Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Blogger Penipu!!!

2 comments


Blogger Penipu, inilah yang sering diucapkan oleh rakan-rakan kozumi di dalam laman facebook. Pemikiran sebegini terjadi apabila semakin ramai blogger-blogger yang tumbuh bagaikan cendawan apabila mengetahui dengan hanya berblog boleh mendapat income sampingan sama ada secera fulltime atau sebagai hobi sampingan. 

Kenapa sebutan "Blogger Penipu" berlaku? Apakah pandangan korang sebagai blogger yang menjadikan blogger ini sebagai tempat menyebar atau berkongsikan perkara-perkara yang positif tetapi hanya disebabkan sesetengah blogger yang gemar menyebar atau menyalurkan berita-berita palsu kita pula terkena tempiasnya.

Mereka anggap dengan cara ini dapat mengaut keuntungan dan income yang tinggi dengan cara begini dari pihak-pihak periklanan yang menyediakan kemudahan untuk blogger. Terasa bagaikan perkara ini semakin parah bila melihat hasil perkongsian sesetengah blogger ada yang keterlaluan dengan menyebarkan berita-berita yang mengaibkan orang serta tidak menjaga hati dan perasaan pengunjung. 

Haruskah perkara ini dibiarkan sebegitu sahaja? 

Jom hasilkan satu entry dan kongsi di sini (link di commants)bagi membahas perkara yang berlaku ini...!

Kawasan Banjir Di Negeri Johor

2 comments

Kawasan Banjir Di Johor

Kawasan Banjir Di Johor - Jumlah mangsa banjir di negeri Johor terkini meningkat kepada 1,608 daripada 1,592, sehingga kira-kira 11 malam tadi.

Nampaknya Johor pun mengalami peningkatan paras air di beberapa buah kawasan. Jadi kepada mangsa-mangsa banjir dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan.

Terkini dikatakan hampir mangsa banjir adalah daripada 420 keluarga membabitkan 24 pusat pemindahan.

Berikut adalah List Kawasan yang mengalami banjir di Negeri johor serta jumlah mangsa banjir:


  • Di Johor Bahru, 65 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. 
  • Di Kulaijaya, 54 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
  • Di Segamat, 543 mangsa daripada 135 keluarga dipindahkan ke 9 pusat pemindahan.
  • Di Kota Tinggi, 97 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan. 
  • Di Batu Pahat, 420 mangsa daripada 119 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan. 
  • Di Pontian, 401 mangsa dari 107 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan. 
  • Di Ledang, 8 mangsa daripada 2 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan. 
  • Di Kluang, 20 mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan. 


Laluan yang ditutup bagi semua kenderaan adalah Kilometer 11, Jalan Kuala Paya ke Balai Badang, Segamat.

Juru solek Amy Mastura mati dibunuh

4 comments


Jurusolek Amy Mastura iaitu Othman Hassan ditemui mati dibunuh dirumahnya dalam keadaan tertiarap di atas katil dengan tangan dan kaki terikat selain lehernya turut dijerut.

Mayat Othman Hassan Dicky ditemui dalam keadaan mukanya tersembam pada tilam dalam sebuah bilik dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Othman Hassan ditemui oleh abangnya yang datang ke rumahnya selepas diberitahu mangsa gagal dihubungi sejak dua hari lalu.

“Mangsa yang memakai baju-T dan seluar pendek ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya diikat, selain lehernya dijerut. Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk. Oleh itu polis percaya mangsa dibunuh individu dikenalinya,”

Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0

2 comments


Pendaftaran pemohon baru, individu bujang boleh dibuat secara online-
Putrajaya: Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bagi pemohon baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November ini.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yakin pengagihan BR1M kali dapat dilakukan dalam tempoh singkat berbanding BR1M diumumkan tahun lalu yang mengambil masa tujuh bulan.
Dijangka selesai cepat

“Kementerian Kewangan sudah mempunyai data 4.3 juta penerima BR1M yang layak tahun lalu, manakala pengesahan bagi pendaftaran baru bermula 1 November ini dijangka dapat diselesaikan lebih cepat.

“Pengagihan BR1M pertama mengambil lama iaitu Januari hingga Julai kerana babitkan proses pengesahan bagi individu yang benar-benar layak, dan tempoh pendaftaran juga terpaksa dilanjutkan.

“Bagaimanapun, jika pendaftaran kali ini dilakukan pada November dan Disember, termasuk bagi individu bujang yang layak serta pemohon baru yang tidak pernah memohon atau tidak layak sebelum ini, kita tidak perlu melanjutkan tempoh pengagihan BR1M.
“Mungkin ada yang mendaftar selepas pembayaran BR1M 2.0 dilaksanakan awal tahun depan, tapi dijangkakan tidak ramai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lahir pada 1992

Menghurai lanjut, Husni berkata syarat kelayakan bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas adalah mesti lahir pada 1992 atau sebelumnya serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah selain penganggur.

Katanya, kementerian juga akan menyemak dengan agensi berkaitan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memastikan semua pemohon BR1M 2.0 memenuhi kriteria ditetapkan.

“Namun, pengalaman kita sebelum ini menunjukkan kes (penipuan) tidak banyak dan majoriti rakyat patuh kepada syarat yang ditetapkan.

“Selain itu, kita juga akan melakukan semakan bagi data penerima sedia ada untuk mengeluarkan individu yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Pelajar terima Baucar Buku 1Malaysia RM250

Bagaimanapun pelajar institusi pengajian tinggi tidak layak menerima BR1M 2.0, sebaliknya mereka menerima Baucar Buku 1Malaysia juga bernilai RM250.

Ahmad Husni berkata, Baucar Buku 1Malaysia bagi pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi (IPT) akan mula diagihkan Januari tahun depan.-Berita Harian


Buaya gergasi kembali lapar

Jom! comments


Seekor buaya yang bernama Rex dan mempunyai berat 700 kilogram semalam kembali 'berselera' untuk makan di Zoo Sydney di sini.

Buaya itu selama ini tidak memakan sebarang makanan selama tiga bulan ketika musim sejuk.
Ia dianggap sebagai kejadian semula jadi yang berlaku ke atas haiwan itu.
Seorang kakitangan zoo memberikan buaya itu daging lembu.

Daging itu diikat dengan tali pada sebatang kayu sebelum Rex timbul di permukaan air untuk memakan daging tersebut.

Haiwan itu kembali lapar semasa ketibaan musim panas. Buaya tersebut sudah berada di zoo itu sejak 2009. Sebelum dihantar ke zoo itu, Rex ditempatkan di sebuah kolam buaya dekat Darwin, utara Australia.

Gadis diculik terselamat dari di rogol

Jom! comments

Remaja diculik tiga lelaki guna van putih

Tindakan seorang remaja perempuan berpura-pura pengsan selepas dipukul tiga lelaki yang menculiknya dalam sebuah van menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rogol, bunuh dan bakar dalam kejadian di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 17 tahun berjalan keseorangan ke sebuah sekolah di kawasan berhampiran untuk menjemput sepupunya berusia lapan tahun pulang apabila tiba-tiba van putih berhenti dan terus menariknya masuk ke dalam kenderaan itu.

Bagaimanapun, selepas 500 meter perjalanan, mangsa berpura-pura pengsan sejurus dipukul sebelum berjaya melarikan diri ketika tiga lelaki terbabit keluar untuk menculik seorang lagi gadis berhampiran jambatan laluan komuter di Salak Selatan.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang ingin dikenali sebagai Iqa berkata, setiap hari dia menghantar sepupunya itu ke sekolah.

Gempar! gadis disewa tawaran kontrak

2 comments

Kekasih Kontrak RM6,000 seminggu-Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’ kepada lelaki berhidung belang.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran.

Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.

Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan.

Gempar! DJ stesen radio best Julie Diana diculik

1 comments



Gempar! DJ stesen radio best 104 nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar

Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 Julie Diana di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu.

Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, Julie Diana Omar Shariff, 34, berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.

“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.

“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.

Menurut Julie Diana, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.

“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.

Diculik kerana cinta tak berbalas

Julie Diana berkata, apabila bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu rupa, salah seorang daripada penjenayah itu memberitahu mereka datang dari jauh selepas diarahkan seseorang untuk menculik kemudian membunuh dan membakarnya kerana cinta tidak berbalas.

“Kepala saya ligat memikirkan siapa yang dimaksudkan kerana saya memang tak ada langsung masalah percintaan, sekadar ramai peminat. Itupun kerana tugas saya sebagai penyampai radio,” katanya yang menganggarkan ada dua atau tiga lelaki turut sama berada dalam kenderaan berkenaan.

Tambah Julie Diana, menerusi walkie-talkie yang digunakan penjenayah tersebut, dia terdengar rancangan mereka untuk membawanya ke sebuah gudang di Batu Pahat untuk dibunuh.

“Berderau darah saya mendengarnya. Apatah lagi untuk membuktikan tindakan mereka serius, ibu jari dan leher saya dihiris dengan pisau Rambo sehingga luka sebagai tanda amaran,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa ketika, mereka berhenti di satu tempat.

“Kebetulan kain yang menutupi muka saya tersingkap sedikit, dan dari situ saya dapat lihat kami berada di kawasan tanah perkuburan Cina. Ada ramai lelaki di situ dengan bunyi kenderaan yang banyak. Saya rasa mungkin lebih daripada sepuluh lelaki. Salah seorang daripada mereka kemudiannya meminta saya menyerahkan wang, barang kemas dan kad ATM bersama nombor pin,” katanya yang terus menyerahkan apa yang diminta tanpa banyak soal.

 Penjenayah bagi duit RM51 untuk isi minyak

Julie Diana berkata, menyedari kawasan itu dilalui banyak kenderaan, mereka kemudian berbincang dan mengubah rancangan.

“Saya kemudian disuruh menaiki kereta saya sendiri bersama empat lelaki lain dan dibawa ke sebuah kawasan ladang berhampiran Bukit Batu, Kulaijaya. Dalam hati ketika itu, hanya ALLAH yang tahu betapa takutnya saya kerana merasakan waktu kematian hampir tiba,” ceritanya dengan tenang.

Bagaimanapun Julie Diana bernasib baik apabila sampai di lokasi dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati pula untuk membunuhnya.

“Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya’,

“Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang,” katanya.

Menurutnya, sebaik sahaja penjenayah itu berlalu, tanpa berfikir panjang dia membuka kain yang menutup wajahnya dan terus memandu laju sehingga bertemu seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Batu, Kulaijaya untuk meminta pertolongan.

Julie Diana berkata, dia menceritakan apa yang telah terjadi kepada pengawal keselamatan itu dan memintanya menghubungi nombor telefon pejabat.

“Saya dah tak ingat apa-apa, yang muncul di fikiran hanya nombor pejabat. Saya minta pengawal keselamatan itu hubungi rakan sekerja supaya mereka dapat maklumkan kepada keluarga,” katanya.

Pengalaman mencemaskan selama empat jam itu benar-benar memberi banyak pengajaran kepada Julie Diana.

“Saya sangat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana tidak diapa-apakan,” katanya.

Menurutnya, dia menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM20,000.

Julie Diana kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai suspek jam 4 petang semalam.

“Kami kini sedang memburu tiga hingga lima lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.@sinar

Seorang juruhebah radio Johor melalui detik-detik cemas selama empat jam apabila dia diculik dan diugut untuk dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki di sini pada Sabtu lalu.

Sebelum kejadian pada pukul 1 pagi, mangsa berusia 34 tahun yang popular dengan panggilan JD diculik ketika memandu kereta Proton Neo seorang diri. Ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Danga dari tempat kerjanya di stesen radio Best 104 di sini.

“Ketika tiba berhampiran Tune Hotel di Lebuh Raya Pesisir Pantai, kereta saya dihalang sebuah kereta Proton Iswara yang dinaiki beberapa lelaki tetapi ketika itu saya berjaya memandu terus.

“Sejurus selepas itu, datang sebuah kereta Proton Wira pula menghimpit kereta saya menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa sebelum seorang lelaki masuk ke dalam kereta dan mengacukan pisau rambo,” kata JD sambil memberitahu lelaki itu kemudian menutup mukanya manakala tangannya diikat.
s
“Penculik memaksa saya diam sebelum mengatakan ‘engkau ada cinta tak berbalas, bos kami suruh bakar engkau je, sebab kau tidak membalas cintanya". Aku pun tak nak buat tapi diupah. Aku dari jauh, dari Negeri Sembilan."

“Pada masa sama, penculik turut menggunakan walkie-talkie dan mengikut arahan diberikan seseorang termasuk mengelar sedikit leher saya selain menoreh bahagian bawah ibu jari tangan kiri saya menggunakan pisau,” kata deejay radio, Julie Diana Omar Shariff, 34, yang lebih dikenali sebagai JD di sini,

Menurut Julie, dia diculik pada jam 1 pagi, Sabtu lalu, di Danga Bay ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

Mengimbau kejadian, Julie yang ditemui berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria Neo diekori sebuah kereta Proton Iswara merah.source

Download borang BR1M 2.0

Jom! comments



Borang BR1M 2.0 mula diedar bulan ini-Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Waktu Borang BR1M 2.0 diedarkan-“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia," katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini hari ini. Download borang BR1M 2.0

Ciri-ciri layak mendapat BR1M 2.0-Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau, yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Donald Lim berkata, isi rumah yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Pelajar Uuniversiti Tak layak mendapat BR1M 2.0-Katanya, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali," katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Download borang BR1M 2.0 

Download Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0)(akan di update)


Borang boleh di dapati menerusi


  • kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Lokasi yang terpilih(akan dinyatakan)
  • Online
Daftar Secara Online BR1M 2.0 Di Sini

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online di laman web Kementerian Kewangan http://www.treasury.gov.my atau menggunakan borang mulai 1 November 2012 dan bayaran BR1M 2.0 dijangka diagihkan pada awal tahun 2013.


Video Bomoh Nikah Batin Berseluar Dalam Di Serbu Polis

1 comments



Bernikah secara batin dan perlu melakukan hubungan seks selama 100 hari. Itulah syarat ditetapkan seorang bomoh terhadap pesakit wanitanya bagi mengubat penyakit dihadapi.

Bomoh berusia 48 tahun mengenakan caj RM200 terhadap pesakit dan dipercayai melakukan pukau sebelum menjalankan upacara pernikahan.
Dengan memegang sebuah kitab suci al-Quran, bomoh berkenaan akan memegang tangan pesakit dan mengucap akad 'Aku nikahkan dikau dengan aku berserta fidyah'.

Bagaimanapun, tindakan bomoh warga tempatan itu terbongkar apabila dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di rumah pesakitnya di Kampung LB Johnson, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, bomoh terbabit ditahan sebaik saja selesai bernikah batin dengan seorang wanita berusia 24 tahun yang mengalami masalah kesihatan.

Serbuan diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah bersama 15 anggotanya hasil risikan dan maklumat orang awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, ketika serbuan, bomoh bersama pasangannya itu berada dalam bilik hanya memakai pakaian dalam dipercayai mahu melakukan hubungan seks, selepas upacara nikah batin selesai.

"Upacara nikah batin dilakukan bomoh berkenaan tanpa saksi. Dia hanya menggunakan kitab suci al-Quran dan diikuti bacaan mantera.

"Pesakit dikenakan bayaran untuk setiap upacara nikah batin. Selain membaca akad dan mantera, pesakit perlu melakukan hubungan seks bersama bomoh itu selama 100 hari sebagai syarat untuk menyembuhkan penyakit," katanya.

Menurutnya, bomoh berkenaan sudah mempunyai isteri dipercayai datang dari Kuala Lumpur dan berasal dari negara jiran, namun mendapat kerakyatan di negara ini.

"Dia datang ke rumah wanita yang tinggal bersendirian itu kononnya mahu mengubati penyakitnya," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, semalam.

Ahmad Husaini berkata, bomoh yang tidak mempunyai pekerjaan itu dipercayai sudah lama bergiat aktif dalam kegiatan tidak bermoral itu.

"Dia cuba mengaburi mangsa dengan mendakwa mampu menyembuh penyakit dan dipercayai menggunakan ilmu pukau supaya mangsa berada dalam keadaan tidak sedar ketika upacara itu dilakukan," katanya.

Beliau berkata, bomoh tersebut kini ditahan dan akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

"Dia akan didakwa mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mencela agama Islam, Seksyen 50 enakmen yang sama kerana menggunakan ayat al-Quran secara salah dan Seksyen 77 kerana memikat dan melarikan gadis untuk tujuan seks," katanya.

Menurutnya, JHEAINS percaya terdapat beberapa individu lain yang terlibat dan sedang mengenal pasti mangsa yang pernah dinikahinya sebelum ini, termasuk di negeri-negeri lain.


Masuk tasik larangan boleh Bayar RM5

Jom! comments



SERI KEMBANGAN –Bayar RM5 boleh masuk tasik larangan “Tempat ini kawasan larangan tetapi kalau hendak masuk juga bayar RM5.”

Itu permintaan seorang pengawal keselamatan yang menjaga kawasan tasik The Mines Resort City di sini kepada orang ramai yang mahu memancing di tempat tersebut.

Meskipun pengawal terbabit menyedari tugasnya menjaga kawasan sekitar tasik daripada diceroboh tetapi disebabkan mahu mendapatkan sedikit keuntungan, mereka sanggup berbuat apa sahaja.

Situasi itu dapat dilihat sekiranya anda melalui Lebuh raya Besraya berdekatan Plaza Tol Mines apabila terdapat beberapa buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan manakala pemiliknya pergi memancing di tasik bersebelahan.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati pengguna lebuh raya berkenaan yang terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan terutamanya, pada waktu puncak.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila kenderaan pemancing yang diletakkan di tepi jalan mengganggu kelancaran lalu lintas.

Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kereta bapa

Jom! comments


ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 bulan maut selepas dilanggar oleh bapanya yang sedang meletakkan kereta di hadapan rumah mereka di Felda Lubok Merbau, Padang Terap, kira-kira 6.50 petang semalam.
   kanak-kanak mati di langgar bapa, Bapa langgar anak, maut langgar anak sendiri
Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kanak-kanak itu, Auni Elia Aifa Mohd Uzair meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Lubok Merbau akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
   
Katanya kejadian berlaku ketika bapa kanak-kanak itu, Mohd Uzair Zul, 35, hendak meletakkan kereta di hadapan rumah selepas mengisi minyak di stesen minyak milik keluarga itu yang terletak berhampiran kediaman mereka.
   
"Berdasarkan laporan yang dibuat bapa mangsa...dia hanya menyedari keretanya terlanggar sesuatu apabila tayar belakang terasa seperti terseret benda...bapa mangsa langsung tidak menyedari anaknya berada di situ ketika kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
   
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
   
Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lubok Merbau kira-kira pukul 3 pagi ini. - Bernama

Subsidi Gula Dikurangkan Sebanyak 20 sen

Jom! comments


Subsidi Gula Dikurangkan Sebanyak 20 sen

KUALA LUMPUR – Subsidi gula telah dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula hari ini. Tindakan pengurangan subsidi itu mendapat sokongan daripada persatuan pengguna serta pengamal kesihatan.

“Namun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilo yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta,”

Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut turut diambil kira dari jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.
Harga gula di malaysia 2012
Berdasarkan rekod, gula yang sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak 4 kali sejak 1 Januari 2010, iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 – (18 Julai 2010), RM0.20 – (4 Disember 2010) serta kali terakhir pada 10 Mei 2011 iaitu (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram hingga kini.

Kenaikan tersebut juga disebabkan beberapa faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan kepada perubahan sesuatu harga barang.

Najib berkata, di sebalik pengurangan subsidi barangan kawalan tersebut, kerajaan berharap peniaga tidak bertindak bagi membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.

“Gula yang diambil secara berpatutan adalah lebih baik, namun jika diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun,”

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk menstabilkan harga minyak masak di pasaran.

Beliau berkata, peruntukan tersebut juga adalah bai menampung perbezaan harga serta kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini. – Info

Tiga perogol gadis bawah umur ditahan

2 comments



Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam setelah  ditahan pihak polis kerana  dituduh merogol seorang gadis bawah umur secara bergilir-gilir dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor kawasan projek pertanian komoditi Kampung Janglau, Rompin, 17 September lalu.

Pertuduhan terhadap, Mohamad Redzuan Noorazlan, 19, dari Sungai Puteri Rompin, Mohamad Hafis Haikal Rahayub, 18 dari Kampung Janglau dan Ahmad Sauqi Abdul Rahman, 18 beralamat di Kuarters Pusat Pembangunan Komoditi Janglau dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguam mereka, Mohd Fadzli Mohd Ramly bagaimana pun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Samsuddin itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga rakan terbabit didakwa merogol mangsa yang baru berusia 13 tahun sembilan bulan secara bergilir-gilir antara jam 11.30 hingga 12 tengah malam, 17 September lalu.

Berikutan perbuatan mereka itu, satu laporan polis dipercayai dibuat keluarga mangsa sehingga membawa kepada penahanan tertuduh awal pagi 19 September lalu.

Bagi kesalahan itu mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bagaimana pun Mohd Fadzli tampil membuat rayuan mewakili anak guamnya memohon jumlah itu dikurangkan.

Dalam rayuannya itu, Mohd Fadzli memberi alasan, tertuduh pertama bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan RM500 sebulan dan terpaksa menanggung ibu serta empat adiknya.

“Sementara itu, tertuduh kedua yang mempunyai enam adik beradik masih ditanggung keluarga dengan hasil pendapatan bapanya sebagai nelayan manakala Ahmad Sauqi terpaksa menyara keluarga termasuk lima adiknya dengan pendapatan sebanyak RM800 sebagai kelindan lori,” katanya.

Disebabkan kemampuan keluarga ketiga-tiga tertuduh yang terhad dia memohon kepada mahkamah agar menetapkan jaminan ke atas anak guamnya sebanyak RM2,000.

Bagaimana pun jumlah yang dimohon itu ditolak mahkamah kerana terlalu rendah sedangkan hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan tersebut penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah juga tidak dapat mempertimbangkan rayuan tertuduh untuk mendapatkan separuh daripada jumlah  yang ditawarkan sebaliknya menetapkan jaminan RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin manakala 29 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes itu  seterusnya dalam mahkamah sama.

sumber sinar

Kemalangan Wanita hamil 8 bulan maut

3 comments




Hasrat pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9.5 Jalan Baru Bentong-Raub, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Ketika itu, Jefri Khusairi, 28, bersama isterinya, Norazila Amira Radzuan, 24, yang mengandung lapan bulan dalam perjalanan balik dari rumah keluarga mereka di Kampung Lebu ke Kuala Lumpur menaiki kereta jenis Persona.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta Wira dipandu anggota tentera, Mohd Romdan Ideris, 25, dari arah Bentong ke Raub dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan.

Menurutnya, kereta Wira itu dipercayai berpusing sebelum bertembung dengan kereta dinaiki pasangan suami isteri tersebut.

“Mohd Romdan yang memandu seorang diri, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala, Norazila Amira pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong bersama kandungannya.

"Jefri pula cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh,” katanya.

Abdul Aziz berkata, mayat kedua-dua mangsa dituntut keluarga masing-masing tengah hari semalam untuk dikebumikan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pelajar dicekup berkhalwat bersama teman lelaki

3 comments



Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.

Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


2 anggota polis ditembak semasa ronda stabil

2 comments


Dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua anggota berpangkat Koperal itu yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersemangat untuk kembali bertugas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kedua-dua anggota polis itu di PPUM di sini hari ini.

Khalid yang diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa yang ditempatkan di Tingkat 6 dan 7 pusat perubatan itu.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam itu, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.

Tembakan tersebut menyebabkan Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher.

Khalid berkata, dua anggotanya turut melepaskan tembakan ke arah suspek sebagai mempertahankan diri namun tidak dapat dipastikan sama ada mengenai sasaran dengan penjenayah berjaya melarikan diri.

Sementara itu, Ku berkata tiga das tembakan telah dilepaskan anggota berkenaan ke arah suspek dan dipercayai telah terkena tangki minyak kereta Proton Saga yang dinaiki penjenayah.

Tembakan itu menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan telah memaksa mereka meninggalkan kereta yang dinaiki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, katanya.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti empat penjenayah terbabit, manakala siasatan mendapati kereta yang digunakan bukan kereta yang dicuri sebaliknya telah dijual oleh pemilik asal kepada orang lain.

"Setakat ini lima saksi yang berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju telah diambil keterangan dan usaha mengesan dan memburu suspek giat dijalankan," katanya.

Bagi Subramaniam, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dilaluinya sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lepas.

"Semasa saya dan Azlan menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba saya lihat seorang daripada empat suspek di dalam kereta mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kami.

"Kejadian berlaku sangat cepat. Kami sempat membalas tembakan sebelum rebah di tempat kejadian," katanya yang mempunyai seorang isteri dan dua anak berumur 23 dan 28 tahun. – Bernama

Lelaki di tahan kerana hina islam dalam facebook

Jom! comments



Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.

"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.

Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.

Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. - Bernama

Isteri belasah suami kerana facebook

1 comments


Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap isterinya yang didakwa mencederakan dirinya di rumah mereka di Jalan Tong Sang, di sini, pukul 1 tengahari semalam.

Lelaki dalam lingkungan usia 30-an itu berkata, isterinya dalam usia 20-an adalah pengguna Facebook yang kerap sejak kebelakangan ini, dan menjadi sangat marah serta kecewa apabila dia mahu belajar mengenai laman web sosial itu.

“Dia menolak saya dan berkata dia mahu bercerai,” katanya.

Menurut lelaki berkenaan, selepas kejadian itu, isterinya berlari masuk ke dalam sebuah bilik dan kemudiannya kembali dengan sebilah
pisau di tangannya.

Wanita itu kemudiannya didakwa telah menyerang suaminya dengan pisau berkenaan dan turut mengigit telinga lelaki itu.

Lelaki itu berkata, dia kemudian melarikan diri menggunakan motosikal dan menuju terus ke balai polis.

Polis kemudian bertindak membawanya ke hospital di mana dia menerima beberapa jahitan.

sumber

Pelajar tingkatan enam ditahan belasah teman wanita

1 comments



KUANTAN - Seorang pelajar Tingkatan Enam di Lipis ditahan selepas terbabit dalam kes samun dan membelasah teman wanitanya yang juga pelajar sekelasnya.

Dalam kejadian 5.40 petang semalam iu, pelajar perempuan berusia 18 tahun itu dipukul dengan topi keledar di kepala selain ditendang berkali-kali oleh suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan, suspek turut bertindak melarikan rantai leher mangsa yang bernilai RM1,000 selepas membelasahnya.

"Kes dipercayai gara-gara teman wanita suspek didakwa gagal menjelaskan hutang yang tidak diketahui jumlahnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian di Tanjung Lipis, Lipis itu, mangsa ditemani tiga rakannya untuk bertemu dengn suspek bagi menyelesaikan kes hutang yang membabitkan suspek dan mangsa.

"Tiba di tempat berkenaan, suspek terus melenting dan bertindak memukul mangsa. Mangsa yang cedera di kepala dan muka menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lipis," katanya.

Abdul Razak berkata suspek kemudiannya melarikan diri dengan motosikal, bagaimanapun berjaya ditahan pihak polis pada jam 10 malam tadi selepas mangsa membuat laporan polis pada jam 6.10 petang kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu kes jenayah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan tahun lepas yang bakal dibicara bulan depan.  

"Suspek kini ditahan reman di Lokap Balai Polis Kuala Lipis selama  empat hari bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net