Samsung lancar Galaxy Note II, Galaxy Camera
Samsung Electronics Co Ltd (Samsung Electronics) memperkemaskan lagi kedudukannya dalam dunia digital apabila memperkenalkan Galaxy Note II generasi baru dengan memperkasakan penggunaan S Pen, dalam majlis Samsung Mobile Unpacked sempena IFA, di Berlin, Jerman, semalam.Selain itu, Samsung Electronics turut memperkenalkan Galaxy Camera yang dibangunkan bertujuan memberi satu pengalaman komunikasi cara baru buat pengguna dalam perkongsian imej.
Presiden Divisyen IT & Komunikasi Mudahalih, JK Shin, berkata kedua-dua produk generasi baru itu akan mula diperkenalkan ke dalam pasaran menjelang Oktober depan.
Katanya, Galaxy Note II memiliki skrin lebih besar - HD Super Amoled 5.5 inci (140.9mm) di samping rekaan baru S Pen yang lebih tebal dan panjang bagi memudahkan penulisan serta lakaran.
Menurutnya, Galaxy Camera pula menggunakan pelantar Android 4.1 yang dipenggil Jelly Bean selain diselitkan ciri rangkaian tanpa wayar untuk membolehkan perkongsian imej dilakukan dalam kadar segera.
"Kedua-dua produk inovasi baru ini dihasilkan berdasarkan kajian ke atas tabiat pengguna yang berkeinginan menulis dan melukis tanpa bergantung kepada papan kekunci," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memperkenalkan Galaxy Note II dan Galaxy Camera di depan kira-kira dua ribu wartawan media cetak dan elektronik, di stadium tertutup Tempodrom, Berlin.
Komen Di Sini
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^