Royal Sweetener Stevia

6 comments


Salam semua, hari ini kozumi ingin memperkenalkan kepada anda tentang keluaran satu produk terbaru iaitu Royal Sweetener Stevia keluaran dari RCC Global (M) Sdn Bhd.

Produk ini merupakan ekstrak dari daun Stevia yang digunakan sebagai pengganti gula dalam minuman dan juga masakan dan memili tahap kemanisan lebih 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa.Tahap kemanisan kandungan daun stevia tidak memudaratkan malah lebih manis lebih baik.

Keluaran produk ini merupakan salah satu cara untuk menjayakan kempen membantu penghidap Diabetes yang semakin hari semakin meningkat jumlah penghidapnya. Anggaran lebih 2.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah Diabetes dan tidak mustahir jumlahnya akan meningkat dari masa ke semasa.

Dengan hanya menukar penggunaan gula anda kepada Royal Sweetener Stevia akan dapat membantu menghindarkan ahli keluarga, saudara mara dan sahabat anda dari masalah DIabetes, insyallah.


Apa itu Stevia atau lebih dikenali sebagai Pemanis Semulajadi?


  • Sejenis tumbuhan herba berasal dari negara Paraguay.
  • Ekstrak dari daun pokok Stevia iaitu "STEVIOSIDES".
  • Mempunyai kemanisan lebih 300 kali ganda dari gula biasa.
  • Sesuai digunakan dan di amalkan oleh penghidap Penyakit Diabetes, Darah tinggi dan Obesiti.
  • Stevia adalah tumbuhan Herba Semulajadi dan tidak bertoksik.
  • Stevia selamat digunakan didalam minuman atau masakan.


Manfaat dan Khasiat Stevia.


  • Mengimbangi kandungan gula dalam badan. 
  • Menurunkan kadar gula yang terdapat di dalam darah sesuai untuk pesakit diabetes dan hypoglycemia. 
  • Melawaskan pembuangan air kencing. 
  • Meningkatkan kadar tenaga di dalam tubuh badan. 
  • Melicinkan dan memutihkan kulit serta awet muda. 
  • Membantu sistem penghadaman makanan. 
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia. 
  • Berupaya mengawal berat badan (Obesiti). 
  • Mengurangkan masalah keradangan.
  • Kandungan stevia memiliki bacaan 0% Kalori, karbohidrat dan glukosa.

Antara beberapa Testimoni Pengguna Royal Sweetener Stevia.


Untuk lebih menyakinkan anda ini Testimoni dalam bentuk Video.



Selebihnya anda boleh layari ke Youtube dan search " Royal Sweetener Stevia". Di situ ada paparan video testimoni yang lain dari pengguna produk ini.


Harga Produk Royal Sweetener Stevia


1 kotak mengandungi 2 botol(10ml) yang di mana setiap satu botol boleh menghasilkan 250-300 titis di dalam minuman dan masakan anda.

Setiap 1 kotak berharga RM49.90 untuk Ahli dan RM79.90 untuk yang Bukan Ahli.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Harga Ahli, anda hanya perlu mendaftar dengan harga RM120 sahaja dan anda akan mendapat 1 kotak  mengandungi 3 botol(10ml).


Untuk Tempahan anda boleh laksanakan melalui:


Sms/Call/Whatapps

RSS<>Nama<>Lokasi<>Maklumat pertanyaan
dan hantar ke 011-17588326

Email

kozumi_ro@yahoo.com

Facebook

https://www.facebook.com/kozumidesigner



Muka Baru Blog Macam Cantik je

15 comments

Template Cantik, aparan Blog Cantik, Macam Cantik Je

Malam ini dapat juga setup dan kemas kini blog yang telah lama tidak berubah wajah, setelah menghabiskan hampir 2jam, Alhamdulillah akhirnya siap juga mereka paparan blog ini berwajah baru.

Perubahan dibuat pada template blog dan pembuangan beberapa widget yang tidak penting supaya napak lebih kemas dan tersusun. Dan setelah beberapa bulan tidak menggunakan khidmat Nuffnang akhirnya kozumi membuat keputusan untuk berkerja sama dengan Nuffnang semua dengan memasang banner periklanan mereka. 

Mudah-mudahan kehadiran blog budak nakal ini semula dapat diterima hihihi...

Bina Pendapatan Bersama Blogger

8 comments

buat duit blog, income dari blog

Salam semua, hari ini koz telah mendapat mood berblog semula setelah beberapa bulan menyepi untuk aktif berblog, semua ini gara-gara kerana terlalu sebuk melayan kerja tempahan dari pelanggan kozumi setelah setahun mengambil keputusan untuk membina kewangan dari sudut itu.

Seperti sedia maklum, permulaan kozumi untuk aktif berniaga dalam mereka grafik lahirnya dari blog, kerana dari bloglah kozumi mula membina perniagaan sendiri dengan cara kecil-kecilan. Pada permulaan perniagaan mereka grafik kozumi amat bersyukur walaupun pendapatan mencecah sehari RM50-RM70, dan semakin lama keuntungannya meningkat dari masa kesemasa, dan kekadang dalam 1 hari pendapatan kozumi boleh mencecah RM300-RM400 jika kena pada masanya, mungkin bukan setiap hari boleh mendapat pendapatan sebegitu tetapi syukur sangat sekurang-kurangnya dapat juga digunakan untuk bayar duit sewa rumah atau pun kereta.
Siapa kata yang blog tidak dapat bina kewangan?Insyallah boleh jika kena pada gaya dan langkah anda menguruskan blog masing-masing. Untuk membina kewangan di dalam blog ada pelbagai cara salah satunya dengan menggunakan kaedah memaparkan periklanan samada dari Nuffnang ataupun Komli dan lain-lain lagi...cuba dahulu baru dapat anda merasai.

Ada juga sesetengah blogger yang rajin untuk mengikuti mana-mana event atau review dari pelbagai syarikat dan restoran untuk meluaskan perikalan mereka. Insyallah jika kena pada masanya mungkin atas jemputan mereka anda akan mendapat bayaran untuk anda memperkenalkan bisnes mereka di dalam blog anda sama ada dalam bentuk promosi artikel ataupun banner. Di situ juga anda dapat membina income sampingan bukan?

Jadi rezeki itu sebenarnya mudah untuk di dapati jika kena pada caranya, banyakkanlah belajar dari rakan-rakan blogger yang lain untuk mendapatkan pelbagai ilmu untk membina income melalui blog.


 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net