Powered by Jasper Roberts - Blog

Ngeri Otak-Otak Bersepai Di Jalan Raya

4 comments


Jom tengok gambar otak-otak bersepai di jalan raya. Sesiapa yang lemah selera makan lebih baik jangan tengok.

p/s: Jangan Marah ya^^...

Yatt Hamzah suka berdakwah

2 comments



Info terkini mengatakan Yatt Hamzah lebih cenderung kepada aktiviti kerohanian dan dakwah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengenakan hijab.

Yatt  berkata, dia amat berasa seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai penghijrahannya kepada masyarakat terutama golongan muda supaya lebih dekat dengan agama Islam.

"Mengikuti kelas Usrah Fitrah telah banyak mengajar saya pelbagai perkara tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.

"Dari situ juga saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat semasa dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan," katanya.

Tambah Yatt, dia juga merancang untuk menjelajah ke seluruh Institut Pengajian Tinggi Awan dan Swasta (IPTA/IPTS) bersama-sama ahli lain dalam Usrah Fitrah bagi berkongsi ilmu dan penghijrahan mereka dengan para penuntut universiti pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai bidang lakonan, Yatt berkata, dia masih lagi menerima tawaran berlakon namun meletakkan beberapa syarat bersesuaian dengan imejnya kini.

Tambah Yatt, selain soal imejnya bertudung, dia juga lebih cenderung kepada watak yang dapat memberikan ilmu dan pengajaran kepada penonton.

"Saya masih lagi minat berlakon tetapi perlu ada batasan kerana peranan atau sesuatu watak itu perlu bersesuaian dengan imej saya yang bertudung dan batas saya sebagai isteri orang," jelasnya.

Sementara itu, Yatt memberitahu, dia bersyukur kerana perjalanan hidupnya kini semakin mudah dan rezeki bertambah apabila bukan sahaja dapat berlakon dan memenuhi program kerohanian tetapi menjadi model untuk busana muslimah.

"Alhamdulillah, saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Jiwa saya rasa tenang dan hidup rasa lebih lancar. Bila kita ikhlas berhijrah, Allah akan permudahkan jalan yang kita pilih," jelasnya.

Segmen Review Sesama Blogger

11 comments


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera diucapkan.

Agak lama koz tidak membuat penulisan untuk berkenal rapat dengan pembaca dan pengunjung setia blog ini. Syukur sesangat dengan kewujudan " Segmen Review Sesama Blogger " dari pemilik puanbee.com yang lebih mesra dipanggil Puan Bee terhasil juga penulisan ini.

Seperti sedia maklum, kewujudan blog Budak Nakal ini telah lama menapak dalam dunia blogger ini. Pelbagai cabaran, pahit, manis telah ditempuh. Dan kini Blog Budak Nakal masih bertahan sehingga kini, Alhamdulillah...

Terima kasih sesangat kepada anda yang sudi berkunjung ke blog ini walaupun hanya seketika, secara tidak sengaja dan setiap masa dan waktu untuk membaca segala artikel yang telah diterbitkan di blog ini.

Blog Budak Nakal merupakan sebuah blog perkongsian maklumat Isu semasa, Gosip artis, Sukan, Tutorial blog, dan blog ini juga ada menyediakan Service Tempahan Design. Percapaian terkini blog ini adalah memiliki tidak kurang 8k PV setiap hari, Alexa rank dalam kedudukan 200 000, Page Rank 3.

Jika diingat kembali blog ini dahulunya dikenali sebagai blog tutorial dan ramai juga yang mengatakan blog ini comel. Dan kini ia telah berubah seperti keadaan sekarang ini boleh dikatakan versi simple kot.

Di dalam dunia blog ini juga bayak ilmu yag dapat koz pelajari terutama memantapkan lagi mutu hasil design yang koz buat untuk para blogger yang sudi mengambil service tempahan design pada koz.

Okey di sini koz akan perkenalkan diri koz,

Nama : Wan Md Hasrul
Umur : 26 tahun. 
Tarikh Lahir : 26 Januari 1986
Pekerjaan : Animator 2D, Grafik Design Part time. 
Status : Masih Bujang dan mempunyai 4 orang anak kucing yang comel dan manja.


Berbalik pada tujuan segmen yang dibuat oleh Puan Bee, koz ditugaskan untuk komen blog beliau.

Bagi koz, blog Puanbee.com boleh dikategorikan blog mesra pengunjung. Bila masuk sahaja blog beliau, terserlah ciri-ciri blognya tersendiri. Perkongsian artikel-artikelnya melambangkan sikap peribadi beliau dan artikel kekeluargaan menjadi tumpuan dalam blog beliau. Di sini koz ucapkan " semoga berjaya untuk contest iphone5 gadjet impian "

Untuk blog lensablogger.com pula memang best sebab banyak maklumat isu semasa boleh didapati di blog ini.


Tag:



Segmen review sesama blogger ini di anjurkan oleh Puanbee.com dan kerjasama antara Lensablogger.com  , Pondokkecil.com ,  Servis Tempahan Design  ,Anarm.net  , PaPaMifz.com , Ciklaili.com  ”


* Bagi anda yang berminat untuk join segment ini boleh ke SINI

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net