Anak beranak Maut kereta bertembung Lori Ais.
Seorang ibu dan dua anak maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori ais di Kampung Pak Badol dekat sini pagi semalam.Dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga beranak malang itu bersama seorang lagi kanak-kanak sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Pasir Puteh.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superitenden Ab. Rahim Che Ghani memberitahu, mangsa yang terbunuh ialah Maisara Mohd. Ali, 34 (gambar) dan dua anaknya, Zakiah Hanim Uda, 4 dan Rashidah, 7.
Menurutnya, seorang lagi mangsa yang cedera dikenali sebagai Aisyah Syafikah, 7, yang merupakan anak saudara kepada Maisara.
"Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Maisara cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal dan bertembung dengan lori ais dari arah Pasir Puteh ke Kota Bharu.
"Rashidah meninggal dunia ditempat kejadian manakala ibu dan adiknya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, mangsa yang cedera kini dirawat di HUSM dan keadaannya stabil. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan Maisara dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Selising, Pasir Puteh selepas menghantar suaminya, Uda Samirin, 31, ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa kerana ada urusan di Johor Bahru.
sumber:Kosmo
Budak Nakal: Berhati-hai semasa memandu.
Comments:2
"Berkendaralah dengan lebih hati-hati. Utamakan keselamatan dari pada kecepatan".
http://isnahidaken.com
شركة كشف تسربات المياه بجدة
شركة كشف تسربات المياه بالطائف
عزل خزانات المياه بالطائف
شركة عزل خزانات المياه بجدة
شركة عزل مائي بجدة
مؤسسة دهانات ومقاولات عامة
أفضل شركة عزل مسابح بجدة
شركة كشف تسربات المياه بمكة
شركة عزل خزانات المياه بمكة
Post a Comment
Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^