Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Elavarasan puas hati komitmen skuad Penyu

Jom! comments


Elavarasan puas hati komitmen skuad Penyu
Ismail Faruqi (kiri) muncul wira skuad Penyu setelah bejaya menyamakan kedudukan 1-1 ketika menentang Felda United, kelmarin.- FOTO: FAIZOL ANUAR
PENGENDALI pasukan Terengganu, E Elavarasan tetap berpuas hati komitmen ditunjukkan barisan anak buahnya meskipun sekadar seri 1-1 menentang Felda United, di Kuala Terengganu kelmarin, lapor ZUBIR SULAIMAN.

Malah, bekas jurulatih Felda United, Melaka dan Public Bank FC itu optimis pasukannya mampu bangkit sekali gus mempamerkan prestasi lebih memberangsangkan dalam aksi seterusnya.

"Pemain cuba jaringkan gol dan menguasai perlawanan pada babak pertama. Tapi, ketumpulan barisan penyudah menghalang kita menambah jaringan.

"Benteng pertahanan kita juga kurang fokus hingga membenarkan penyerang mereka, Mohammed Ghaddar berjaya membolosi gawang," katanya.

Untuk pertemuan seterusnya, Elavarasan akui mahu merombak sedikit formasi dan berharap pemain memperbaiki persefahaman menjelang aksi kedua liga dalam kunjungan ke Paroi berdepan Negeri Sembilan, esok.

FAM: Mat Yo hanya perlu bayar RM299,000

Jom! comments


Norshahrul Idlan Talaha (Matyo)
Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (Matyo)
NORSHAHRUL Idlan Talaha, yang turut dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar RM299,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), bukannya RM1 juta seperti yang dituntut oleh badan itu baru-baru ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.


"Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, pemain tersebut hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.
"Pasukan asal tidak berhak menuntut bayaran perpindahan, jadi Kelantan hanya berhak menuntut tebusan (nilai)kontrak kepada Mat Yo (yang berbaki) selama 13 bulan sahaja.

"Maka jawatankuasa yang bersidang hari ini memutuskan bahawa bayaran yang dituntut Kafa  tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak ," katanya ketika pemberita di Wisma FAM, hari ini.

Belajar Dari Kekalahan

Jom! comments


Khyril Muhymeen
Penyerang Kedah, Khyril Muhymeen (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain UiTM FC, Mohd Firdaus.
MASIH gugup.” Itu reaksi jurulatih pasukan UiTM, Azman Eusoff ketika mengulas mengenai kekalahan 0-2 ketika menentang Kedah di Stadium Hang Tuah, kelmarin.

Turun selaku pasukan berstatus underdog, Azman berkata, pemainnya nyata masih gagal mengatasi sindrom terlalu menghormati lawan apabila dengan mudah melepaskan gol yang tidak sepatutnya.

“Memang saya kecewa dengan sesetengah pemain yang gagal mengaplikasikan rancangan dengan baik. Kesilapan tersebut memberi peluang kepada pasukan lawan untuk mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama.

“Namun begitu, saya tetap berpuas hati dengan keseluruhan perlawanan, terutama semangat pemain yang segera bangkit selepas babak kedua,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam masa sama, turut menyifatkan pertemuan pertama itu sebagai satu proses pendedahan buat anak buahnya yang dibarisi penuntut UiTM, Azman berkata, kekalahan tersebut memberi mereka peluang memperbaiki kelemahan untuk mengharungi saingan seterusnya.

Dua gol kemenangan skuad Hijau Kuning dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Khyril Muhymeen pada minit ke-30 dan 33.

'RAJA Sedia Panggil pemain TERSISIH'

Jom! comments


Rajagobal
Rajagobal tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan akan memanggil pemain cemerlang dalam Liga Malaysia untuk bermain bersama skuad kebangsaan.
KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal memberitahu peluang pemain lain untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas.

Menurutnya, dia tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan mengutamakan pemain yang berjaya menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga.

"Setiap pemain ada peluang wakili skuad kebangsaan. Saya akan pantau pemain yang bermain cemerlang pada saingan Liga Malaysia tahun ini.

"Ramai orang cakap kenapa tidak ambil pemain itu dan pemain ini. Kita harus faham, level permainan peringkat domestik dan antarabangsa jauh berbeza.

"Mereka tidak terpilih bukan bermaksud tidak bagus. Tapi, perbezaan pengalaman yang memisahkan jurang antara pemain lain.

"Ada pemain ini sendiri akui dia tidak boleh sesuaikan diri dengan tahap perlawanan antarabangsa dan akur apa kehendak jurulatih," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Rajagobal berkata, pemain disisih sebelum ini iaitu, K Gurusamy, S Subramaniam dan Muslim Ahmad boleh dipanggil pada bila-bila masa andai cergas dan mampu kekalkan momentum permainan.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, FAM tetap menerima pemain negara yang bermain di liga luar seperti Nazmi Faiz Mansor (SC Beira-Mar)dan Ahmad Fakri Saarani (SC Atletico).

Sementara itu, dalam mengukuhkan prestasi pasukan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang mengadakan pertemuan persahabatan berdepan Iraq di Emiriah Arab Bersatu, 1 Februari depan.

Menurut Raja, ini satu cabaran terbaik buat pemainnya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 kerana Iraq antara pasukan terbaik di Asia.

Rajagobal: 'Sebagai jurulatih, saya juga mahu menang'

2 comments



K Rajagobal Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagopal
MESKIPUN mengakui berdepan laluan sukar dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2015, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap optimis dan berjanji akan memberi aksi terbaik pada kejohanan itu.

"Kita kena terima hakikat dalam saingan ini melibatkan pasukan yang kuat.

"Tapi, kita kena positif dan cuba melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Skuad kebangsaan akan mengharungi kelayakan Piala Asia 2015 dalam Kumpulan D yang turut membabitkan pasukan dari Qatar, Bahrain dan Yaman.

Dalam pada itu, ketika mengulas keraguan peminat terhadap kemampuan skuad kebangsaan, Rajagobal menegaskan, beliau akan mengambil cabaran itu dan membuktikan tahap kemampuan skuad Harimau Malaya.

"Semua orang akan bercakap, tetapi kita perlu sentiasa optimis. Dalam perlawanan bola sepak, ada kalah dan menang. Sebagai jurulatih, siapa yang mahukan kekalahan. Kita harus berfikiran terbuka.

"Jadi, saya berharap kami akan melakukan sesuatu dan pemain harus bersedia dari segi mental dan fizikal," jelas beliau.

Pada masa sama, Rajagobal turut menegaskan, beliau tidak mengamalkan dasar tutup pintu, malah sentiasa  mengutamakan pemain yang berjaya menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga.

Katanya, peluang pemain lain untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas.

"Setiap pemain ada peluang wakili skuad kebangsaan. Ramai orang cakap kenapa tidak ambil pemain itu dan pemain ini. Kita harus faham, level permainan peringkat domestik dan antarabangsa jauh berbeza.

"Mereka tidak terpilih bukan bermaksud tidak bagus tetapi perbezaan pengalaman yang memisahkan jurang antara pemain lain," ujarnya.

Tambah Rajagobal, "ada pemain ini sendiri akui dia tidak boleh sesuaikan diri dengan tahap perlawanan antarabangsa dan akur apa kehendak jurulatih."

"Apapun, saya akan pantau pemain yang bermain cemerlang pada saingan Liga Malaysia tahun ini,” katanya.

Sementara itu, dalam mengukuhkan prestasi pasukan FAM merancang mengadakan pertemuan persahabatan berdepan Iraq di Emiriah Arab Bersatu, 1 Februari ini.

Menurut Rajagobal, ini satu cabaran terbaik buat pemainnya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 kerana Iraq antara pasukan terbaik di Asia.

Dollah Salleh: 'Hormat berpada'

Jom! comments



Dollah SallehJurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh
“Tidak perlu terlalu menghormati lawan.

Itu pesan pengendali Pahang, Dollah Salleh kepada pemainnya yang akan bertemu, Johor Darul Takzim FC di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Meskipun lawan dibarisi ramai pemain berstatus bintang sehingga digelar sebagai Manchester City Malaysia, Dollah sedikit pun tidak gusar mengenai perkembangan tersebut.

Bahkan, bagi mereka, apa yang penting adalah fokus serta komitmen pemain pada pertemuan itu nanti.

“Pemain tidak perlu terlalu menghormati lawan ketika di atas padang. Ia hanya mengundang masalah dan akan menjadikan keadaan kucar-kacir.

“Cuma saya harapkan pertemuan itu nanti lebih baik berbanding dua aksi persahabatan sebelum ini,” katanya akui pemain import turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Dollah turut  yakin pasukan kendaliannya mampu melakar sesuatu menjelang aksi pembukaan malam ini.

PIYA Yakin Treble Milik Kelantan

Jom! comments


Mohd Badhri Radzi atau PiyaKetua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya

MESKIPUN tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan Piala Sumbangsih, Sabtu lepas, Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi  tetap yakin pasukannya mampu mempertahankan kejuaraan treble yang dimenangi mereka musim lepas.

Badri yang turut dikenali sebagai Piya turut menegaskan, kekalahan tersebut tidak pernah membuatkan pasukan The Red Warriors tergugat mahupun sebaliknya.

“Ini perlawanan pertama, kami tidak boleh terlalu kecewa dengan kekalahan ini.

"Bagi saya, semuanya berada dalam keadaan baik. Lagipun perjalanan musim ini masih jauh. Apa yang penting sekarang, kita lakukan yang terbaik untuk perlawanan seterusnya," kata Piya yang berharap pasukannya dapat menewaskan PKNS dalam perlawanan sulung Liga Super, esok.

Sabtu lepas, misi Kelantan untuk mencari piala keempat nyata gagal apabila tewas kepada ATM menerusi sepakan penalti 3-4.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dengan ketiadaan tonggak utama musim lalu merupakan faktor kekalahan itu, Piya bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.

“Kehilangan beberapa tonggak musim lalu bukan penyebab kekalahan ini.

“Kekalahan di tangan ATM bukannya disebabkan persembahan buruk, kekalahan kami bermaruah, kami melawan dan mendahului lawan.

"Jadi, semua ini tiada kaitan dengan kehilangan pemain musim lepas. Corak permainan kami masih boleh diperkemaskan dan saya pasti permainan kami lebih baik selepas ini," katanya yang akan bangkit pada perlawanan pertama Liga Super esok.

PBNJ Sokong FAM

Jom! comments


Tunku Ismail Sultan Ibrahim
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan sokongan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah untuk menerajui badan induk itu.

Menurutnya, setiap pihak perlu bersikap positif sekali gus berhenti mencari kesalahan apabila pasukan kebangsaan gagal memenangi kejuaraan yang disertai.

“Kenapa bila pasukan kebangsaan menang, kita tidak mengkritik, tetapi bila kalah kita kritik dan minta pihak-pihak tertentu dalam FAM berundur?

“Jika bukan Sultan Ahmad Shah menerajui FAM, siapa yang layak?” katanya.

Tunku Ismail berpendapat, setiap pihak dalam pengurusan FAM sedang menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam membawa kegemilangan kepada pasukan bola sepak negara.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan desakan sekumpulan penyokong bola sepak negara supaya kepimpinan tertinggi FAM dirombak termasuk Sultan Ahmad Shah berundur sebagai Presiden.

Jadual Piala FA 2013

1 comments


Tidak lama lagi sepak bola dalam Piala FA 2013 akan berlangsung dan pada tahun ini siapakah yang akan memegang Piala FA edisi 2013. Jadi di sini akan di kongsikan Carta setiap perlawanan di dalam merebut Piala FA ini.


Senarai Pemain Malaysia untuk kelayakan Piala Asia 2015.

1 comments


Senarai pemain Kebangsaan yang dipanggil untuk menjalani Latihan bagi kelayakan Piala Asia 2015.Undian kelayakan Piala Asia 2015 menyaksikan Malaysia berada dalam kumpulan D bersama-sama dengan Qatar ,Yaman dan Bahrrain.


Penjaga Gol

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
FARIZAL MARLIAS

Pemain Pertahanan

FADHLI SHAS
MAHALI JASULI
ASRARUDIN PUTRA
SABREE ABU
S.SUBRAMANIAM
AIDIL ZAFUAN
AFFIZE FAISAL

Pemain Tengah

SAFIQ RAHIM
SHAKIR SHAARI
BADRI RADZI
BADDROL BAKHTIAR
WAN ZACK HAIKAL
S.KUNANLAN
ASHAARI SHAMSUDIN
NAZMI FAIZ
IRFAN FAZAIL

Pemain Penyerang

SHAKIR ALI
ROZAIMI ABD RAHMAN
KHYRIL MUHYMEEN
HAZWAN BAKRI
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
SAFEE SALI



Manchester united Vs West Bromwich 29 Desember 2012 - Live Streaming

2 comments



Live Streaming Manchester united Vs West Bromwich 29 Desember 2012 - Saksikan Perlawanan diantara Manchester united Vs  Bromwich pukul 11.00 malam ini. Perlawanan ini akan di bawa Live Streaming di sini.



Senarai Pemain Pasukan Kelantan 2013

2 comments



Berikut merupakan senarai pemain pasukan Kelantan yang akan beraksi untuk tahun 2013. Semoga dengan barisan permain baru dan lama, kelantan dapat mengekalkan kejuaraan yang telah mereka capai pada musim 2012.

Senarai Pemain Kelantan 2013

1. Shahrizan Ismail ( Penjaga Gol )
2. Azizi Matt Rose
3. K.Nanthakumar ( Baru )
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Shahrul Azim
6. Farisham Ismail
7. Zairo Anuar Zailani
8. Shakir Shaari
9. Diumumkan Kemudian
10. Norfarhan Muhammad
11. Abd. Aziz Ismail
12. Izuan Salahudin ( Baru )
13. Faiz Subri ( Baru )
14. Zamri Ramli
15. Daudsu Jamaludin
16. Badhri Radzi
17. Rizal Fahmi
18. Khairul Izuan Rosli
19. Khairul Fahmi Che Mat ( Penjaga Gol )
20. Keita Mandjou
21. Norhadi Ubaidillah ( Penjaga Gol / Baru )
22. Tuan Faim ( Piala Presiden )
23. Indra Putra Mahayuddin
24. Zairul Fitree
25. Aris Zaidi ( Piala Presiden )
26. Dimitri Petratos ( Baru – Import Pinjaman Dari Sydney FC )
27. S.Subramaniam ( Cedera ACL dan Akan Pulih 5 / 6 Bulan Lagi )
28. Emmanuel Okine (Import) – Dipinjam ke PERLIS
29. Danny Antwi (Import) - Dipinjam ke PERLIS
30. Haris Safwan ( Baru )
31. Leck Kcira ( Baru – Import dari Croatia )


Kapten Kelantan 2013 : Badhri Radzi @ Piya

Penolong Kapten : Indraputra Mahyuddin

Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Thailand 13 Desember 2012

2 comments


Keputusan perlawanan Malaysia Vs Thailand telah memihak kepada skuad Thailand setelah berjaya menjaringkan 2 goal diseparuh masa kedua. Keputusan Jaringan Malaysia Vs Thailand adalah Malaysia 0 - 2 Thailand. Apa komen anda tentang perlawanan ini?

Malaysia Vs Thailand 13 Desember 2012 - Live Streaming

3 comments


Live Streaming Malaysia Vs Thailand 13 Desember 2012 -Perlawanan Separuh akhir kedua diantara Malaysia Lawan Thailand akan berlangsung pada pukul 8.00 malam di Stadium Supachalasai, Bangkok. Perlawanan pada malam ini akan menentukan bagi siapa yang layak masuk ke Final Piala suzuki 2012 untuk menentang Singapore yang berjaya kalahkan pasukan Filipina semalam.

Keputusan separuh akhir pertama yang berlangsung pada hari ahad lepas diantara Malaysia Vs Thailand dalam kedudukan sri 1 - 1.

Perlawanan separuh Akhir kedua ini akan bersiaran lansung di Astro ESPN dan TV1. Jadi marilah beramai-ramai memberi semangat untuk pasukan kita dan semoga Pasukan Harimau Malaya kita dapat mempamirkan permainan yang terbaik dan menang dalam perlawanan ini.

Malaysia vs Thailand Piala AFF 2012 Separuh Akhir


LINK 1, LINK 2, LINK 3, LINK 4, LINK 5LINK 6LINK 7


Layanan Harimau Malaya di Thailand

5 comments

Layanan yang diberikan oleh Thailand nyata tidak melemahkan pasukan Harimau Malaya kita. Layanan buruk yang diberikan tuan rumah telah diadukan oleh pengurusan Harimau Malaya kita.



Skuad Harimau Malaya terpaksa berlatih di padang yang berlecah dan berkawah terutama di bahagian Petak penjaga goal dengan keadaan air yang tertakong.


Ketiadaan bilik persalinan juga telah dialami oleh skuad Harimau Malaya juga. Kesian mereka terpaksa salin di bahagian banku tempat duduk.

Manchester united Vs Manchester city 9 Desember 2012 - Live Streaming

1 comments


Live Streaming Manchester united Vs Manchester city 9 Desember 2012 - Saksikan Perlawanan diantara Manchester united Vs Manchester city pukul 9.30 malam ini. Perlawanan ini akan di bawa Live Streaming di sini.

Manchester united Vs Manchester city 9 Desember 2012, 9.30 PM

Malaysia Vs Thailand 9 Desember 2012 - Live Streaming

3 comments


Live Streaming Malaysia Vs Thailand 9 Desember 2012 -Perlawanan Separuh akhir diantara Malaysia Lawan Thailand akan berlangsung pada pukul 8.00 malam di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan ini akan bersiaran lansung di Astro ESPN dan TV1. 
Jadi marilah beramai-ramai memberi semangat untuk pasukan kita dan semoga Pasukan Harimau Malaya kita dapat mempamirkan permainan yang terbaik dan menang dalam perlawanan ini.

Malaysia vs Thailand Piala AFF 2012 Separuh Akhir


Malaysia Vs Thailand 13 Desember 2012 - Live Streaming (NEW!)

http://kozumiro.blogspot.com/2012/12/malaysia-vs-thailand-13-desember-2012.html



LINK 1, LINK 2, LINK 3, LINK 4, LINK 5LINK 6LINK 7


Rajagobal pasti Malaysia dapat kalahkan Thailand

2 comments



Datuk K. Rajagobal iaitu ketua jurulatih bola sepak kebangsaan yakin anak buahnya berupaya menundukkan Thailand pada kejohanan Piala AFF Suzuki walaupun Malaysia tidak pernah mencapai kemenangan dalam perlawanan dengan negara itu sejak 2004.

Malaysia dan Thailand akan bertemu pada perlawanan separuh akhir pertama kejohanan itu di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam esok.

Rajagobal bagaimanapun berkata jika diambil kira rekod tanpa kalah Thailand dalam perlawanan Kumpulan A di Bangkok baru-baru ini, maka pasukan yang dibimbing jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer itu mempunyai kelebihan untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

"Mereka (Thailand) juga mempunyai pemain yang hebat di semua bahagian dan oleh itu saya harap para pemain akan memberi tumpuan penuh kepada perlawanan penting ini.

"Saya percaya anak buah saya mampu mencapai keputusan baik pada perlawanan esok dan saya amat berharap mereka akan mempamerkan permainan baik apabila berdepan dengan Thailand," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat para pengurus pasukan di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.

Rajagobal berkata musim hujan yang sedang melanda ibu negara sekarang tidak memberi kelebihan kepada Malaysia untuk mencatat kemenangan selesa kerana lawan mereka juga bermain dalam keadaan serupa ketika bertemu Filipina di Bangkok pada 24 November.

Sementara itu, pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal yakin skuad negara mampu menempah tiket ke perlawanan akhir memandangkan kini mereka hanya berada beberapa langkah sahaja untuk mempertahan gelaran juara yang diraih untuk julung kalinya di Indonesia pada 2010.

"Kita hanya meletakkan sasaran separuh akhir pada permulaan kejohanan, namun kita semakin menghampiri kemuncak kejohanan.

"Kalau kita dapat keputusan bagus pada perlawanan malam esok, Insya-Allah, saya yakin bahawa pasukan kita berpeluang cerah untuk muncul juara buat kali kedua," katanya.

Beliau turut menyeru 'pemain ke-12' iaitu penyokong tempatan supaya membanjiri Stadium Nasional malam esok untuk memberi sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya seperti yang mereka lakukan pada perlawanan skuad itu dengan Indonesia pada 1 Disember.

"Kalau penyokong tempatan memenuhi stadium esok, saya yakin ia akan memberikan satu semangat yang amat luar biasa kepada para pemain, namun saya turut berharap mereka (penyokong) datang dengan cara berhemah kerana Thailand datang ke negara ini sebagai tetamu yang harus diberi layanan dengan baik," katanya.

Sementara itu, Schafer berkata rekod tanpa kalah Thailand dalam kesemua tiga perlawanan yang dilaluinya sebelum ini menjadi fakor penting yang meyakinkan pasukan itu bahawa mereka mempunyai peluang lebih baik berbanding Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir.

"Saya boleh mengatakan peluang kami ialah 50-50 kerana Malaysia juga merupakan pasukan kuat dan saya mengingatkan para pemain saya supaya berwaspada dengan ancaman berbahaya daripada barisan serangan Malaysia.

"Satu lagi faktor ialah bukan sesuatu yang mudah bermain di hadapan penonton yang memenuhi stadium seperti yang saya saksikan ketika Malaysia menentang Indonesia sebelum ini," katanya sambil menyatakan bahawa Thailand akan menurunkan semua pemain utamanya pada perlawanan esok.

Untuk rekod, Malaysia kalah 0-2 kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2000 di Bangkok (dahulunya dikenali sebagai Tiger Cup). - Bernama

Wan Zack Haikal tercedera

1 comments


Pemain bola sepak Harimau Malaya Wan Zack Haikal kini telah mengalami kecederaan semasa sesi latihan. Kemungkinan Wan Zack tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan untuk menentang Thailand pada hari sabtu ini dalam pusingan separuh Akhir AFF Suzuki 2012.

Kini empat pemain skuad Harimau Malaysa telah pun mengalami kecederaan antaranya Safee Sali, S Kunanlan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Shakir Shaari.

Malaysia vs Indonesia 1 Desember 2012 - Live Streaming

Jom! comments


Live Streaming Malaysia vs Indonesia 1 Desember 2012.


Perlawanan Ketiga dalam kumpulan B diantara Malaysia Lawan Indonesia akan berlangsung pada pukul 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan ini akan bersiaran lansung di Astro ESPN dan TV1. Moga Pasukan Harimau Malaya kita dapat mempamirkan permainan yang terbaik dan menang dalam perlawanan ini bagi melayakkan diri kepusingan seterusnya.


Live Streaming Malaysia vs Indonesia 1 Desember 2012


LINK 1, LINK 2, LINK 3, LINK 4, LINK 5


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net