tak elok,...

31 August, 2012 20:24

dijajah budaya sekular, begini la jadinya

22 May, 2013 00:17

apa la nak jadi dengan mereka semua ni

22 May, 2013 00:19

@KiNa:semoga negara kita tak akan menjadi tempat sosial

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net